Wadah Madrasah Pengalaman: Rahsia itu jua berupa satu kepercayan


Wednesday, September 26, 2012

Rahsia itu jua berupa satu kepercayan

.




Assalamualaikum...


Saban hari saat usia menginjak tinggi, lebih-lebih lagi diri ini bakal tidak bersendiri lagi (Entah bila dan dengan siapa). Sesekali aku bertandang ke daerah di pinggir dasar yang paling dalam didasar hati. Sekonyong konyong kelopak mata ku buka selepas merehatkan diri di petak empuk belapitkan bantal.. Seharian yang memenatkan sudah jua terbalas.


"jangan kau uji setia ku" 
"jangan kau uji keiklhasan ku"


Sering jua aku bermonolog sendirian . apa pula setia dan apa pula iklhas ..?

Kesetiaan dan keikhlasan itu namanya kepercayaan. Seperti itulah iman. Kau setia menganutnya. Kau ikhlas mentaati-Nya. Dia saja yang layak menguji kita.


Dan kerna iman jualah aku berahsia..Seperti mana aku simpan cinta kerna ALLAH. Dan aku percaya pada NYA.


"Rahsia itu jua berupa satu kepercayan"


Aku penuh percaya, kalian yang membaca ini masih setia di sekelilingku. Namun masih juga ada yang terkorban, pastinya yang tidak kalian sengajakan. Bagi yang mengenaliku, ampuni aku andai selama ini kesetiaan dan keikhlasan kalian pernah kucalari. Kuingatkan diriku, biar melaras ikhlas dan setia ke angka sifar. Yang terkubur kita nisankan. Yang hidup kita talkinkan. Kita Kembali kepada fitrah.


Aku tidak pasti tentang kalian, aku fikir salah satu kelemahanku ialah aku akan mengingati kata kata yang diucapkan oleh seseorang dalam tempoh yang begitu lama.  Mengerti? Maksudnya sesiapa yang berkata kata sesuatu perkara yang mengesankan hingga ke lubuk hati aku, aku akan pasti ingat kata kata itu sampai ke lubuk hati atau mungkin sampai mati pun aku tidak boleh lupa.  Mungkin ia kata kata yang menyakitkan hati, atau kata-kata yang berinspirasi atau apa sahaja yang mencuit hati yang aku peroleh dari mana-mana, tetapi tetap sangat jelas dalam ingatan aku.

Maksudnya, aku mungkin akan mengingati kata kata kalian pada bila bila masa sahaja. Kata kata yang menyakitkan yang aku simpan jauh ke dalam, dan menjadikannya sebagai azimat untuk menafikan dan tidak membenarkan kata kata itu menjadi darah daging ku. Kata kata yang barangkali mengesankan yang akan ku jadikan mantra ketika aku hilang inspirasi . Atau, kata kata yang sentiasa terimbau seolah olah terngiang ngiang seperti mengimbau lagu lagu nostalgia lama di corong radio.Kerna itu lah aku mengenggam potongan bara..

"Rahsia itu jua berupa satu kepercayan"





.





5 comments:

shafiqabdshukor said...

shhh... rahsia...

Unknown said...

:')

Unknown said...

nice post..
suka entry ni..
teringin nak tulis macam ni satu hari nnt..doakan sy :)
teringin juga nak berkongsi ilmu yg bermanfaat dgn semua mengikut cara penulisan sy sendiri..

betul,setiap manusia pasti melakukan kesalahan..samada disedari atau tidak disedari..hati kecil mmg nak lakukan yg terbaik,tp kadang2 luaran tak mampu..

kita insan biasa,
byk kesilapan yg telah kita lakukan..

semoga dgn adanya entry yg berguna dr anda2 semua,membantu semua mencari dan mendapatkan kekuatan :)

minta ALLAH sentiasa bersama kita,
dalam susah dan senang..
moga ALLAH sentiasa pelihara kita tiap saat dan ketika :)

aminnn~~

Unknown said...

biar lah rahsia..rahsia itu indah

Unknown said...

setiap insan ada rahsia...
biarlah rahsia~~