Wadah Madrasah Pengalaman: Meminta Syurga tapi tidak mahu diuji IMAN nya


Thursday, September 27, 2012

Meminta Syurga tapi tidak mahu diuji IMAN nya

.




Assalamulaikum..


Bila puas kita menadah dan meluah kepada ALLAH.. Sering kali hati setiap jiwa jiwa manusia memerlukan teman untuk meluah.. Meluah amarah,air mata malahan rasa Cinta..


"Jika kita inginkan Cinta tapi kita enggan jatuh cinta 
ia sama saja seperti meminta Syurga tapi tidak mahu diuji IMAN nya.."


Dan seperti mana mana fitrah manusia..Rasa cinta itu wujud dan kadang aku jua perlu doktor Cinta..Aneh bukan.. 

Mencintai tidak bererti memiliki..
Siapa berhak melunakkan skeping hati selain Dia,
Mencintai seseorang bermakna kamu perlu bersedia menerima,
Segala kesudahan rasa,
Mencintailah keranaNya dan kamu akan merasai lazatnya cinta,

Tiada jiwa terluka..tiada hati tersiksa,
Kerana insan percaya, takdirNya terindah dari segala peristiwa,
Kerana kita percaya, Dia menentukan segalanya.
Jodohnya manusia ada
ditangannya.
Andai kehendak hati terhenti,
Percayalah, Dia sedang mengaturkan sesuatu yang lebih baik lagi,

Cinta yang membuatkan mu tidak lena,
Menjadikan harimu terganggu setiap masa,
Bukannya itu cinta yang diharapkan,
Itu hanya perasaan yang hanya mengundang tekanan,
Cinta sesungguhnya apabila kamu mencinta keranaNya,
Redha dengan takdirNya,
Menerima suratan dengan siapa kamu dipertemukan,
Mensyukuri pertemuan jodohmu walau bukan dengan insan idaman,
Asalkan si dia mencintai Tuhan,
Kita kan terus mencintainya tanpa alasan..

Dulu aku penuh yakin dan bersemangat bila berdoa.. Segala apa yang ku pinta ada yang hadir tanpa diduga..Dan bila mana kali ini aku enggan hilang akan sesuatu itu. Doa aku berubah dari daerah yang yakin berubah ke daerah yang merayu , merintih.. YA ALLAH.. dengan nada yang penuh pengharapan bukan lagi nada keyakinan..Bukan aku tidak yakin akan ketentuan NYA..Namun kali ini Doa aku penuh dengan sejuta pengharapan.. ALLAH mengajar aku berserah diri pada NYA..Semoga ALLAH masih sudi mendidik diri ku yang hina ini. 

Jika angan ku ini jua berupa Doa.. ALLAH,makbulkan jualah angan ku


Tidak kusanggah kakiku yang terhayun deras, seakan lincah macan yang laparkan rusa. Tapi, sesak tetap bersarang di dada bila aku dilabel seorang insan yang serabut kepala. Setiap butir kata yang aku lontarkan, dikata orang sedang gelojoh menjolok mimpi yang masak ranum di rimbunan langit.  Benarkah? Atau sebenarnya sang masa yang berlari-lari?      

Aku cuma seorang anak muda.  Perkataan ‘cuma’ itu harus kubuang jauh-jauh.
.





13 comments:

Unknown said...

nice entry..
perkongsian yg sgt bermakna :)

seindah2 cinta manusia,
indah lagi cinta ALLAH :)

moga hidup kita sentiasa dipelihara olehnya...aminnn~~

Unknown said...

cinta ~ cinta ~ cinta

Maria Menado~ said...

tersentuh.

Wan_hazel said...

nur azian

amin..tengs

Wan_hazel said...

Skiemon Mon & Maria Menado~

hehehe..tengs

Adi Herman said...

pengertian yang mendalam dan membawa seribu erti...syabas...best baca entri tok. Dari
www.molotovcocktailz.blogspot.com

Wan_hazel said...

Adi Herman

tengs ..

Unknown said...

welcome

miss lyianne said...

amin , nice one :)

Eyqa Hasnan said...

eyqa suka entry nie .

Unknown said...

Cinta Agung, Cinta Allah

Aien Rusli said...

best entry neh... :)

Unknown said...

nice~~ ^_^

meminta syurga tetapi tidak mahu diuji~~

cinta Allah..