Wadah Madrasah Pengalaman: Penantian bukanlah satu perkara yang sia-sia


Wednesday, October 17, 2012

Penantian bukanlah satu perkara yang sia-sia

.


Assalamualaikum...


Sebahagian cinta dan kasihku tertinggal di blog ini. Ditinggalkan seketika tidak bermakna mahu melepaskan buat selama-lamanya. Cuma, ada sahaja, barangkali berhibernasi lantaran kesuntukan waktu dan urusan. Terima kasih kerana tetap setia di sini.


Dan kadang ingatan kebiasaan seseorang itu bisa meruntun jiwa jiwa yang tenang..


Bertahun-tahun diri telah menghimpun masa dan waktu. Masa yang telah menjadi saksi penantian. Dan, masa seperti melewat lewatkan penantian yang hanya penawarnya adalah semata-mata kepada KESABARAN.  Sabar adalah segala galanya. Sabar menentukan jatuh bangunnya kehidupan seseorang. Sedikit lagi kita bersabar pasti diganjari ganjaran yang berlipat ganda, sedangkan hanya selangkah kaki sahaja kita seolah olah mahu masuk ke dalam gaung give up


Penantian bukanlah satu perkara yang sia-sia. Penantian telah memberikan ruang yang seluas - luasnya untuk kita mengubah kompas kehidupan. Merubah aspek aspek yang jumud dan kolot kepada yang lebih segar dan malar. Dalam penantian yang bertahun-tahun itu, segalanya telah diserahkan kembali kepada yang Esa.


Tidak lah mungkin akan ku sia sia kan penantian selama ini..




.



8 comments:

Unknown said...

mudah-mudahan....

ayahmuda said...

gaung give up boleh ditolong. tapi kalau gaung tepi highway tak dapat nak buat pape.

Yana Sakura said...

InsyaAllah Wan.. :)
penantian tu mengajar kita erti ketabahn dan mengenal erti sebuah kehidupan..

ayut said...

pengertian dr sudut positif...nice~ :)

Azza Afdzal said...

menanti dengan kesabaran insyaallah ada hikmah semua nanti

Unknown said...

insyaAllah, wan..
penantian itu indah...
positive thinking... ^_^

Unknown said...

walaupun penantian itu suatu penyiksaan,
tapi penantian tu mampu ajar kita jadi org yg kuat !!

Unknown said...

dalam penantian kita akan nmpak ketabahan dan kesabaran .
jgnn trlalu mngharap , hanya bersangke baik dgn allah dan masa hadapan .
insyaallah semua dpermudahkan yea tok :) . fighting , sy kat tepi depan blkang atok sllu taw ? :)