Assalamualaikum....
Mustahil bagi seseorang memberi hartanya disaat kesusahan melanda diri.. jadi bagi mereka yang berkemampuan .. tidaklah salah jika korang semua nak menderma untuk anak anak yatim.. Berapalah sangat RM1 .. RM50 , RM100 , RM200 kalau nak dibandingkan korang yang keluarkan duit belanjakan awek dan pakwe korang yang dah tentunya hidup senang lenang.. Tak salah sebenar nya cuma mengapa berat tangan kita nak menderma untuk yang memerlukan..
Korang boleh lihat dengan lebih lanjut di entri nie..
http://www.nadiafarahida.com/2012/12/saya-memerlukan-sumbangan-untuk-anak.html
Artikel nie nak ajak kalian hulurkan sumbangan atau apa apa je yang boleh kalian bantu untuk mereka nie..
Sedikit potongan dari artikel Nadiafarahida
Jadi kali nie Wan plak.. Saya dengan rasa rendah serendah
rendah nya mengajak kalian semua menderma dan membantu apa sahaja yang
boleh bagi menjayakan Rumah amal kasih .. Semoga segala yang kalian
lakukan diredhai dan hanya ALLAH saja yang mampu membalas nya.. Jika
tidak didunia maka yang pasti ganjara itu menunggu disyurga...
Dari Abu Hurairah r.a: “Ada seorang lelaki datang kepada Nabi s.a.w.
lalu berkata: “Ya Rasulullah, sedekah manakah yang teragung pahalanya?”
Rasulullah s.a.w. bersabda:
“Jikalau engkau bersedekah, sedangkan engkau itu masih sehat, dan sebenarnya engkau merasa sayang mengeluarkan sedekah itu, karena takut menjadi fakir dan engkau amat mengharap-harapkan untuk menjadi kaya. Tetapi janganlah engkau menunda-nunda, sehingga apabila nyawamu telah sampai di kerongkong lalu berkata: “Untuk si Fulan itu, yang ini dan untuk si Fulan ini, yang itu, sedangkan orang yang engkau maksudkan itu telah memiliki apa yang hendak kau berikan.” (Muttafaq ‘alaih)
SEDEKAH tidak perlu menunggu harta cukup nishab atau menunggu banyak harta.
Dianjurkan untuk senantiasa bersedekah dalam kondisi apapun. Sebagaimana Firman Allah Swt yang artinya: “(Yaitu) orang-orang yang menafkahkan/menyedekahkan (hartanya), baik di waktu lapang (banyak rizki) maupun sempit (tidak banyak rizki), dan orang-orang yang menahan amarahnya dan mema’afkan (kesalahan) orang. Allah menyukai orang-orang yang berbuat kebajikan.” (QS. Al-Imron (3): 134)
Sahabat Ali bin Abi Thalib dalam sebuah riwayat ketika memiliki empat
dirham. Ia menyedekahkan satu dirham waktu malam, satu dirham saat siang
hari, satu dirham secara terang-terangan, dan satu dirham lagi secara
diam-diam.
Sedekah adalah penolak bala, penyubur pahala dan pelipat ganda rizki; sebutir benih menumbuhkan tujuh bulir, yang pada tiap-tiap bulir itu terjurai seratus biji. Artinya, Allah yang Mahakaya akan membalasnya hingga tujuh ratus kali lipat. (QS. Al-Baqarah (2): 261)“Adapun orang yang memberikan (hartanya di jalan Allah) dan bertakwa, Dan membenarkan adanya pahala yang terbaik (syurga), Maka Kami kelak akan menyiapkan baginya jalan yang mudah (kesuksesan).” (QS. Al-Lail (92): 5-7)
5 comments:
Wan Hazel terima kasih membantu untuk event kitaorang ni ye :)
Terima kasih kerana sudi memanjangkan perkara ni di belog awak ye.. Terima kasih kerana support we all ;)
terima kasih kerana sudi buat entry ni kat blog nie.. terima sebab sudi bantu kami.. :)
insyaAllah
usaha yang murni
bagus bro :-)
Post a Comment