Pagi ini,Tak terlintas untuk mengukir diwarkah ini, dingin pagi ini,seakan hendak hujan. Indahnya lena andai tidur sewaktu ini. Masih terasa berat kelopak mata ini. Syukur,malam tadi baru sahaja selesai membaca novel "Gemersik Rindu". Menarik jalan ceritanya. Hampir 3tahun sudah tidak menyusuri denai denai novel. Selepas ini, fokus untuk study lagi.assignment mesti disiapkan secepat mungkin. Kemungkinan selasa depan, saya akan mengikuti program Biro Tata Negara(B.T.N). Selasa,rabu,khamis dan jumaat. Makanya tinggal kosonglah teratak ini. Harap harap nanti ada yang menjenguk jua.
Tidak sabar rasanya untuk menjalani program B.T.N. Cukuplah agaknya masa itu untuk saya melupakan masalah masalah study. Berseronok untuk menghilangkan tekanan.hehehe. For fun..
Hazel....
No comments:
Post a Comment