Wadah Madrasah Pengalaman: Dalam dua


Tuesday, April 7, 2009

Dalam dua

Salam...




Belakangan nie,terasa agak bosan. Begitu terasa sekali. Ah,banyak perkara yang perlu difikir. Assignment makin hari makin berlambak, assignment hubungan etnik lansung belum dibelek,apatah lagi mencari maklumat untuk diselitkan bersama Power Point. Esei lagi, Programing lagi,Math lagi. Siap sahaja satu assignment,datang lagi assgnment yang lain, hinggakan saya menangguh semua assignmet saya. Semakin malas rasanya. (Syaitan apakah yang merasuk jasad ini).


Final exam semakin mampir, sekarang dah bulan April, Mei kian pantas melambai "aku disini,aku disini,came and get me". Terasa enggan pula melangkah,namun hentian langkah itu belum tentu melambatkan putaran waktu,tidak,dan tidak mungkin dapat melambatkan putaran waktu.masa tetap bergerak ke hadapan tiada pertambahan had laju. Gerakannya tetap sama.


Ahernya disini,sama ada aku atau saya, ia nya sama sahaja, sebagai ganti nama orang pertama, apa beza nya dalam yang tersirat..?tiada,tiada beza...jauh sudah saya terbang berkhayal, sukar untuk saya tafsirkan,dunia apa yang sedang saya ciptakan. Terasakan saya berkongsikan satu jasad yang mempunyai dua personaliti. Atau mungkin ini apa yang dikatakan keliru. Dimana kebenarannya. "Ah,kau terlalu tamakkan kasih sayang" tersentak tatkala hati menunding kemarahan. Terdiam...dan terus terdiam. Berdosakah bermain dengan perasaan ini?. Jauhi semua tentang diri ini. Andai itu bisa membuatkan gurisan diwajah hati. Cukuplah semua penghinaan itu. Ah,untuk siapa warkah ini ditujukan....


Sedikit berkasar,mengerutkan dahi sambil memicit micit tengkuk. "Aku disini,tetap disini namun aku mahukan yang sempurna,ah,mengapa semua yang ku mahu sukar untuk ku gapai, adakah impian itu bukan untuk ku".







Hazel
Mengerti sudah rupa rupanya,kenangan itu indah dari impian.



No comments: