Wadah Madrasah Pengalaman: Kekadang, aku membiarkan kenangan ku duduk kembali di bangku itu


Sunday, May 16, 2010

Kekadang, aku membiarkan kenangan ku duduk kembali di bangku itu

.


banner contest



Ok...Hari nie Wan nak join contest dari Syaza..syarat nye senang je. and best sangat2..hehehe.. law korang nak join klik banner kat atas tu k.. or korang bleh klik lip lap lip lap nie untuk ke blog penganjur SYAZA




♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥



Bahagian 1




Wan dah siapkan kat bahagian 1 nie..cari gambar yang tak same..soWan segi empatkan dengan warna merah gambar yang tak same tu. semua nye ade 7... nak Wan explain tak?? ape?? tak perlu...ok2 Wan tak perlu explain.. Syarat syarat pun tak suh explain bende nie..so wan mematuhi arahan.




Bahagian 2



Okey kali nie kene wat pa pe je mengenai gambar kat bawah tu..puisi ke,cerpen ke..ape ape je lah..so Wan akan selami gambar tu...hahaha..nak bersastera plak.. maaf law tak bape ok..Wan ambek kejuruteraan elektrik(kuasa) so faham faham lah k.hehehe







Kali ini aku tak lagi duduk dibangku itu membiarkan wajah ku dibasahi sinar mentari. Aku berpaling jauh jauh, meninggalkan bayang suram semalam.


Aku melarikan pandang dari kenangan itu, namun aku tak terdaya melawan tujahannya... Tujahan itu suatu manifestasi... Menifestasi buat golongan yang berfikir. Aku jauh sekali diluar ruang lingkup pemikiran. "Mahu hampir gila !". Aku sering bergomol dengan minda, menandingi psikologi, bertingkah pati rohani, beradu intrajasmani mahupun interjasmani. Ah... Dalam tabir kenangan ini... Tiada yang mudah ! Sedikit mudah apabila kalbu itu suci. Cuma aku tidak mahu bertelagah lagi dengan Ad-Din... Tetapi mahu bertanya sebanyak mungkin... Kepada Al-Khalik,selayak layaknya...



Kekadang, aku membiarkan kenangan ku duduk kembali di bangku itu. Membiarkan bahasa bayu menyentuh pipi. Namun kini aku tidak mampu lagi merasai sentuhan hangat mentari seperti dulu, sapaan bayu bagai menembusi tubuhku. "aku rindu dirimu"... Itu kata mereka. Bagiku, aku sudah cukup mencuba dan mengalaminya. Itukah yang memungkinkan af'al anehnya? Mungkin tiada sangkut paut. Itu lagi kata mereka. Golongan yang mencakar pada permukaan sahaja. Aku sedar, aku juga golongan yang mencakar pada permukaan pada suatu masa dulu. Aku selalu ikhtiarkan! Menyusuri selok belok yang telah dibentangkan oleh Nya. Namun, aku tak pernah lupa menentukan tanda tanda disepanjang jalan yang kini ku gelar sebagai kenangan, supaya nanti aku bisa kembali. Maka, aku selalu perhatikan alam yang aku lihat. Di bangku itu aku selalu merenung dan percaya pada pangkalnya. Tapi hakikatnya aku seorang peragu. Saat tahap kepercayaanku merayap sifar, sukarnya untuk ku mengisinya kembali. Lalu kubiarkan menjadi vakum.



Pokoknya semua yang berlaku dibangku itu adalah sunnatullah dan haruskah aku menyalahkan diriku sendiri atas perkara yang tidak diingini. Terus terang, aku sememangnya tidak pernah suka akan kenangan dibangku itu. Mahu tahu mengapa? Kenangan itu selalu membuat onar diwajahku. Kenangan itulah punca aku menangis tak berlagu. Sekali lagi aku tersodor, aku jua lah yang mencipta kenangan itu. Namun kini aku pergi tak kembali. Tiada lagi tanda tanda ku bermain dibangku itu. Tiada lagi aku untuk menemani mu. Tiada lagi gelak tawa mu.. berdosakah aku?. aku terdiam, setiap kali muncul jawapan. Tiada lagi persoalan yang akan timbul hingga ke saat ini. Warkah yang kulakar sebelum kepemergianku dan kubiarkan warkah itu berbicara bisu. Aku bukan mentari yang akan muncul lagi keesokkan harinya.



Aku rindu akan dirimu,
Cintaku, kasih sayangku hanya untukmu, biarlah bangku itu menjadi mercu cinta kita... Aku tinggalkan dirimu bukan mahu ku...



Filosofinya berbayang... Kau carilah dalam makrifat...


Sesuatu yang telah hadir pasti sirna... Takkan terhalang tanpa Nya. Dalam luahan . Kesatkanlah airmata mu. Redhalah akan ketentuan Nya aku pergi dulu sebelum mu..







Kehidupan



Diwaktu keseorangan

Berbisik sunyi udara senja menyapa tubuh

Aku memerhati alam ciptaan-Nya

Yang penuh keriangan

Dengan rimbunan tumbuhan yang menghijau

Burung-burung keriangan bebas berterbangan

Tatkala mentari terbenam di ufuk barat

Menggantikan siang terus malam sungguh

mendamaikan



Akukah itu

Yang masih berdiri

Merenung dengan fikiran kosong

Tanpa pengertian abadi

Inginku jadi rimbunan pepohon

Mendamaikan setiap mata yang memandang

Inginku jadi sang burung

Terbang meneroka luas di angkasa

Atau seperti malam dan siang

Tetap setia walau di mana

Hakikatnya



Oh Tuhan

Akukah hamba itu

Yang belum pasti tentang kehidupan

Yang Sentiasa mencari

Cahaya ketenangan dalam

Lamunan damai mimpiku acap kali

Malamku…











7 comments:

SyaZa SyaFeeQaH said...

walaupun abg wan ambil jurusan kejureteraan elektrik, namun terselit juga jiwa kesasteraan di dalam diri.

setiap perkataan Syaza teliti.
mahu tahu apa kesimpulannya?
MANTAP!
ada bakatlah abang ni.
besh2!

terima kasih sebab sertai pertandingan ni ek.

nah, hati untuk kamu.♥

+akufobia+ said...

wow.(haha.)

Wan_hazel said...

SyaZa SyaFeeQaH


wah..komen..tengs..mantap..hehehe...terima kasih syaza...untuk suka2 je..peace

. n e y s h a k . said...

like !

sgt b'sastera ~

Wan_hazel said...

n e y s h a k

tengs..sastera sempoi je tu..tak hebat mane pun..huhuuhu

fndrocka said...

Kontest Hanis & Mira terlambat pergi Exam

Nurul Jannah Mustapha said...

file ni dah xde ke??bila tekan kuar 4shared n kuar "fail ini tidak lagi boleh didapati kerana dakwaan oleh DtecNet Antipiracy ".