Wadah Madrasah Pengalaman: Ramadhan ke Limabelas_ Ku ukir madah gembira sebagai helah


Monday, August 15, 2011

Ramadhan ke Limabelas_ Ku ukir madah gembira sebagai helah

.



Disini kisah,
Ada kisah yang terpisah,
Ada rindu yang tak sudah,
Dan kekecewaan yang kian bertambah,

Ku ukir madah gembira sebagai helah,
Disebaliknya aku bukan itu,
Tidak mengerti,
tidak mengetahui,
Dan tidak memahami,

Maknanya aku menipu selama ini,

Kata ku,
Aku gembira,
Namun realiti nya bukan seperti yang ku kata,
Maaf atas segala...
Yang pasti itulah aku,
Kehidupan dibalik kaca mataku,
Dengan kata lain,
Behind these HAZEL eyes..


Isnin,masih jua isnin.Sedikit kerunsingan dihati. Pilu tidak jua rasanya,entah seakan terasa begitu sayu dihati,Ramadhan semakin melangkah pergi,amat terasa pantas masa berlalu. Pejam celik pejam celik,sebulan semakin beransur pergi. Seperti baru semalam saya mempublish entry kedatangan bulan Ramadhan. Kerana kedewasaan kira nya penyebab masa bergerak pantas. 2,3 langkah lagi Syawal akan menyingkap.


Kehidupan kita memang jauh berbeza.Begitulah kisah hidup yang menjadi tajuk sepanjang bulan Ramadhan ini. Namun saya tidak akan mengkhabarkan disini,biarlah ia menjadi debu disuatu sudut,kata orang"patah tumbuh hilang berganti". Namun ada yang patah takkan tumbuh kembali dan yang hilang terus hilang tanpa penganti,begitulah kehidupan..Membuatkan saya sedar kata kata hanya manis untuk dilafazkan..Begitu pahit bila kita mengetahui realiti disebalik kata kata itu jauh menyimpang dari yang tersurat. Ada yang ketawa melihat saya kecewa,jenaka bagi mereka,ada jua yang tersenyum , entah senyuman untuk apa,saya kurang pasti,senyuman sindiran saya mungkinkan,biarlah apa yang didamparkan dihadapan saya,saya tak serik dan saya tidak kisah,itu bukan matlamat saya. Yang saya tahu saya akan tersenyum...sering saya pujuk hati saya dgn senyuman,begitu lah saya,memang tidak silap lagi,saya semakin tegar,tidak rapuh seperti dulu, Jadi dahan yg kuat bukan ranting yang lemah,tidak,bukan dahan namun akar yang dalam dan kuat,,,saya sekuat itu saya harapkan...saya hanya perlu yakin bukan..?


.




4 comments:

Ana Amalina said...

yeah..anda perlu yakin + sabar + tabah hadapi ape jua rintangan dan dugaan yg mendatang =D

Cik Lina said...

macam....macam....macam....
A SAMAD SAID....hahahahha
wan..wan...eehehe

Wan_hazel said...

c i k a n a

tengs ana...

Wan_hazel said...

Cik Lina


hahaha..no komen..ehehhe