Wadah Madrasah Pengalaman: Jenis jenis Lens (photography) , Kenali Lens DSLR


Wednesday, November 2, 2011

Jenis jenis Lens (photography) , Kenali Lens DSLR

Sumber: http://ezhan-artwork.blogspot.com/2011/10/photography-jenis-jenis-lens-dslr.html

Salam semua reader, lama rasanya tak mencurahkan idea kat blog ni. Setiap kali nak update je mesti ada halangan yang datang. Haishh. Tapi hari ni, berjaya jugak aku update. Hari ni aku akan berkongsi serba sedikit ilmu berkaitan photography.Kita belajar mengenai lensa2 yang boleh diguna pakai pada DSLR.

Rasanya kita semua tahukan yang lens ni merupakan salah 1 aksesori utama dan terpenting untuk pengguna DSLR. Takde lens memang tak boleh nak tangkap gambar la kan. Kalau kita tengok kat pasaran sekarang. Ada bermacam2 jenis lensa ditawarkan dan setiap lensa mempunyai specialty nya masing2. Kalau dari segi harga pula, kita boleh jumpa dipasaran lensa yang harganya serendah RM300 sehinggalah ada yang mencecah Ratusan ribu ringgit. Gila mahalkan. Dah boleh beli kereta sebijik. Tapi hari ni kita taknak bincangkan pasal harga, tapi kita nak tengok apa kegunaan setiap jenis lensa ni...



KIT LENS

Kit lens (lensa standard) ini adalah lens yang selalunya akan disertakan sewaktu kita membeli DSLR. Selalunya lens ini dalam range (18-55mm) (18-70mm) (18-135mm) dan (18-200mm). Kualitinya tidak lah sehebat mana. Tetapi tak bermakna ianya tidak bagus kerana lens ini sesuai untuk digunakan dalam semua situasi tak kiralah aktiviti indoor ataupun outdoor. Jika korang just gunakan DSLR hanya sekadar suka2 maka kit lens ni dah cukup sempurna untuk korang menangkap gambar. Tak perlu nak beli lens mahal2

Kegunaan : Semua jenis situasi ( wedding, portrait, landscape, permandangan , street, dokumentari )
Range harga: Bermula dari RM800 dan ke atas

Contoh Gambar:


ULTRA WIDE ANGLE

Ultra wide angle selalunya digunakan untuk menangkap gambar dengan perspektif atau sudut yang lebih luas. Lens ini sangat sesuai untuk menangkap gambar pemandangan, architecture ( bangunan ) dan juga interior. Wide angle ni juga selalu digunakan dalam wedding photography kerana boleh mengkap perspektif yang lebih menarik dan imej yang lebih menonjol.

Kegunaan: Wedding photography, lanscape, architecture, interior, group photo.
Price Range: Bermula dari RM1500 dan ke atas

Contoh gambar:


FISH EYE LENS

Lens ni range dia lebih kurang dengan lens wide angle. Tapi yang membezakan lens ini ialah ianya dapat menghasilkan imej yang melengkung dan perspektif pemandangan belakang yang luas. Lens ini sesuai untuk creative shot kerana imejnya yang sangat unik.

Kegunaan: wedding photography, creative portrait, bangunan, landscape, aksi, kanak-kanak
Price Range: Bermula dari RM2000 dan ke atas

Contoh gambar:


PRIME LENS

Prime lens atau nama timangannya ialah fix lens. Kenapa fix? Kerana lens ini hanya mempunyai range yang tetap. Contohnya macam Canon 28mm f 1.8 . Lens ni tak boleh nak di zoom in atau pon zoom out. Walaupun rangenya fix, tetapi lens ini sangat sesuai digunakan untuk portrait shot. Lens ini juga sesuai digunakan jika korang inginkan efek bokeh ( blur ) yang hebat sebabnya lens ini mempunyai nilai aperture yang tinggi sehingga f 1.2.

Kegunaan: Portrait, Makanan, product.
Price range: Bermula dari RM290 dan keatas

Contoh gambar:


TELEPHOTO LENS

Telephoto ni selalunya digunakan untuk menangkap gambar objek yang jauh. Lens telephoto ni selalunya bermula dari range 135 sehingga 1000mm. Lens ni sangatlah besar dan berat kalau nk dibawa berjalan2. Sebab itu sekiranya korang ingin menggunakan lens telephoto ni seelok eloknya digunakan bersama monopod ataupun tripod. Lens ni juga sesuai digunakan untuk menangkap gambar portrait kerana mampu meng-compress background supaya gambar objek lebih menonjol.

Kegunaan: Sukan, Haiwan, wedding, portrait.
Price Range: dari RM2000 dan ke atas

Contoh gambar:
Photographer yang menggunakan lens telephoto


MACRO LENS

Macro lens ini merupakan lens yang boleh digunakan untuk menangkap gambar dalam jarak dekat ataupun close up. Mesti korang pernah nampakkan gambar2 serangga yang ditangkap pada jarak dekat. Lens ni la yang diorang gunakan. Korang memang tak boleh gunakan lens lain kalau nak tangkap gambar pada jarak dekat sebab lens takkan boleh fokus. Jika korang nak cari lens macro yang bagus, carilah lens yang boleh menghasilkan 1:1 reproduction ratio sebab lens ini mampu memfokus dengan lebih dekat lagi.

Kegunaan: Serangga, tumbuhan
Price Range: Dari Rm1200 dan ke atas (lens yang kualiti macronya bagus)

Contoh gambar:

Jadi itulah dia 6 jenis lens yang selalu photographer2 amature dan professional guna kat luar sana. Setiap jenis lens ni ada kelebihan dan kekurangan masing2. Tapi ada beberapa lagi jenis lens yang aku tak ulas sebab tak ramai yang pakai lens2 ni. Contohnya Tilt Shift Lens dan Lens Baby. Kalau korang nak tau pasal lens2 yang lain rajin2 la buat reseach ye. Jadi sebelum korang nak beli lens kamera tu, pilih la dengan sebaik mungkin mengikut apa yang korang nak tangkap. Takkan nak tangkap gambar pemandangan pon nak pakai macro lens kan. Tak berapa nak sesuai la pulak. haha. Nanti membazir je duit. Dah la harga lens ni beribu2.


.




28 comments:

Melati Qistyna's Mummy said...

Wan mesti meroyan ngan benda2 ni kan.... Akak tgk pon seram, byk sgt function... Hehehe


Lm akak x singgah, wan pekabo?

Ku Azhar said...

waaaaa...teringin nak ade DSlr...huhu

Wan_hazel said...

Melati Qistyna's Mummy


wan sihat je kak..akak sihat???lama dah tak chat kan...hope fmlly akak siaht semua...

a ah kak dapat satu nak satu dapat satu nak lagi satu..tak habis nak beli bnda nie..

seeha said...

wan plak guna lensa yg manaterima kasih sgt sebab wat entry cam ni..siha memang minat bahagian photography...

Mila Ahmad said...

wah best info menarik, baru tau ape kegunaannya lepas ni senangla klu nak beli DSLR

FatinCokelat ♥ said...

dah ada juga bnd nie. tapi tak reti sgt nak snap snap :)

najihah sahami said...

waaaa......syok ah entry ni wan..org macam wan ok la boleh je guna semua tu...T_T

Zaf98 said...

w0w! banyak nye jenis2 dye~ huhuu~ teringin plak nk jadi ph0t0grapher~

dah laen bl0g abg wan~ dah lame x singgah hehee~ lawa+simple~

Wan_hazel said...
This comment has been removed by the author.
Cik Muda Sae said...

tak mampu la wan...huhuhu~

mizz shaa said...

beznya klw dpt nikon ny..........
tingin cgt2.........

Wan_hazel said...

Ku Azhar

beli lah satu..ehehhe..

Wan_hazel said...

seeha

wan ade lense tele,wide, macro..Prime je tak de..
18-55mm
18-70mm
100-300mm dll..

Wan_hazel said...

Mila Ahmad

ehehhe...senang je kan..yg basic lens tu pun dah ok sebenarnye

Wan_hazel said...

FatinCokelat ♥

snap tu sebenarnye bgantung dgn bnde yg kita nak..kretiviti tu terpulang dgn kita snedri..kita suka bnde tu kita snap...

Wan_hazel said...

najihah sahami

ahahha...tak lah syok sgt sebab kalau dapat beli semua jenis lens so total sama dgn sebuah banglo dan ferari sebuah..ehehhe

Wan_hazel said...

Zaf98

ehehhe..boleh je...tengs blog wan tetap blog yg biasa2 je

Wan_hazel said...

Cik Muda Sae

DSLR dah murah skang lens pun beli je apa yg ade...maximise kan apa yg ada ditgn

Wan_hazel said...

mizz shaa

eehhe...usaha mesti dpt...

noraauliyya said...

isk3..xda dslr..

Wan_hazel said...

hehhee..beli satu ..murah je dah DSLR skang

Nurul Amirah Anis said...

Best arr..nnti nk beli lar...trimass sbb bgi information...^_^

Wan_hazel said...

sama2..boleh je beli..ikut kemampuan ,hehee

Anonymous said...

xmmpu ar lens wide angle,,pkai converter ja la,, (-__-')

Anonymous said...

salam wan..
nak tanya ni..
lens mna yg seswai tuk DsLR sony??
lens brand tamron @ nikkor ..???
sy ni bru nak brjinak2 ngan DsLr..
sbb kat tmpt sy byk jual lens brand tu jer..

Wan_hazel said...

salam...

nikkor tu rasanya hanya utk nikon je taw.. tamron ok..cari yg sony mount..sebab tamron nie third party punya lens.. jgn salah beli je..tamron sony mount k.. sigma pun ok gak.. yg penting kene taw apa yg kita nak shoot k..

Wan_hazel said...

salam...

nikkor tu rasanya hanya utk nikon je taw.. tamron ok..cari yg sony mount..sebab tamron nie third party punya lens.. jgn salah beli je..tamron sony mount k.. sigma pun ok gak.. yg penting kene taw apa yg kita nak shoot k..

Anonymous said...

ouh..ok..tamron sony mount kn..
apapun..thanks wan..seronok baca tuto photography wan..byk info..