Wadah Madrasah Pengalaman: Aku dan Bahasa


Sunday, September 30, 2012

Aku dan Bahasa

.



Assalamualaikum..


Saat terpandang tulisan cakar ku dihelaian daging buku yang parah ku siat siat membuatkan ku merenung kembali..Bagaimana aku terlampau taksub dengan bahasa. Sebenarnya aku tidaklah begitu minat dengan sastera. Tapi bilamana aku rasa kesepian aku gemar menulis . Bercakap seorang diri melalui tulisan di sang wadah madrasah ini. Tujuan nya untuk tatapan sendiri. Jika ada yang membaca , moga ada manfaat disetiap penulisan ku.. Dan jika ada yang memberi gumpalan komen itu berupa bonus bagi ku .. 

Aku akui ini adalah campur tangan dari ALLAH yang menemukan aku dengan cinta kepada bahasa.. Padahal jurusan ku Kejuruteraan elektrik . Tiada sebarang sesalan yang diungkapkan.. 


Malangnya, apabila dikenang zaman persekolahan apa yang kita tahu,hanyalah sibuk menghafal nota dan sibuk berhempas pulas semata-mata untuk peperiksaan.Kalaulah zaman sekolah kita ditanamkan minat berbahasa dengan cara yang berbeza dan unik, pasti ada perubahannya. Dan mungkin masa ini aku tidaklah sebegitu kerdil dengan bahasa . Dan bila aku membelek setiap buku buku bahasa .. Bagaimana beberapa perkataan telah ku kuburkan bersama masa. Semakin ku cedok ilmu itu semakin kuat rasa cinta tehadap bahasa. Kosa kata seperti jerayawara, kebejatan, menebak atau apa sahaja perkataan yang lain menambahkan kecintaan aku terhadap bahasa ini.Aku belajar untuk menyelami dunia buku dan novel bahasa Melayu yang selama ini telah lama aku tinggalkan.


Aku khuatir ada istilah yang bakal diluput zaman kalau tak diamalkan. Memanglah sesebuah perkataan tak berdampak besar terhadap manusia sejagat, tapi agak sayang bila ada satu istilah yang pupus. Sangat memalukan, bila ada orang asing yang menuntut di tanah kita dan menuturkan bait-bait indah dengan bahasa kita. 


Sistem kita terlalu menjurus kepada peperiksaan. Aku jarang menemui kawan yang begitu meminati untuk membaca buku. Ya, buku novel, fiksyen atau bukan fiksyen. Samada di sekolah, universiti semuanya sibuk mengelek nota dan buku kerja.  Apabila ditanya untuk menyenaraikan 5 senarai penulis buku yang memberikan impak dalam hidup mereka, aku pasti lepasan universiti akan terkelu . Dan sebegitu jua lah aku... Namun kehidupan ini ajaib..Aku mula mencintai bahasa kembali.


Tak sangka sejak akhir-akhir ini, kedatangan pengunjung ke Sang wadah madrasah agak mendadak, membuatkan aku ingin menulis sesuatu yang bisa difahami semua. Aku tak ingin dikata blogger yang kejam, mendera pembacanya dengan istilah pelik (entahlah, aku tak pernah menganggapnya pelik. Orang yang merasa pelik itulah yang memelikkan.)  Kerana itu, ada entri yang terkandung istilah agak janggal kita jumpa. Ada juga dengan istilah yang biasa kedengaran. Aku sedang melaras tara, antara kemahuan (minat) aku sendiri, dengan kehendak pembaca. Akhirnya aku korbankan kemahuan yang memuncak, agar semua orang bisa menikmati ilmu secara aman. Oh, sedih sekali. (haha. Aku meminta belas.)




Yang kurik itu kendi, 
Yang merah itu saga, 
Yang cantik itu budi, 
Yang indah itu bahasa.



.




10 comments:

RIAN said...

Sy pon budak bahasa juga. Tapi tak belajar bahasa melayu. Belajar bahasa Arab.

Wan_hazel said...

RIAN

tringin sgt nak blaja bahasa arab..boleh lah ajarkan nanti..ehehehe

Are_YiN said...

saya pun suka jugak dengan permain bahasa.. tapi tak lah sepandai macam diri anda untuk bermain kata2x sehingga menjadikannya ungkapan yang indah.. gud joB.. :)

Wan_hazel said...

Are_YiN

hahaha..cikai2 je bahsa wan nie.. tengs taw..sama2 kita martabatkan bahasa

~Hanie Ladyhlomanie~ said...

Salam..bagus tue wan..sebab masa hani tingkatan 6 dulu, sesi pembacaan bahasa melayu amat jarang diikuti oleh pelajar melainkan dia ada rasa minat untuk membaca..teruskan minat wan..hani sokong sangat-sangat..Dah payah dah nak nampak orang yang mahu memelihara bahasa Melayu kita ni.. Moga perjuangan Wan menarik minat pembaca untuk pelihara bahasa Melayu kita ini..wasalam wan

RIAN said...

Mahu belajar ? Tunggu saya buka consultant dan kelas bahasa nanti ye. :))

Wan_hazel said...

Peraih Kasih Allah
tengs hani..betul tu.. skang ramai yg utamakn bhsa inggeris..bukan tak boleh cuma..ada masa tu kita martabatkn lah jugak bahasa melayu kita kan..ehehehe..tengs taw

Wan_hazel said...

RIAN

ahahhaa...OK :)

Unknown said...

pandai wan bermain bahasa...

student sibuk kelek buku rujukan yang tebal melangit dari kelek buku bahasa,,
kecuali student yang ambik course bahasa~~ :)

Unknown said...

nak belajar bahasa sarawak