Wadah Madrasah Pengalaman: NUR ..Allah membimbing kepada cahaya-Nya siapa yang Dia kehendaki,


Thursday, September 6, 2012

NUR ..Allah membimbing kepada cahaya-Nya siapa yang Dia kehendaki,

.



Malam ini , sujudku kian berlagu sendu, membuat sejadah berlecun air masinan mata walau sekuat hati ku cuba mengukir manisan diwajah. Tak tahu apa lagi yang mesti dipinta dari Si Maha Mengetahui yang tahu keberadaan ini. Terasa berbongkah-bongkah besi berdiri di atas bucu yang merodok bahu.Adakah hakikatnya hajatku tak punya cahaya lagi.. Gelap..


NUR ..


Allah membimbing kepada cahaya-Nya siapa yang Dia kehendaki,
-potongan ayat surah an nur


Hakikat. Yang kadang-kala sentiasa tidak diambil pusing oleh mereka yang selalu menadah tangan, meminta itu dan ini dari hadrat Nya. Sedangkan permintaan itu tidak dicermin dulu dengan kaca muhasabah. Begitu jua lah aku..


Bila mana Doa yang ALLAH tak makbulkan bukan bererti dia membenci . dan bukan jua bererti dia menganjakkan permintaan itu untuk kesekian hari nya.. ALLAH menguji hamba Nya dan memperlihatkan kekurangan diri.. dan memberikan ruang untuk kita berfikir kekurangan diri..


"Ya ALLAH lembutkan lah hati dia yang terlalu garang bagi ku" 

Walau makbulnya itu bersilang dengan pintaan, ikhtiar ini menjadi asbab.


Tanpa henti mulutnya menyumpah seranah diri ini.. Aku tetap sebegitu. Masih tenang dengan mata tertunduk ke lantai. Ugh. Mujur bahu yang ditunjal-tunjal. Kalau dahiku yang jadi mainan, entah mungkin tunggang terbalik meja di depan ni agaknya. (istighfar). Mengapalah aku ditempatkan sekelas dengan nya..errr..

Terasa sungguh bersyukur, dengan hadirnya sejuk di dada dikurnia Dia.


"bodoh"

"Gila"

"lembat"

"Tolol"

"Tak kuasa aku "


Sehinggalah satu saat aku terkesan mengapa Doa ku tidak termakbul.. Rupa nya dalam jiwa ku hampir hilang rasa "SABAR" .. YA ALLAH .. indah sungguh pengaturan Mu.. Baru ku sedar dahan kesabaran ku semakin rapuh..


Sesungguhnya, apa yang dipohon belum tentu terbaik buat diri. Dia selayak mengerti apa yang mampu dipikul tubuh. Tak perlu ku ulang lagi. Dia memang Maha Mengetahui.

Comelnya Janji ALLAH..





.



24 comments:

iznawzi said...

syahdunya...:)

Adi Herman said...

oh man,my eyes already in tears

Wan_hazel said...

Anonymous iznawzi

:)

Wan_hazel said...

Adi Herman

eh eh... hehehehhe.. senyum2

nazrul ali said...

sabar ya encek hazel:)

Wan_hazel said...

nazha anua

tengs tempuh semua nie dgn kesabran dan kesyukuran

Unknown said...

tersentuhnya bce,,

Unknown said...

wan memang yang terbaik :')insaf sekejap

Wan_hazel said...

miz ruha

semoga kita bermuhasabah diri..

Wan_hazel said...

BeLLa

hehehe..jgn insaf sekjap je taw...

Unknown said...

sapela yg garang sangat tuh..bagus2..doa lembutkan hati.

Wan_hazel said...

Eekin Mutalib

ahahhaa... :)

Mime MF said...

suka sgt entry wan...ayat sgt indah..dariNya utk hambaNya:)

Unknown said...

tears in my eyes.. thanks bro! :)


p/s: cemane nak buang shoutbox eh? xjumpe codeeee

Wan_hazel said...

miss fluffy

tengs,, dari HambaNYA untk semua..semoga bermanfaat ..

Wan_hazel said...

Amirah Adnan

welkam


buang tu kene cari kat mana tempat gadgegt tu... nanti ad akosing shoutmix awak..kene cari satu2 kat add gadget awak tu

Unknown said...

sebelum meminta jangan lupe memuji . jangan sekadar meminta kalau kita takk tunaikan perintahnya . :)
kadang kadang allah tak kurniakan ape yang kite minta sebab dea nak bagi bnde lain . teruskan meminta kerana allah tu maha mendengar !

Wan_hazel said...

Pelangi Biru

tengs cik Pelangi Biru .. sememang nya sbegitu lah kan... kdg2 kita tak sedar...

Unknown said...

naperr wan ? sabar la erkk ^__^

Wan_hazel said...

bulat94

tengs,, hehehe... :)

Nurul Lyana Kz said...

tersentuh saat membacanya ;(

Anonymous said...

Sabar... Tersentuh baca entry ktk tok :)

Syaza Nazurah said...

Best !

Si Matatajam said...

Speechless *_*