Wadah Madrasah Pengalaman: Tapi tak pe mak.. Kita kumpul saham Akhirat


Thursday, October 11, 2012

Tapi tak pe mak.. Kita kumpul saham Akhirat

.




Assalamualaikum...

-----

"Sik kempang mak jual mun sik bersedekah "
(tak sampai hati mak jual kalau tak bersedekah)


"sik pat berbisnes lah kita mak .kalau dah hari hari bersedekah ... hahaha" aku mengaru kepala ku yang tidak gatal..

(tak dapat berbisnes lah kita nie mak kalau dah hari hari bersedekah...hahaha)


----

Tapi tak pe mak.. 
Kita kumpul saham Akhirat seeloknya begitu lah.. 


Perbualan itu telah mengetik minda, membuatku sedar bahawa rupanya setiap yang kita lakukan boleh saja jadi saham akhirat seiklhasnya kita kepada ALLAH..


Dan mungkin akan ada segelintir suara sumbang ..


"Rugi lah kau macam nie... Buang masa je lah semua nie"


Kamu tahu? Biarpun benar telahanmu itu, usahkan setitis kesal pun yang menitis kerana bersedekah/memberi. Ya, silakan didik anak cicitmu membakulsampahkan kerugian itu, aku tak halang. Tapi ketahuilah, dengan katamu yang meracun itu, mencermin taring prejudismu yang membunuh.


Namun, mewariskan berapa pun nilainya sesuatu harta, tidak sama dengan mewariskan ilmu dan kasih sayang. Bila tiba satu saat di mana kau terpaksa melepaskan ia, dengan seribu harapan generasi warisan kedua itu dapat menyambung tumpuan kasih sayang, seperti mana kita menjaganya pada awal kita memilikinya.Semoga boleh saja bagi mereka meneruskan sisa kehidupan yang panjang.


Begitulah perasaan seorang ibu yang pada akhirnya, atas sebab yang tak dapat dielak lagi, dengan berat hati terpaksa melurutkan ikatan sayang akan anaknya kepada orang ketiga. Jerit pekik melahirkan anak comel itu diimpi berbayar dengan doa secara tunai, agar anak itu membesar sempurna, bak sebutir benih yang tumbuh menjadi pulau suatu hari nanti. Amin. 



P/S : perkara yang paling sukar kita lakukan ialah bersedekah harta bila saat kita memerlukan nya.. Jadi ambil lah peluang yang ada selagi kita mampu..





.



9 comments:

Diari Si Froggie said...

Bila bersedekah pastinya ganjaran yang datang berdabel2.. bagi RM1 dengan seikhlas hati InsyaAllah Allah akan beri RM10.. :)

Fatimah Nabila said...

i'allah, tadi pun bawu je brsedekah..ada studnt u msuk icu..so wat drma utk dia..

Unknown said...

awesome :)

Unknown said...

mari sama2 kita kumpul saham akhirat.. ^_^

shar90 said...

bukan susah nk kumpul saham akhirat kan... nak ikhlas je :D

Athirah said...

adab bersedekah, memberi barang yg kita plg sukai, tp berapa ramai yg buat? muhasabah2..huhu

Aimacomel said...

sedikit kita memberi, byk yg akan kita dpt balik..

tirahzairi said...

I'Allah wan :)

unknownname said...

suka entry yang ini :) Awesome