Hari ini,dia begitu lain dari hari yang sebelumnya. Dia begitu asing bagi ku,benar benar terasa perbezaannya. Terasakan aku berdepan dengan jasad yang lain.jauh sama skali dari yang sebelumnya. Entah,apakah yang merasuknya sehinggakan berkeadaan dan berkerenah sedemikian. Akan tetapi dirinya masih didakapi kinayah.. kehidupan yang dipaparkan seolah olah penghargaan bagi kewujudannya. Diri yang sebgitukah yang dikejar nya?.
Mendiam...
Setiap kali ruangan warkah yg ditemuinya sering kali manipulatif... Aku harap sebegitulah seharusnya... Salahkah aku berkata sedemikian kepadanya..sebelum ini pun serupa.sebelum dia mengenali dunia warkah warkah penulisan,stiap yang ditemuinya juga merupakan juzuk juzuk reformasi. Kenal itu dan ini. Sedar akan kesalahan yang diperlakukannya. Sebagai peringatnya sblum terkena. Ada itu dan ada ini untuknya.
Dia seolah olah ingin lari dari kehidupan. 'Fade Up' dengan kehidupan. Namun apa yang kutahu,aku hanya meneka.. Sumpah aku tidak mengerti pemahaman nya,kadang kadang aku turut keliru tatkala berdialog dengan nya.... Apa itu,apa ini,haruskah begini,mengapa begini,mengapa bukan begitu,sehinggakan begitu banyak persoalan yangg hampir membuatkan aku gila.hampir hampir membuatkan aku hilang sabar...hancur,retak,berderai.belum hancur.!belum jua retak,,syukur hanya sdikit rekahan pada tembok kemarahanku.
Aku mengerti,dia cuma mahu bertelagah dengan realiti dan mahu bertanya sebanyak mungkin kepada Al-Khalik selayak layaknya.
Kekadang,seharusnya dia meletakkan diri dalam setiap kondisi atau berdiri dalam situasi yang lain,cuba memahami jasad yg lain. Tapi... Itu kata mereka,bkn sama sekali aku. Bagiku,dia sudah cukup mencuba mengalami dan memahaminya.benar,sudah cukup bagiku,bukan hanya luahan retorik ku semata mata. Itukah yang memungkinkan af'al anehnya?..tidak atau mungkin memang tiada sedikit pun sangkut paut.lagi lagi kata mereka. Daerah kelompok yang berteater dipentas dunia.aku sedar,aku juga kelompok itu,berteater dipentas dunia...aku tahu,aku dan dia sentiasa mengikhtiarkan! Menyusuri denai denai,lembah lembah malah onak duri yang telah dibentangkan. Namun,satunya aku xpernah lupa menentukan tanda tanda di sepanjang jalan yg kulewati. Supaya aku bisa kembali.. Justeru aku sentiasa bermonolog dengan alam.. Dia percaya apabila aku sangat percaya,namun sebaliknya apabila dia sangat percaya aku pula sentiasa berasa was was atas tindak tanduk nya. Hakikatnya,aku seseorang yg peragu..
Kini,Dia ditarik digaung cinta,owh bukan,mungkin salah pengertian ku,bukan digaung tapi ditasik cinta.. Penuh nurkilan kebahagian bagi diri nya. Bahagia,senyum terukir bermadah sentiasa menemaninya. Namun bgiku,,seharusnya aku mengelaknya. Aku tahu disitu ada sembilu yg bersembunyi. Ada perangkap yang tertimbus menunggu mangsa. Jika salah langkah nya... Hati hati pada selumbar cinta. Itu mampu menghiris dari yang terdalam... Maaf andai aku seperti memejam mata atau melihat hanya dengan sebelah mata kepada dia.. Aku tahu dia pun inginkan perasaan yang berbunga harum... Kerna itu aku begitu. Hanya satu nasihatku,jgn terlalu asyik dgn cnta.. Tidak kah kau mengetahui padah nya seandainya tidak seperti yg telah tertulis diatas... Dulu kau jua yg mengertikan aku tentang bahana nya CINTA.
Melangkah keluar..
Dia jelas sekali merungkai dunia ini dengan pancaindera hatinya,xpunya mata,xpunya telinga dan xjua punyai mulut untuk berbicara.namun aku mendengar bicaramu,jua kamu mendengar rintihan ku. Kita sering bergomel... Entah,aku bukan seorang pemikir yang tahu segalanya. Bagaimana kau melihat tanpa mata tapi kau tahu apa yg seharusnya... Peratus kebenaran itu ada padamu.
Dia yang selalu menemui dan merasa peritku menyatakan padaku.."Usahlah berhenti dari terus melangkah,andai kau tersungkur,berdirilah teruslah langkahmu. Kemana tuju mu,itu kau yang tentukan sendiri bukan aku,aku hanya memberi sdikit hipotesis utkmu".
Indahnya jika kehidupan ini hanya kenangan.(MemorialISme itulah sikap terukir)...
Andai esok tetap bersulam,
Akan ku ukirkan pelbgai warna warni perjalanan harian ku dgn pelbgai rantaian senyuman..
Andai ini hari yang terakhir,
Selimutkanlah aku dengan doa kalian,
Bukan dgn pendawaian fitnah dan kata kutuk mu,
Seharusnya itu kamu dimegertikan.
Bgtu jua aku pada mu.
Andainya itu kamu...
Maaf andai untuk mengertinya terlalu panjang.aku sudah bilang,hari ini dia lain dari yang lain...dia adalah aku,dia adalah jiwaku,perasaanku.itulah dia HATI dan PEMIKIRANku.
Hazel aku dan dia
No comments:
Post a Comment