Kisah kelmarin dikarangkan
Kelmarin,kebanyakan perbualan saya didalam kelas diisi sepi. Entah,mungkin bosan dengan situasi sekarang,setiap hari melalui keadaan yang sama,menatap wajah yang sama.. Tadi baru sahaja selesai menyiapkan assignment programing, sudah hampir kali empat saya memperbaharui assignment tersebut, ada ada sahaja kod yang saya terlupa. Harap harap kali ini tiada lah yang silap.
Tenggelam timbul perasaan gembira. Silap silap hari bulan tak siumanlah jadi nya saya(GILA). Hahaha,jenaka rasanya. Petang kelmarin agak lewat balik dari kolej. Melepak sebentar bersama rakan rakan, selepas selesai menjawab test trigo. Agak susah sedikit,bukan sedikit tapi memang susah. Syukurlah semua soalan saya dapat jawab.Macam macam yang kita borak, saat pertama kali berjumpa,eceh, semua mula berjalan dalam kenangan. Ada ada saja cerita yang hendak dibahas...ada ada saja...
Malam semalam,sebentar ber Y.M dengan kakklik untuk ke blog jemari.Maaf memahat nama diwarkah ini tanpa persetujuan. Sedikit tersentak dengan persoalan yang ditimbulkan oleh kak jemari."mengapa orang selalu menyakiti kita?". Kadang kadang persoalan sebegitu dipandang sebelah mata sahaja, itu untuk segelintir. Bukan semua. Saya,mengapa?owh,saya selalu disingkir, selalu sahaja berada dibelakang, bila perlu barulah diambil. Ah,dah nasib nak wat cam mana kan.diam diam sajalah. Ya,saya sudah bosan dengan semua ini.. biarlah perkara semua itu menjadi debu yang tiada makna bagi saya. masuk ke telinga namun tidak terdetik dihati, makna nya tiadalah rasa terkilan. dan tidak bermaksud saya sudah tiada perasaan, namun itulah jalan terbaik bukan.. disakiti lalu menangis..apa guna nya,,tiada yang mendengar bukan??
Ada cerita tentang sahabat,ada kawan,punya ramai teman, teman rapat katanya, benar memang sudah diakui, ada masa nya saling bertukar pandangan,berkongsi cerita malah permasalahan. Namun sekarang tidak begitu, terasa semakin jauh. Mungkin hati yang kian menjauh, terasa pilu agaknya. Semakin kenal semakin tidak kenal. Kata orang,bila ada yang baru yang lama dibuang. Itulah yang saya cuba sampaikan. Tapi mengapa perlu disakiti teman serapat itu, salah siapa agaknya, dia ataupun kamu..? sekali terpandang ada senyuman diwajah sahabat itu,mungkin saya baru sebentar mengenalinya,disebaliknya ada tangisan terguris,sebuah kepiluan terpancar diwajahnya, hendak ditangisi sudah tiada makna. yang terjadi biarlah berlalu,,tabahkan hati,,itu jalan nya.. tanpa disedari berkaca kaca sudah kolam mata saya, lantas menyembunyikan berpura mengatok, senyuman terukir tanda ada nya saya disini,, jika saya seperti teman itu,,menyakiti kamu. Justeru,tinggalkanlah..ringankanlah kaki untuk melangkah,apa ditunggu mungkin waktu itu saya sudah lain dari yang ini,,ada rasa marah dan ada rasa dendam.. itu andai kesabaran saya sudah hilang,,,,
Hazel ini cerita bersama ...
PAPAI
4 comments:
hurm..fara pon slalu rase mcm tuh jgk..
rasenya jiwa kite ne ala2 same gitu..
keke..:)
hehehe,,,a ah kan..samelah lah..kamcheng lah nie..huhuhuh
alamakkk..nama ku di taip..hihihi..teruja..tapi Wan cam tu lah kan lumrah manusia...
entahlah...
nak menangis bazir air mata..tapi itu ubat paling mujarab bila kita rasa cukup untuk kita berasa tenang...
A ah jemari.airmata 2 lah yg dpt tenangkan kita.tp untk apa kita menangskan.hm,entahlah,menangis ni perlu kot.he2.dunia dunia
Post a Comment