"Ah, kemaik.kampung apa ndak kedak tok"(Ah, kotor,perkampungan apakah ini). Aku mengeluh dengan muka yang bengis. Setelah lama aku tidak pulang ke perkampungan di daerah Asajaya.
Terhinjut hinjut pacuan empat rodaku, proton saga akibat lopak lopak yang terbentang besar dijalanan. Naik bosan aku, nada nada kotak suara semakin hilang frekuensi nya, sekejap ada,sekejap hilang. Hampir saja aku biarkan dahan kesabaranku rapuh.
Perkampungan jenis apakah ini, aku memperlahankan kenderaanku memasuki lorong sempit, berbonjol bonjol. "Habis bumper aku"aku mendengus. beberapa budak kecil berseluar pendek dengan muka yang terpalit tanah dan hingus yang kering dimuka berlari lari.
Dush, seketika aku terkesima, bodoh detik hatiku, apakah hebatnya mandi di sungai saat ini, air pasang yang mencecah paras jambatan. Dasar budak kampung.
Aku memberhentikan kenderaan bersebelahan warung makan. Beberapa orang gadis lalu memberi senyumam justeru berbisik bisik, mengumpat agaknya atau jarang melihat manusia seperti aku. Kemudian datang seorang tua memegang tingkap belakang kenderaanku. Aku sedikit marah,mengetap bibir."nak pa dimaok kitak? Tetangga tangga"(apa kau mahu, tengok tengok nie).
Dia terketar ketar tertunduk."assalamualaikum nak, pak cik ambik upah cuci kreta"dia bercakap dengan pandangan tumpah ke kaki, tertib ketakutan. Ditangannya ada sehelai kain koyak, dan baldi berisi sabun. Bajunya hanya dibutang dua menampakkan dada nya yang leper, seluar hitam yang lusuh, berselipar jepun dengan kuku yang hitam dan kaki yang reput menjijikkan."basuh jak sia, p ingat mun skres kreta kamek"(basuhlah, tapi jangan sampai calar kreta aku). Tahu lah macam mana aku nak ajar kau,berkata sambil mata aku meliar mencari bungkusan roti dirak luar warung.
Aku duduk dengan pepsi tin dan roti yang aku beli. Aku meneliti bait bait kehidupan masyarakat kampung. Wajah berconteng peluh, hipokrit ada yang berlagak seakan kaya.
"sudah nak"setelah 15minit berlalu, baki wang setelah aku membeli sebungkus roti aku berikan kepada dia. Aku rasa itu sudah cukup berbaloi bagi fakir seperti dia. Aku harapkan dia terus pergi meninggalkan aku namun dia menggenggam kuat duit itu tertunduk hiba mengalirkan airmata. Mengelap airmata dengan lengan baju kemejanya, menangis tersedu sedu.
"kenak gik tok, gila ka?"(kenapa nie, gila ke?)
"nak,seumur hidup pak cik masuh kreta,ngambik neo,nebas kebun,sik pernah pak cik nrimak upah banyak tok, spuloh ringgit,paling banyak pun duak ringgit jak"
(Nak,seumur hidup pak cik,mencuci kreta,memetik kelapa,menebas dusun dusun buah,belum pernah pak cik menerima upah sebanyak ini, sepuluh ringgit. Paling banyak pun dua ringgit je nak.) sungguh melihat kedalam mataku, timbul pula sedikit simpati dibenak hatiku. Aku terdiam dan membiarkan. Aku memandang jauh dengan pandangan kosong. Ini warna kehidupan,kemiskinan,aku tidak pernah melihat,aku dibesarkan dalam hutan batu,hidup dilimpahi wang ringgit,dimanja oleh ibu bapaku,mahu itu diberi,mahu ini dituruti. Kemudian keluar dengan segulung ijazah.
◘ ◘ ◘ ◘ ◘ ◘ ◘ ◘ ◘ ◘ ◘ ◘ ◘ ◘ ◘ ◘
Tepat jam 5.30 petang. Aku beredar dari warung tersebut hendak pulang ke bandar. Kemudian aku melihat kelibat orang itu menjinjing dua beg besar hitam berisi barang. Hairan,tak kan lah dengan sepuluh ringgit yang aku beri tadi dia boleh membeli barang sebanyak itu. Mustahil atau dia memang mewah dan berlagak seperti fakir.
Aku mendekati pak cik tersebut kerut dahi ku dibalas senyum oleh nya.
"haii pak cik, banyak beli barang,banyak betul duit"nadaku seakan menyindir. Pak cik itu seakan terkejut. Dia tertunduk, meletakkan beg besar hitam itu ditanah, membukanya satu persatu, perlahan lahan aroma busuk menusuk kehidungku,aku terkedu,terkejut dan malu.
Pak cik itu mengeluarkan lipatan sepuluh ringgit."nak,pak cik tahu kami nie orang susah, hidup seperti najis, ditolak tolak,kalian pekup hidung melihat kami,ambillah ini semula, pak cik juga ada maruah". Pak cik memegang tanganku,meletakkan lipatan wang yang tadinya aku beri sebagai upah. Aku menolak berkali kali. Aku sudah mula menangis,meminta maaf berkali kali. Hinggakan wang itu terjatuh ke kaki. Pak cik kesana tadi hanya ingin memungut sisa ikan yang pecah perut yang nelayan buang.
Moral form da story.
Harga diri lebih penting dari wang ringgit.
Lain lain cari sendiri.hehehe,
Kisah rekaan je k. Aku tak nak sambung kisah tu.huhuhu.
Mama and papa kat luar sane jangan terlalu manje kan anak anak. Ajar mereka hidup susah. Wang itu amat bernilai andai kita ada harga diri.
Salam prihatin dari aku.
Hanya sebuah cerpen.
.
Harga diri lebih penting dari wang ringgit.
Lain lain cari sendiri.hehehe,
Kisah rekaan je k. Aku tak nak sambung kisah tu.huhuhu.
Mama and papa kat luar sane jangan terlalu manje kan anak anak. Ajar mereka hidup susah. Wang itu amat bernilai andai kita ada harga diri.
Salam prihatin dari aku.
Hanya sebuah cerpen.
.
No comments:
Post a Comment