Wadah Madrasah Pengalaman: Aku Hilang Dalam Kenangan


Tuesday, December 7, 2010

Aku Hilang Dalam Kenangan



.



Pintas prinsip suntikan moral ku... Aku berdiri dibalik bayang. Kelihatan jasad kaku lemah terpelusuk,namun senyum tetap terukir diwajah. Aku tak mengerti,adakah itu senyum gembira,sinis atau kesedihan. Sungguh aku xmemahami. Aku lewati cahaya,cuba bergerak sepantas cahaya,cuba mendahului angin...apa daya nya aku. Semua nya itu bukan aku. Aku hanya manusia.ya,manusia biasa,seperti kamu,bezanya cuma aku lebih lemah dari kamu,mungkin lebih tercorot dari kamu,dari pelbagai segi,penulisan,pemikiran mahupn ras..


Kebencian timbul,mula timbul,berputik,tidak bukan berputik,baru sahaja bercambah,,,aku mengintai peristiwa yang terjadi,aku adaptasikan dari luahan yang kudengar justeru ku sampaikan dsini.lebih senang jika aku andaikan si pengarang kata sebagai aku.


Kegelapan kau menyapa ku,namun aku tak hiraukan,maaf andainya ku begitu. Aku tak perlukanmu,bukan ku hipokrit,aku berkata benar. Ku tak mahu ulangi nya lagi,kau dustai aku...minggir kau dari kehidupanku...


Pasrah,aku redha...malam kau hadiahkan ku kedamaian,ketenangan dan ruang untuk ku berfikir. Namun disebalik nya aku cuba menyembunyikan kesedihan dibalik senyumku. Ruang yang kau berikan begitu sempit lantas aku terpaku disudut hujung menatap penjuru 4 segi yang makin menyempit. Aku cuba membengkok kan harapanku kerna ku tahu,hasilnya pasti tetap tangan yang kosong meminta agar disentuh tanpa seorang pun jasad menyapa. Aku andaikan aku sebagai aku yang menjadi diriku.


Kian luas langkah malam,kian pantas larinya.bukan main main.bukan cerita bohong.aku berkata benar.sekejap aku kehadapan,lalu merenung. Terus kau cantas memintasku.lalu bergerak jauh dihadapan.kejam kau kejam,kau tak memberi ruang untuk ku nikmati kebahagian,walau sesaat,apa dosaku hingga begini jadi nya.


Aku tetap berharap,semakin besar harapanku,namun semuanya hanya luahan penghayatan deria penglihatanku,menatap paparan segi 4 cahaya,menunggu detik nya...dimana kamu...aku disini,tetap disini seperti biasa...akan ada disaat kau perlukan...maaf


Lapang dada menongkat dagu,aku terasa bagai disentuh namun tanpa jasad.terbaring kaku ku memikirkan soal hati.aku berbicara dengan angan,malah dengan mimpi...namun jawapan yang ku cari,tak jua kunjung tiba...




.



2 comments:

♥diLahAmZa♥ said...

haaha.. jiwangnya.. btw.. nak tanye ajax shoutbox 2.. mcm mane nak ubah kedudukan shoubot? sy nyew shoutmix atas frame sgt.. if x phm leyh ng0k shoutmix sy..

Wan_hazel said...

ok wan g tgk k