Wadah Madrasah Pengalaman: Perbezaan antara makna Pasrah dan Redha


Friday, April 20, 2012

Perbezaan antara makna Pasrah dan Redha

.



Assalamualaikum...

Redha berasal dari kata radhiya-yardha yang bererti menerima suatu perkara dengan lapang dada tanpa merasa kecewa ataupun tertekan. Sedangkan menurut istilah, redha berkaitan dengan perkara keimanan yang terbahagi kepada dua iaitu, redha Allah kepada hamba-Nya dan redha hamba kepada Allah (Al-Mausu’ah Al-Islamiyyah Al-’Ammah: 698). Ini sebagaimana diisyaratkan Allah dalam firman-Nya, ”Allah redha terhadap mereka dan mereka pun redha kepada-Nya.” (QS 98: 8).


Redha Allah kepada hamba-Nya adalah berupa tambahan kenikmatan, pahala, dan ditinggikan derajat kemuliaannya. Sedangkan redha seorang hamba kepada Allah mempunyai erti menerima dengan sepenuh hati dan ketetapan dari Allah. Menerima aturan Allah ialah dengan melaksanakan segala perintah-Nya dan menjauhi semua larangan-Nya. Adapun menerima ketetapannya adalah dengan cara bersyukur ketika mendapatkan nikmat dan bersabar ketika ditimpa musibah.


Dari definisi redha tersebut terkandung isyarat bahawa redha bukan bererti menerima begitu saja segala hal yang menimpa kita tanpa ada usaha sedikit pun untuk mengubahnya. Redha tidak sama dengan pasrah. Ketika sesuatu yang tidak diinginkan datang menimpa, kita dituntut untuk redha. Dalam pengertian kita meyakini bahwa apa yang telah menimpa kita itu adalah takdir yang telah Allah tetapkan, namun kita tetap dituntut untuk berusaha. Allah berfirman, ”Sesungguhnya Allah tidak mengubah keadaan suatu kaum sehingga mereka mengubah keadaan yang ada pada diri mereka sendiri.” (QS 13: 11).


Hal ini bererti redha menuntut adanya usaha yang aktif. Berbeza dengan sikap pasrah yang menerima kenyataan begitu saja tanpa ada usaha untuk mengubahnya. Walaupun di dalam redha terdapat makna yang hampir sama dengan pasrah iaitu menerima dengan lapang dada suatu perkara, namun di sana di tuntut adanya usaha untuk mencapai suatu target yang diinginkan atau mengubah kondisi yang ada sekiranya itu perkara yang pahit. Kerana redha terhadap aturan Allah seperti perintah mengeluarkan zakat, misalnya, bukan bererti hanya mengakui itu adalah aturan Allah melainkan di sertai dengan usaha untuk menunaikannya.


Begitu juga redha terhadap takdir Allah yang buruk seperti sakit adalah dengan berusaha mencari takdir Allah yang lain, iaitu berubat. Seperti yang dilakukan Khalifah Umar bin Khathab ketika ia lari mencari tempat berteduh dari hujan lebat yang turun ketika itu. Ia ditanya, ”Mengapa engkau lari dari takdir Allah, wahai Umar?” Umar menjawab, ”Saya lari dari takdir Allah yang satu ke takdir Allah yang lain.”

Dengan demikian, timbullah perbezaan antara makna redha dan pasrah, yang kebanyakan orang belum mengetahuinya. Dan itu boleh mengakibatkan salah persepsi mahupun aplikasi terhadap makna ayat-ayat yang memerintahkan untuk bersikap redha terhadap segala yang Allah tetapkan. Dengan kata lain pasrah akan melahirkan sikap fatalisme. Sedangkan redha justeru mengajak orang untuk optimistis. Wallahu a’lam.

----------
Sumber: Republika - Jumat, 18 Maret 2005




Kalau suka entri kali nie klik like atau sponsor Wan ..senang je klik nie.Satu je taw.Klik biar iklhas.

http://my.churpchurp.com/wanhazel/share/PoloSedan
http://my.churpchurp.com/wanhazel/share/SamsungAud
(klik kanan > open new tab)

Atau klik button Donate..


Papai




.



11 comments:

Azee Hana said...

baru tau ada beza upenye...tq for sharing..=)

Best Business Brands said...

Menyingkap maksud firman Allah itu, manusia sentiasa akan diuji dengan ... Segala penentuan Allah diterima dengan persepsi berbeza antara satu sama lain. Perbezaan sudut pandang ini bergantung kepada beberapa ... Bayangkan bagaimana pasrah dan khusyuk nabi berdoa dalam keadaan genting.

Dhia adawiyah said...

suka entry ni . ada unsur agama sikit . Wahh .. doodle perempuan laa . cute !

y i e n said...

selalu confuse dgn 2 ni.. naseb arini dah tau, time kacih :)

Nurul Husna Mohd Hassan said...

perkongsian yang baik. tq :)

Ummi Azym said...

Assalamualaikum....
terima kasih atas perkongsian menarik di atas.
Sya mohon share di FB saya yer..
Salam sahabat.

Anonymous said...

Mintak share :)

Wan_hazel said...

silakan

Unknown said...

Saya dh share kat fb. Tq

Unknown said...

Saya dah sharekn kat fb. Tq

MamaNur said...

ilmu bermanfaat...thank you ;)