Wadah Madrasah Pengalaman: MERDEKA bukanlah janji ditepati tapi perjanjian yang telah ditepati bukan balas budi tapi berikrar sehidup semati .. Duduk sama rendah berdiri sama tinggi ..


Sunday, August 26, 2012

MERDEKA bukanlah janji ditepati tapi perjanjian yang telah ditepati bukan balas budi tapi berikrar sehidup semati .. Duduk sama rendah berdiri sama tinggi ..

.



Assalamualaikum...

Dalam tak sedar kita yang masih dalam mood Raya nie hampir terlupa akan hari kemerdekaan yang selama nie telah kita kecapi . Ramai diantara kita tersalah anggap akan maksud MERDEKA .. Ramai yang anggap MERDEKA tu kebebasan , padahal rata rata jiwa kita masih dalam penjajahan . Kekadang Wan sendiri pun rasa pelik apa yang kita perjuangkan selama ini.. Parti parti politik berperang mulut , perang undi perang siapa yang tampak baik elok padahal dalam diam ada udang dalam mee.. Wan bukanlah anti politik dan bukan lah penyokong tegar politik..Sehinggakan Wan tak tahu mana satu perjuangan yang benar berasaskan ISLAM..Apa pun , Sekarang nie pun Wan dah rasa bersyukur sangat bila dilahirkan dalam Negara MALAYSIA nie.. Kita negara ISLAM maka bergeraklah berlandaskan hukum ISLAM..


Bagi Wan...
MERDEKA bukanlah janji ditepati tapi perjanjian yang telah ditepati bukan balas budi tapi berikrar sehidup semati .. Duduk sama rendah berdiri sama tinggi ..


Maaf ini bukan entri perjuangan menentang kerajaan namun hanya pendapat yang lahir dari hati kecil rakyat yang begitu kecil dan kemungkinan besar suara kami tidak didengari.. Negara Malaysia nie terlampau kecil untuk kita calarkan dengan sikap rakyat kita yang sering kali pandang hina dengan kaum , negeri dan agama masing masing..Tidak semua tapi sebahagian.. dan kerna nila setitiklah maka rosaklah susu sebelanga..


Alhamdullillah bila diri ini dibesarkan di MALAYSIA.. Kita masih boleh bersekolah masih boleh menuntut ilmu , tiada batasan sehingga batasan batasan ISLAM pun kita redah.. Mungkin itu makna kemerdekaan bagi sesetengah dari kita.. Jika rajuk hati kita , kita rasa perit suatu hari nanti rajuk ALLAH lagi perit . beringatlah sebelum bala diturunkan.. Kita perjuangan Negara Malaysia sebagai negara ISLAM insya ALLAH.. Semoga ALLAH merahmati.. Dan ingat wahai pemimpin pemimpin sekalian jangan kaitkan isu AGAMA dengan Politik.. AGAMA adalah landasan untuk kita berada pada jalannya bukan dibuat untuk meraih sesuatu dan mengutuk sesuatu...


Jadi semoga kemerdekaan ke 55 tahun ini membawa beribu erti kepada rakyat..

dan apa maksud kemerdekaan bagi anda?


Wan menyokong kemerdekaan dan memperingati perjuangan pejuang negara maka dengan itu Wan ubah header blog Wan .. Salam Kemerdekaan..


 Tiada kene mengena dengan Isu politik..ini hanya sebuah nurkilan .. Allah




اللَّهُمَّ أَعِنِّى عَلَى ذِكْرِكَ وَشُكْرِكَ وَحُسْنِ عِبَادَتِكَ

“ Yaa Allah..Bantulah hamba untuk (senantiasa ) mengingat-Mu, bersyukur kepada-Mu, serta memperbaiki (kualitas) ibadahku kepada-Mu.”
(HR. Abu Dawud, dengan sanad shahih –riyadhusshalilhin, hal 488)


.







10 comments:

Safirul Amar said...

minda dan jiwa anda merdeka. :)

Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan.

nuyui a.k.a miss YUI said...

btol gak kata2 wan tu.. tp inilah namanya dunia.. cara dulu cara yg baik.. yui pon xgemar parti yg berpokpek2, gaduh2, bangkakng itu, skong ini.. bkn juga anti politik tp lbh hrp semuanya dlm keamanan..

salam merdeka yer =)

misz sheyla said...

haah..tema merdeka tahun ni langsung x patriotik tapi politik semate...

Momo said...

ada antara kita masih xmengerti dan menjiwai erti kemerdekaan sebenar..tauk nyebut jak.. suk ati.. tapi paham x siktauk la..

Xiao Xandria said...

asal gempak sangat !!

miz ruha said...

betul tu wan,,
bukan janji ditepati.. politik semata..

kibarkan jalur gemilang!!

ayut said...

kdg2 rasa merdeka pon nk dipolitikkan..mmm.masalah jugak tu.hrap dptla memahami erti merdeka dengan perjuangan hak bersama.duduk sama rendah,diri sama tinggi.btul ke peribahasa ni?xpela.yg pasti,bukan memandang/mengejar nama semata.perjuangan untuk keamanan bersama.Itu sebenarnya yang perlu dijaga.Salam merdeka Wan! :)

Sally Yatiey said...

Betol2 :D
Selamat menyambut hari kemerdekaan :D

Syaza Nazurah said...

Merdeka ! Merdeka ! Merdeka ! Merdeka ! Merdeka ! Merdeka ! Merdeka ! Laungan 7 kali merdeka yg dilaungkan juga oleh Arwah Abd. Rahman Putra Al-Haj mase negara kite mendapat kemerdekaan. Dah dengar dah lagu merdeka semua pasai janji ditepati. Yg 1 Malaysia 1 bahtera tu okay sikit. Hehe.

Si Matatajam said...

Selamat Menyambut hari kemerdekaan...