Wadah Madrasah Pengalaman: Yang baik atau jahat kalau mereka menegur , kita harus terima..


Friday, August 31, 2012

Yang baik atau jahat kalau mereka menegur , kita harus terima..

.



Assalamualaikum...

Merdeka merdeka merdeka.. Adakah kita benar benar dah merdeka?? korang jawab sendiri taw.. hehehe.. Entri kali nie tak de kaitan ngan merdeka.. Kali nie Wan nak ajak korang semua berfikir dan mengupas sedikit isu yang semakin hari semakin besar tampaknya dimedan maya..


Terlalu ramai antara kita silap menilai sesuatu.. Kekadang apa yang kita lihat jauh sekali terpesong dengan apa yang kita dengar.. Entri nie bukanlah bertujuan Wan menyokong yang jahat.. Betul benda tu tak baik.. Tapi kalau teguran tu untuk membaiki diri.. maka ia tetap teguran dan nasihat.. Adakah yang layak menegur hanya orang yang berkopiah dan betudung labuh.. ???


Wan tak bermaksud nak pertikaikan cara seseorang atau membenarkan apa yang ditegah.. Cuma apa yang Wan nak kongsikan ialah "kenapa ramai yang memilih siapa yang menegur dan menasihati" kalau bukan ustaz atau ustazah maka kita yang biasa biasa nie tak layak menegur dan menasihati.. Sedarlah dalam ramai ramai jiwa manusia .. Kekadang yang menasihati tu sedang berusaha mengubah diri ke arah yang lebih baik walaupun cara mereka masih salah tapi adakah kita sedar mereka sedang bertatih tatih melangkah memaksa diri berubah kearah kebaikan.. Ramai antara kita beranggapan mudah..


"ustaz wanabe makin ramai..geli aku",

"kau hipokrit. Nasihat macam ustazah tapi depan mata aku tengok kau teruk lagi dari aku",

"hah...Kau sendiri pun tak pakai tudung"

"Mengajar orang tapi diri sendiri.. Macam ketam mengajar anak berjalan lurus"


Ayat nie, kita mudah dapat kat wall status muka buku.. Realiti nie.. ramai yang mengumpat .Kawan kawan Wan ramai yang update status macam nie..Ada tak yang terasa... Ramai yang mempersoalkan .. Percayalah.. Dalam sistem kekeluargaan pun akan ada benda nie.. Bagaimana seorang ayah mendidik anak anak nya.. Padahal apa yang ayah nasihat tu ayah sendiri tak buat.. Anak jangan merokok taw tak baik..tapi hakikatnya ayah sendiri yang merokok.. Adakah kita juga akan kutuk ayah kita? adakah ayah kita hipokrit??


Dunia skang nie susah kita nak nilai seseorang tu taw.. 
Sebab hati kita makin buta.. 
orang kata kalau nak memilih pasangan cari lah yang menutup aurat... 
disebalik tu adakah kita tahu sebalik nya.. 
Padahal apa yang sepatutnya kita perlu cari ialah yang menjaga agama nya.. 
Ibadah nya..
dan 
yang Cinta nya Kepada ALLAH..


Kekadang apa yang dia cuba sampaikan tu , dia cuba mengingatkan diri dia sendiri.. Jadi tugas kita bukan mengutuk tapi kita saling ingat mengingati.. Sebab nya Kita hanya Manusia.. yang menghakimi seseorang tu hanya ALLAH..

Kesilapan kita, adalah di sini.

Tiada siapa yang bergerak menarik mereka padahal ada diantara kita semakin menolak mereka kelembah kejahatan..  Sebagaimana korang, mereka juga begitu, Wan juga begitu. kenapa kita boleh tersilap. Kita tertipu ke, kita terjerat ke, kita memang betul-betul tak tahu kemudian terbiasa dengan kesilapan itu ke. Jadi, bila orang hentam-hentam kita tanpa memahami, kita pasti sakit hati.  Begitulah perasaan mereka yang buat silap. Wan sendiri amat benci manusia yang pakai hentam sahaja tanpa memahami. Kenal pun tidak, sudah menghentam macam dia tahu-tahu aja apa sebenarnya yang terjadi.


Dan sering kali Wan terfikir.. Bagi yang selalu mengutuk mereka mereka yang cuba menasihati , menegur dan cuba berubah diri.. Adakah dikalangan kalian cuba mendekati mereka.. Menyokong perjuangan mereka dan cuba menasihati dikalangan mereka . Cuba mengajak mereka dengan cara yang benar berlandaskan agama... Islam itu mudah..Islam itu indah..


Jangan biarkan wujud "antara kita dan dia siapakah dulu ke neraka"...


Ingatlah bila kita tidak memberi nilai rahmat kepada orang itu maka kitalah diantara orang yang paling binasa..


jom kita sama renungkan..


''Ketika seekor anjing berpusing mengelilingi sebuah perigi dan hampir mati kerana dahaga, seorang pelacur daripada suku Bani Israil melihatnya. Lalu dia menanggalkan kasutnya dan memberi anjing tersebut minum dengannya. Maka Allah mengampunkan dia kerana perbuatannya itu. "
[Shahih al-Bukhari – no:3467]




Jika ada salah dan silap harap diperbetulkan..



.



14 comments:

Miss Double A said...

kan . orgg sllu anggp yang mmbri nasiht tue dah ckop baik dan solehah . pdehal dorang tak taw . yang mmbri nshat tue sbenar nya dea ingat kan diri dia sekali .
tak ade sape yang sempurne walaupon seseorang muslim/muslimat tue bertutup , maseh ade kekurangan nya ,

Sally Yatiey said...

Nice sharing ktk..
Betol ya, kadang2 kita tego sebab kita mok ngingat drik kita juak.. Bukan bermakna kita tok lebih bait dri cdak nak :)

LelakiSemalam said...

nawaitu yang penting...

BeLLa said...

btol baik buruk org tu hanya ALLAH yg taw,,

Adi Herman said...

aku sokong lelakiSemalam, nawaitu yg penting...bukankah menegur yg baik itu sudah dikira satu bentuk dakwah?

miz ruha said...

entri ni buat aku terfikir..
yg aku jg kekadang tak dapat nak nasihat org lain even aku tahu yang dia salah.
dan aku tak selalunya betul..

Yui Bieyna said...

Alhamdulillah, ttp bg org biasa mcm kta ni kan yg mahu tgur dgn umo yg sbaya, msti wat muhasabah dri dlu. Ataupun, ''don't judge a book by it's cover, unless judge yourself first''... pndpt kmek ja. :)

steffany daph said...

nasihat tu penting. tak kisah la tego sesiapa, janji nasihat tu dpt digunakan oleh org yg sedikit silap ataupun tgh membuat silap tu supaya dia tak selama2 nya tersilap. apa2 pon, dont jugde a book by its cover. (:

Epal Merah said...

tq

aisya said...

kmk kdg2 xberani juak mok tego org eh.. kmk fikir kmk xda jua bait ne pun mok nego2 org tok.. ingat2 kedirik jak lah, ne yg bait and boleh diikut dan yg ne xbgus yg kita jgn ikot.. kedak jak la.. tp kdg2 rasa kedak lokek pun ada juak eh.. huhu

Zierwa Zainal said...

zz suke kalau org tegur.. sbb rasa disygi.. hehe.. kite x nmpk keslhn diri kite kalau x de org yg akan tegur.. =)

Syaza Nazurah said...

Hurmmm... hari tu komen2 pasal satu status ni. Then budak lelaki tu cakap antara permpuan dan lelaki spe yg bnyk kat neraka. Sedih bile budak lelaki tu ckp mcm tu. Disebabkan segelintir, rosak susu sebelanga.

ckynnogha78 said...

Best idea tok. Superb bro! Yalah... Susah mau cakap. Lain org, lain point of viewnya tp ingat... Sstu yg berlaku mesti ada sebabnya...

Eekin Mutalib said...

tula..kadang2 kite tegur diorang xpham..yg kite syg dorang jgak sesama muslim..