Wadah Madrasah Pengalaman: Tutorial Photography : Apa itu ISO Sensitivity


Wednesday, November 2, 2011

Tutorial Photography : Apa itu ISO Sensitivity


Sumber : http://ezhan-artwork.blogspot.com/2011/02/photography-iso.html


Salam semua. Hari ni aku nak sambung balik pelajaran kira pasal perkara2 asas yang korang perlu tahu bila menggunakan DSLR.

Hari ni aku nak bercerita pulak mengenai ISO. Kalau korang perhatikan dekat kamera DSLR korang tu, mesti korang akan nampak tulisan ISO kan. So, apa bendanya ISO tu ? ISO9001 tu ke? Bukan2! tu iso lain. Dalam term photography,
ISO atau ASA ( American Standard Assosiation ) adalah satu cara pengiraan untuk kelajuan film (kodak) dan juga tahap sensitiviti /kepekaan pada cahaya.
Jom sambung baca lagi...


Kalau kita flash back waktu zaman2 penggunaan kodak. Kalau korang perasan. Setiap kotak kodak tu ada tulis nombor2 macam 200, 400, 800 dan beberapa lagi. Nombor2 tu semua adalah nombor ISO. Kepekaan film tersebut terhadap cahaya. Tapi sekarang dah tak pakai kodak, Jadi yang detect kepekaan cahaya tu adalah Sensor.

Macam Mana Nak Guna ISO ?
(gambar dari sini)

Cuba korang tengok situasi kat atas, aku akan cuba terangkan macam mana korang boleh menggunakan iso ni dalam kehidupan seharian. hahah!
  1. More Light - tengok pada kawasan more light, kawasan tersebut sangat terang sebab pancaran matahari direct. So korang tak perlu menggunakan iso yang tinggi. ISO 100 dah cukup memadai
  2. Less Light - Lihat kawasan belakang pokok tu. Cahaya tak banyak kan sebab terlindung dari matahari. Pada kawasan tu, gambar akan menjadi gelap sikit. So, ISO 400 dah memadai. Tapi kalau masih gelap, boleh tinggikan sedikit ISO.
  3. Lower ISO - Itu antara kawasan yang ideal untuk shoot gambar portrait. Sebab apa? Sebab cahaya yang datang pada kawasan tu dah cukup cun. So tak perlu nak pakai ISO tinggi sangat. ISO 200 dah cukup best.
So korang pahamkan cara penggunaan ISO ni. Tak susah mana pon. Kesimpulannya macam ni guide line untuk gunakan ISO:
  • ISO 100 - Cahaya sangat terang - outdoor
  • ISO 200 - Cahaya terang - outdoor
  • ISO 400 - Cahaya kurang - indoor/outdoor
  • ISO 800 - Cahaya sangat kurang - indoor
  • ISO (1600-3200) - Malam atau tempat yang kurang cahaya
Noise

Noise ni bukan bunyi ok. Tapi grain ataupun butir2an kasar pada gambar. Korang perlu ingat setiap kali korang menggunakan ISO yang tinggi, noise akan semakin bertambah. Jadi untuk mengelakkan gambar dari banyak noise. Gunakan ISO yang tidak terlalu tinggi. Kalau gelap guna lah flash

Cuba korang tengok contoh gambar kat bawah, nascaya korang akan paham apa bendanya noise tu. hahah!


Rasanya itu jela yang dapat disampaikan hari ni. Harap korang boleh la faham apa itu ISO. Setakat in aku dah terangkan 3 perkara asas yang utama untuk penggun2 DSLR. Kalau ada tersilap fakta sila la tegur ye. Aku ni bukan la perfect sangat pon. hihi.


.




7 comments:

Ku Azhar said...

waaaa..dah lma xtgk kodak pnye film..

cik violet said...

good information :)

Pen Merah Staff said...

barulah jelas sikit, sy pakai dslr, tp xreti gune, huhuhu

Wan_hazel said...

hehehhe..skang dah jelas kan...baca skali lagi manual DSLR tu taw

Juliana Razalee said...

whoaaaa :) sekarang baru paham . thanks :D

saliana said...

patutlah saya amek pic yang dalam keadaan terang pic jadi blur,,maybe sebab saya guna auto iso,,

Miss Ain ♥ said...

terima kasih ye wan hazel...dapat banyak ilmu photografi dekat sini...
terima kasih sekli lagi..^_^