Wadah Madrasah Pengalaman: Doodle story..adakah semua wanita ambik sedikit masa untuk berkemas kerna Allah.


Wednesday, February 8, 2012

Doodle story..adakah semua wanita ambik sedikit masa untuk berkemas kerna Allah.

.




A
ssalamualaikum...

Dalam ramai ramai jiwa manusia hanya ada beberapa jiwa je yang akan mengambil masa menyiapkan diri dan memperkemaskan diri Kerana Allah..Lain lain semua kerana pandangan orang luar.. Mungkin ada yang berfikir dan kemungkinan benar hanya untuk memenuhi tuntutan agama tapi adakah hakikat sebenarnya kerana Allah..? Atau semata mata kerana berfesyen..?



W
an pernah menulis mengenai..Fesyen tampilkan keindahan Islam namun...Comelnya wanita bertudung . Dan ramai yang tertanya pengakhir ayat Wan pada entri tersebut iaitu


Sebenarnya Wan tak suka Wanita bertudung namun Wan suka Wanita yang menutup aurat..


Disini Wan cuba sampaikan " bukan semua wanita bertudung itu menutup aurat dengan sebaiknya".Dan di sini Wan bukan hendak menunjuk alim.. Kalau berbicara mengenai agama pasti banyak lagi yang Wan perlu selongkari , pelajari dan korek sedalam dalamnya..Tapi Setiap manusia tu adalah khalifah dimuka bumi.. Perlu ada rasa bertanggung jawab..Kalau bukan Wan siapa lagi..Wan cuba menggunakan medium Blog ini sebaik baiknya sebagai kegiatan yang berfaedah disamping memberi sedikit ilmu didada malah berkongsi lumrah kehidupan yang perlu kita sedari..Dunia semakin maju dan kita semakin maju menempuhi liku liku dosa tanpa kita sedar.


Insya Allah jika entri ini berkesan dihati mungkin ramai yang akan berfikir kedua kali nya adakah kita berkemas hanya sekadar memenuhi tuntutan atau sebalik nya.. Esok , lusa dan hari hari yang seterusnya harap kalian melihat diri di hadapan cermin dan bertanya pada diri adakah aku layak digelar ISLAM..Bukan hanya pada Wanita namun semua kita..Lelaki pun sama.


ISLAM itu mudah..Islam itu Indah..

Sama ada kita mati dalam menegakkan ISLAM atau mati ISLAM hanya sekadar pada nama..


Renungkan fikirkan..

Yang baik itu semuanya datang dari Allah dan yang sebaliknya datang dari diri Wan sendiri..


Kalau suka entri kali nie klik like atau sponsor Wan rm0.20 ..senang je klik nie.Louis Koo or Daniel Wu? What's your pick?..Atau klik button Donate..


Terima kasih


.



11 comments:

keri ikhwan said...

maksud ayat wan tu :
bertudung tak semestinya menutup aurat... tapi untuk menutup aurat semestinya kena bertudung...
ramai yg bertudung (tutup rambut) tapi bahagian lain terdedah... itu masih belum dikira tutup aurat

syasyajohan said...

betullah.fesyen tudung kadang2 buat perempuan salah niat.
btw,tudung tak wajib tutup aurat yang wajib *UAI

::WafaIrdina:: said...

cantiklah untuk DIA..
kan :D

emy|farid said...

bertudung kdg2 hanya trend kan? btul x?

.cik syana. said...

yup.syaa setuju.dan wan da buat bende betul,saling mengingatkan sesame sedare islam :)
maila ramai2 cantik sebab Allah! :D

miranadia said...

sedih bila orang pakai tudung sebab trend. tapi mereka mencuba kan untuk tutup aurat. hidayah itu milik Allah.

Ckin Kembaq said...

jadi, bertudunglah utk menutup aurat.....biar tak nampak di sisi manusia, tp darjat di sisi Allah tu tinggi.. ^_^

.: mama lynn :. said...

tq untuk entri yg bagus camni. terdetik dlm hati betapa bagusnya ada kaum adam yg mengambil berat sebegini

NiGhTiNaNgLe_FARA said...

tak paham ..

Mitsu Kizu Zie said...

sapa sik bertudung out of list bakal bini...he he

Nurul Ain Atikah said...

betul2.

biarlah buruk dengan orang tapi cantik depan ALLAH...