Wadah Madrasah Pengalaman: Doodle story..100 hari mencari hidayah part 2


Friday, April 27, 2012

Doodle story..100 hari mencari hidayah part 2

.



Assalamualaikum ...


Salam jumaat semua..Kalau hari hari lain kita berseronok dengan entri santai jadi dihari Jumaat nie apa kata kita ambil sedikit masa untuk kenali diri..Kenali jiwa dan rehatkan fikiran..Syukur kita masih dipanjangkan umur sehingga ke hari ini..Kalau korang masih baca entri nie maknanya korang masih boleh bernafas.


Insya Allah jika di izinkan Allah Wan akan cuba sampaikan yang terbaik dan cuba dekatkan diri kepada ALLAH.Dan cuba tarik sedikit perhatian adik adik dengan cara tersendiri. Setiap orang ada caranya kan.. Kalau semua para pemikir cuma nak sampaikan dakwah pada orang surau , masjid dan orang yang dah ada kesedaran..jadi siapalah yang nak perbetulkan mereka yang tertinggal..Dan dah menjadi tugas kita untuk bantu mereka..Betul tak??Jadi apa yang Wan cuba lakukan nie bukanlah yang terbaik tapi cukuplah sekadar mengajak dan berusaha..


Wan tak ambil kisah jika seseorang tu bertudung atau tak semasa diluar tatkala membaca entri Wan nie..Betul "Matlamat tak halakan cara" atau lebih tepat jika kita ubah "Matlamat tak pernah halalkan cara yang salah".Kalau kita asyik pertikaikan luaran tapi dalaman berhati batu sebaik baik pun pandangan masyarakat tetap dimata ALLAH ia dipertikaikan..Baiki dalaman dulu baru luaran.



Haram memang tetap haram..Kalau seseorang tu tak tahu kenapa haram , kenapa perlu , kenapa wajib semua tu akan jadi sia sia..Mereka akan rasa benda tu membebankan..Jadi kenapa kita tak baiki dalaman dulu..Dari dalaman kita melangkah satu persatu .Mengubah dan berubah perlukan sedikit masa.Bertatih dan bangun perlahan lahan dalam mencari hidayah..Dan bagi yang dah punya kesedaran tu jangan pandang serong kepada mereka yang tertinggal..Ingat hidayah tu mesti dicari..Dan Iman itu juga bisa hilang jika kita tak menjaganya..

Entri berkaitan :
-100 hari mencari hidayah part 1 


Yang baik itu datang dari ALLAH dan yang buruk itu datang dari diri Wan sendiri..

Kalau suka entri kali nie klik like atau sponsor Wan rm0.20 klik satu je..senang je klik nie.Klik kanan dan open in new tab k

German quality has arrived. You in?
Cadbury Dairy Milk on a happier mission.



Papai



.



2 comments:

Haruno Hana 하나 said...

x yah kata nk tunggu hidayah, hidayah dh tiba 1400 tahun yg lalu - Ustaz Azhar Idrus :)

.shyafiinaz. said...

i like this entry. =)
and as girl, terasa malu la jugak heee~~