Wadah Madrasah Pengalaman: Pertandingan Photography sempena melawat perak


Thursday, January 5, 2012

Pertandingan Photography sempena melawat perak

.

Klik banner diaats untuk terus ke laman pertandingan


Assalamualaikum...

Pantang je kan kalau ada pertandingan photography nie..Mesti nak join..Tapi kali nie Wan tak leh lak nak join sebab jauh dok kat sarawak..So sesapa yang dok kat Ipoh tu..nie lah peluang korang menonjolkan diri..Disamping leh ketengahkan bakat ..Korang pun turut mengetengahkan nama korang..Boleh lah masuk dalam portfolio korang nanti..Hadiah memang menarik...

Klik untuk tumbesaran

SYARAT SYARAT

1. Warganegara Malaysia berumur diantara 12 tahun hingga 17 tahun bagi kategori PELAJAR dan 13 tahun ke atas bagi kategori TERBUKA, Penyertaan daripada Urusetia Pertandingan adalah tidak dibenarkan.

2. Hanya gambar-gambar yang dirakamkan disekitar BANDARAYA IPOH sahaja yang layak untuk dipertandingkan.

3. Peserta-peserta boleh menyertai keempat-empat kriteria yang dipertandingkan, peserta-peserta boleh menghantar seberapa banyak gambar untuk dipertandingkan.

4.Gambar-gambar mestilah asli dari dayausaha dan kreativiti sendiri, olahan dan pengubahsuaian dengan menggunakan sistem komputer adalah dilarang samasekali dan gambar-gambar yang dihantar adalah belum pernah dipertandingkan atau memenangi mana-mana pertandingan didalam atau luar negara. Setiap gambar-gambar yang dihantar hendaklah disertakan bersama filem/CD gambar yang berkaitan.

6. Gambar hendaklah dicetak berukuran saiz 8” X 12” dan dilekatkan di-atas “Mounting Board” berukuran 10” X 14” (warna biru muda (Light Blue) bagi kategori Pelajar manakala warna hitam bagi kategori Terbuka).

7. Borang Penyertaan asal atau fotokopi hendaklah dilekatkan dibelakang setiap keping gambar yang dihantar, gambar beserta borang dan Kiriman Wang Pos yang telah dilengkapkan hendaklah diserahkan/sampai kepada Urusetia Pertandingan pada atau sebelum tarikh tutup :18 Mac, 2012 @ 5.00 petang.(alamat sepertimana di dalam borang penyertaan).

8. Setiap penyertaan akan dikenakan caj bayaran bagi setiap keping gambar yang dihantar. Bayaran hendaklah dibuat dalam bentuk Kiriman Wang Pos (Money Order) atas nama “ANGKATAN SENIFOTO NEGERI PERAK’ dan hendaklah dihantar ke alamat Urusetia Pertandingan (seperti didalam Borang Penyertaan)

RM 5.00 sekeping (Kategori Pelajar) dan RM 10.00 sekeping (Kategori Terbuka)

9. Semua gambar-gambar yang di-hantar untuk penyertaan akan menjadi hakmilik penganjur. Penganjur adalah berhak untuk menghasilkan semula atau mencetak semula bagi tujuan Publisiti, Pameran atau Penyiaran tanpa perlu meminta keizinan terlebih dahulu daripada peserta dan perserta hendaklah mengaku serta bersetuju tidak akan membuat sebarang tuntutan kewangan atau lain-lain tuntutan melalui pihak ketiga selepas borang penyertaan di tandatangan dan diterima.

11. Keputusan hakim adalah muktamad.


Sebarang pertanyaan sila hubungi :

ASFON PERAK:-
EN.TAJUDDIN: 016-5611002 HJ.ABD RAZAK : 012-4343812 EN.ZAHRIMAN : 019-5119215



So untuk mengetahui pertandinagn ni dengan lebih lanjut..Klik lah kat link nie.

http://pertandinganfotografivpy2012.blogspot.com/

Harap adalah orang yang Wan kenal join nie nanti...Semoga berjaya

lain lain yang korang mesti tahu




.



7 comments:

nuyui a.k.a miss YUI said...

tahun mlwt perak..

leh war2kan ni..

Puan Besar Shag Yahaya said...

Macam nak masuk tapi ilmu photography cetek sangat lagi pun jauh jugak lah nak p sebab tak ada transport :Pp

Wan_hazel said...

nuyui a.k.a miss YUI

boleh je yui..war2kan.ramai2 join..ehhehe

Wan_hazel said...

Puan Besar Shag Yahaya

Wan lagi lah jauh..tu lah pasal tak join..eheh

Ckin Kembaq said...

Wan duk kat sarawak? study sana eh? ^_^

Wan_hazel said...

ckin...wan memang duk srawak..study pun kat sarawak...ehhehe

capt. keon alhan said...

menarik ni...walaupun tak reti sgt tangkap gambar cun2,tak salah mencuba kan?