.
Assalamualaikum
Ingat lagi suatu masa dulu.. Seketika saya masih menuntut di Dongyang Technical College, South Korea.
http://wanhazel.blogspot.com/2010/07/rindu-keluarga-di-malaysia.html
Saya menulis mengenai agenda k-pop nie akibat dari isu isu semasa yang hangat sekarang .
"What do you like about
Korea?" Satu hari professor saya yang berbangsa Korea berbasa-basi dengan saya.
"Oh, I really like the music.." Jawab saya
beria-ia. Sambil tersengih macam kerang busuk. Waktu itu umur saya dalam
23 tahun.
"Really? I don't know that. I don't listen to the
young people's music, because I cannot understand them." Sekali lagi
saya tersengih. Rasa macam bom pulak jatuh atas kepala.
Adehh..
Empat bulan pertama, saya mula dinampakkan dengan 'Korea yang sebenar'.
Perasaan saya terhadap Korea, kalau dalam bahasa orang putihnya, mulai
'bitter'.
Tidak dinafikan, Korea ada kemajuan dan banyak
kelebihan berbanding kebanyakan negara Islam sendiri, termasuklah
Malaysia. Bab keselamatan, memang superb. Bab disiplin, memang power.
Pengangkutan awam mereka, sangat reliable, selesa dan menepati masa. Dan
mereka amat bangga sekali dengan produk keluaran negara mereka sendiri
berbanding produk dari luar. Walaupun, ianya cuma sekeping pizza.
Dan pengalaman saya sendiri . Mereka amat suka membantu, dan bila saya nampak
macam bersedih (kadang-kadang ada jugak waktu monyok sebab homesick
hihi), semua orang akan 'menyebok'. Itu, memang saya tidak nafikan.
Tetapi di sebalik semua itu, inilah satu lagi wajah Korea yang saya kenal.
'Why you are praying? You are wasting your time. Don't pray."
"You can go out with me if you want."
Beberapa kali, agama saya diprovok. Kalau tak sabar, memang boleh bergaduh sebenarnya duduk di Korea ni. Hihi.
Paling saya tak gemar, dari hari Isnin sampailah ke hari Jumaat, mereka
akan bekerja bermati-matian. Sampai ke tengah malam buta.
"You
have to stay in the lab, you cannot go home, not until our professor
goes home. If he goes at 1 am, then you can go. In the mean time if you
already finished with your work, you can watch movie or do whatever you
like. Just, don't go home early."
--> Budaya kerja dan budaya bodek
yang agak ekstrem pada pandangan saya. Kalau balik awal akan dianggap
sebagai pemalas, tak guna dan tak buat kerja. Setahun kena umpat tak
habis.
Senior di makmal sebelah saya pula, dah nampak macam
kura-kura sebab hari-hari asyik kena tengking dan maki dengan profesor.
Mujurlah, Allah beri saya profesor yang sangat baik. Alhamdulillah.
Tiba malam Jumaat, masa untuk mereka enjoyyyyy!!! Waktu untuk minum
(serta makan babi bakar; makanan kegemaran orang Korea) dan bergembira
dengan kawan-kawan.
Yang lebih veteran dan ada anak bini, masuk
kelab yang bercermin gelap. Layan perempuan juga mungkin. Apedehal
dengan anak bini. Dah penat kerja, enjoylah pulak kan.
Lepas
tengah malam, bersepah-sepah Korean yang mabuk. Membebel-bebel tak tahu
butir bicara. Lembik kaki dipapah kawan-kawan. Akhirnya terlentang tidur
atas jalan raya.
Hari Isnin nak ke makmal, sisa muntah
bersepah-sepah. Tepi jalan. Dalam terowong. Geli!! Sampai di makmal, bau
mulut sorang-sorang ya Rabbi!! Sebatu dah bau arak. Stres.
Dan
jelak. Saya amat jelak sekali dengan semua itu. Mujur Allah hantar saya
ke sana. Kalau tidak, mungkin sampai ke hari ini saya masih lagi hanyut.
Sebagai K-popper tegar.
Mungkin sekali atau dua kali setahun, akan ada mini konsert. Mujurlah,
waktu itu hati saya sudah tawar dengan K-pop. Pernah juga diajak ke
konsert artis Korea, tapi mujurlah Allah beri kekuatan kepada saya untuk
menolak.
Entahlah. Saya jemu. Jemu dengan hidup yang sebenarnya penuh dengan ke'hipokrit'an. Totally plastik.
Bercakap pasal plastik, di fakulti saya, ada dua orang Korean yang
merupakan sahabat saya sendiri yang telah melakukan pembedahan plastik.
Bahkan dah jadi kebiasaan bila ibubapa hadiahkan anak mereka dengan
tajaan pembedahan plastik di Korea.
Sebab dengan cantik, hidup
akan jadi lebih mudah. Lebih ramai kawan. Lebih senang dapat kerja.
Lebih ramai calon untuk dipilih sebagai suami atau isteri. Pendek kata
bila cantik, hidup akan berubah lebih baik.
Dan tahukah anda? Boleh dikatakan 99% artis Korea yang 'comel' tu semuanya buat pembedahan plastik.
Bagi setiap artis Korea, paling tidak mereka memerlukan masa 1 ke 2
tahun untuk menyempurnakan diri sebelum mereka debut sebagai artis.
Latihan tarian, nyanyian, lakonan dan juga pembedahan plastik. Kerana
bagi mereka, entertainment is a serious business. And fast money. So
everything must look perfect.
Jadi hidung yang mancung, dagu yang tirus, mata yang bulat, bibir yang mungil, itu semua sebenarnya FAKE!!
Jadi please... Mohon jangan buang masa tertipu dengan semua itu.
Lagi budaya orang Korea, mereka amat suka bergosip. Tidak kiralah
samada lelaki mahupun perempuan. Boleh bayangkan tak, oppa-oppa tu semua
bersidai ramai-ramai (kalau kat Malaysia ni macam makcik-makcik yang
selalu mesyuarat tingkap kat tepi longkang di petang hari tu), pastu
potpet potpet mengumpat. Ya Allah, buruknya rupa.. Sungguh gelimat.
Dekat makmalpun jadi dorang ni.
Letih sebenarnya saya. Letih
dengan semua itu. Sebab itulah saya kembali semula kepada Islam. Waktu
itu mata saya betul-betul terbuka. Ceh, sebelum ni ingatkan best
sangatlah Korea tu kannn..
Betapa, syukurnya saya dipilih oleh Allah dan dilahirkan sebagai
seorang Islam. Alhamdulillah, syukur. Syukur saya tak perlu strive
gila-gila untuk hidup semata-mata untuk diterima macam orang Korea. Tak
perlu jadi cantik, pandai atau kurus.
Syukur sebab dengan Islam,
kita cuma perlu jadi diri kita sendiri dan cuma perlu puaskan kehendak
Allah sahaja untuk dapat syurgaNya.
Inilah, sedikit perkongsian tentang sebahagian daripada wajah Korea yang saya kenal. Renung-renungkanlah.
Mana yang baik datang daripada Allah. Yang buruk daripada saya. Wallahu'alam.
"Anak gadis berpelukan dengan artis lelaki korea apa pula beza artis malaysia berpeluk sesama islam.. Saya mula hairan .. Adakah ISLAM dipinggirkan diMalaysia hanya kerana faktor Filem , Pengarah dan Pelakon ... Ironi .. Umat Islam sendiri membuka aib sendiri dan mempersenda agama sendiri ..."
Dipetik dan diubah mengikut kesesuaian dari
http://cbostudio.blogspot.com/
https://www.facebook.com/cikbeahosem
.
.