Assalamualaikum..
Aku seringkali bertanya. Bertanya itu dan ini. Namun , Kadang yang ditanyai itu bukanlah yang benar - benar dimaksudkannya. Benarkah aku "benar-benar" bertanya? Atau sekadar mengisi ruang kosong. Atau sekadar menghabiskan sisa rindu . Jika kiriman pesanan ringkas itu alat penghapus rindu terlampau murah lah harga sebuah kerinduan.. Jeda..
Hari hari ku kini ibarat menantikan untuk mengkagumi keindahan langit petang bersama pelangi ciptaan, yang tidak pernah tamat. Persisnya, begitulah lagaknya diriku, yang masih mentah untuk mengenal sejauhmana kematangan diri dalam meniti hari - hari di dunia ini. Walau terasa sejumlah besar hati ini terlalu sensitif pada patah patah kata yang terluah mungkin kerna angka hidupku sudah melepasi 24 tahun... Atau sayang itu semakin merebak .
Aku tidak seperti orang lain. Tidak mempnyai impian dan harapan yang tinggi. Tidak juga terlalu spesifik.Cuma rindu itu semakin berkarang dilubuk hati.. Dia mungkin tidak pernah tahu..Ya.. tidak pernah tahu...
Sudah menjadi lumrah hidupku bermain dalam angan , menjadi pengarah dalam angan ku , aku yang mengarah aku jua pelakon nya.Angan ku itu berupa harapan dan boleh jadi ia sebuah Doa hadapan ku.Aku mahukan sebuah rumah yang indah lanskapnya. Mungkin dipagari dengan pagar kayu yang bersilang dengan tona warna kayu yang alami. Punyai tembok dinding yang kasar dan berbatu. Punyai pohon pohon hijau yang rendang , Pohon bunga kertas pelbagai warna , boleh bersemayam atas selasar pangkin kayu. Waktu itu, aku dengan DSLR ku dan dia Suri hidup ku...
Owh...Siapakah yang bertuah itu... :)
.
18 comments:
tunggu dan lihat...hehe
InsyaAllah..akn muncul jua cik tulang rusuk ty
siapakah?siapakah? siapakah?
Jodoh itu rahsia ALLAH..siapa tahu.. Doa yang terbaik.. hehehe..
insyaALLAH, 1 hari nti.. :)
canttik gamba wan hazel tu !
cam ne mau edit ?
bro..guna dslr high key photo
One day InsyaAllah. Sabar dan lihat :)
^___^
siapakah yang bertuah itu..?? ^_^
tak sabar nak tahu kikiki
okeaa , sy nakk taw jgakk sape bakal nenek sayeee ? X﹏X
hentak2 kaki , naakk taw jgakkk !!
comelnya nurse tu.hehe
sorg doktor yg kawaii kan
salam wan...apa khabar..lama tak singgah sini...maybe dah lupa akak kot..hihi...
**ex-student IPGM Kota Samarahan ^_^
tengs all..ehehhe.. nurse yg comel.. Semoga hati nurse tu lebih comel..amin
Cikgu Ma
akak..wan lupa lah kak..erm..leh ingatkn wan tak??
Wahh! sangat meruntun kalbu ..
InsyaAllah.. akan ketemui juga k wan :)
Post a Comment