Kenape orang slalu kate "sharing is caring" kenape bagi aku "sharing is daring" and "daring is loving". Hm, susah aku nak explain. Orang kate semue manusia berbeza. Korang yang kenal aku tu mesti dah taw kan, aku tak cakap banyak pasal personal life aku diteratak aku nie.
Tapi tak salah kalau aku nak berkongsi. Teringat aku akan kate kate, "jadilah kita kawan yang mendengar dari yang hanya bercerita". Aku sering berdolak dalik mengenai tanggapan sahabat yang sebenar.
Kenape dalam tak sedar korang, ada orang akan tanye "ikan sekilo" kat korang. Mungkin korang tak sedar yang korang nie 'SELLFISH' (sombong). Aku pun macam tu, dalam tak sedar.
Betul ke law nak berjaye tak perlu belajar. Mungkin perkare nie disenangi oleh golongan yang tidak berpendidikan tinggi dan dibenci oleh bekas atau bakal graduan kerana menidakkan fungsi universiti.
Ramai kenalanku terkejut bila mendapati aku lebih cenderung ke dunia buku dan grafik dari bidang yang aku ceburi kejuruteraan elektrik (kuasa). Mereka semakin hilang arah melihat aku seakan membelot dengan perjuanganku. Aku cinta akan ilmu.
Peringatan paling tulusku kepada kamu yang sedang melangkah dan menuju ke menara gading, belajarlah sehingga tamat, usah berhenti dipertengahan, persampahkan muka muka mentor yang kamu tampalkan mukanya didinding kerna agungkan tindakan mereka keluar dari Intitusti Pengajian Tinggi demi mengejar misi. Kerna sesungguhnya bila kamu tanyakan pada mereka tentang penyesalan dan kekecewaan yang masih tersisa biar bergelar si pengumpul harta, jawapan mereka tetap tidak pernah berubah.
Tidak menghabiskan dunia ilmu (Intitusti Pengajian Tinggi)
Teringat aku akan kate kate lecturer ku Sir Dillah
"berfikirlah skarang untuk 3 atau 10 tahun yang akan datang"
.
2 comments:
sometimes sharing is crying....
yep...btul tu..
Post a Comment