Wadah Madrasah Pengalaman: Asmara Drama Baru Di Slot Lestary TV3/Sinopsis Drama Asmara Lakonan Faezah Ilai & Shaz Jaszle


Sunday, August 29, 2010

Asmara Drama Baru Di Slot Lestary TV3/Sinopsis Drama Asmara Lakonan Faezah Ilai & Shaz Jaszle





.











Asmara adalah drama terbaru yang akan menemui anda pada 31 Ogos ini mengantikan drama muzikal iaitu Hotel Mania yang hangat di kaca TV3 sekarang.

Drama Hotel Mania akan tamat pada minggu depan. Bagi yang meminati drama Hotel Mania yang bagi aku macam pelik tu, jangan la lupa nak tengok minggu depan.Sebab dah episode terakhir.

Berbalik kepada drama terbaru ni, aku menyangkakan drama Asmara ini mesti adalah drama yang mengetengahkan unsur percintaan dan pesahabatan diantara lelaki dan perempuan.



Sinopsis Drama Asmara Lakonan Faezah Ilai & Shaz Jaszle


Terjerat Dalam Perjanjian Nyawa.


Terbaru di slot Lestary, TV3 bakal menayangkan sebuah siri drama yang menarik “ASMARA” lakonan Faezah Elai, Shaz Jazle, Faralyna, Nazim Othman, Fiza Elite, Syed Ali, Rahim Jelani, Dian. P Ramlee, Mustapha Kamal dan Fauziah Nawi mulai 31 Ogos 2010, setiap Selasa jam 9.00malam.


Drama 13 episod ini mendapat sentuhan kreatif daripada sutradara Heykal Hanafiah dan juga skrip daripada penulis yang tidak asing lagi Sharifah Abu Salem. ASMARA mengisahkan Zaliya (Faezah Elai) yang terlanjur dengan teman lelakinya, Raziq (Nazim Othman) sehingga mengandungkan anak luar nikah.


Bagi menutup malu, ayah Zaliya, Sahlan meminta Malik membenarkan anaknya, Asmara (Shaz Jazle) mengahwini Zaliya kerana Malik pernah berjanji untuk membalas hutang nyawanya. Malik yang tidak mengetahui tentang kehamilan Zaliya telah meminta Asmara menunaikan janjinya kepada bapa Zaliya. Walaupun keberatan dan mengenali perangai buruk Zaliya yang sekolej dengannya, Asmara terpaksa setuju dan melupakan perasaan hatinya dengan rakan baiknya Melati (Faralyna).



Pada malam pertama perkahwinan, Zaliya telah membongkar rahsianya malah dia juga memberitahu Asmara bahawa mereka hanya perlu berlakon dan akan meneruskan kehidupan masing-masing seperti biasa.


Asmara yang mengetahui cerita sebenar Zaliya merasa tertipu dan marah kerana dijadikan Pak Sanggup oleh bapanya sendiri dek kerana terhutang nyawaZaliya pula tidak puas hati kerana dijodohkan dengan Asmara, sering mencari salah Asmara dan meminta diceraikan. Asmara akur dengan permintaan Zaliya dan akan menceraikannya selepas dia melahirkan anak.


Zaliya terpaksa menangguhkan pembelajarannya di kolej kerana kandungannya semakin membesar. Sahlan bimbang jika rakan-rakan perniagaan akan mengetahui tentang Zaliya telah mengurung Zaliya di rumah. Walaupun tidak mencintai Zaliya, Asmara telah bertindak untuk melindunginya dan berpindah keluar daripada rumah Sahlan.


Asmara telah memikul tanggungjawabnya sebagai seorang suami dan berusaha untuk menjaga keperluan harian Zaliya yang sedang sarat mengandung. Zaliya mula berbaik-baik dengan Asmara dan jarang sekali bergaduh dengannya kerana Zaliya banyak bergantung kepada Asmara.


Raziq pula berasa tidak puas hati kerana Zaliya tidak mengugurkan anaknya dan telah merancang sesuatu. Adakah bunga-bunga cinta akan mekar di hati Asmara dan Zaliya? Bagaimana pula dengan nasib Melati? Saksikan konfik cinta mereka di Lestary: Asmara mulai 31 Ogos 2010, setiap hari Selasa jam 9.00malam.


Menurut Puan Nurul Aini Abu Bakar, Pengurus Besar Kumpulan, Pengurusan Jenama TV3 & TV9, “Slot Lestary di TV3 yang berkisarkan kehidupan dan percintaan remaja. Menerusi drama bersiri ASMARA ini, pihak TV3 telah mengambil iktibar daripada masalah sosial remaja yang semakin merunsingkan akibat pergaulan bebas dan kekurangan didikan agama. Kami juga ingin menyarankan kepada golongan muda ini supaya tidak mengabaikan tanggungjawab dan juga menghormati nyawa walaupun nyawa seorang bayi yang belum dilahirkan. Semoga penonton kami dapat pengajaran selain terhibur dengan lakonan Shaz Jazle dan Faezah Elai.”










.



14 comments:

zaujahafis said...

hope..cete2 dia dapat bednung kes anak luar nikah kene buang..cian baby tak bersalah....

zalizalu said...

lawa faezah elai nie.. muka melayu jer ekk..

Wan_hazel said...

zaujahafis


betul tu....hope cite2 nie bleh ber pngajaran.

Wan_hazel said...

zalizalu

hehehhe....a ah kan...

Tomato Gurl's Life said...

nati leh tengok..harap2 best...huhu

Wan_hazel said...

Tomato Gurl's Life

wan pun harap cite nie bez

sYaza said...

wah..mcm best je sinopsis cite ni..hehe..tp kt ne la syaza nak carik tb ni..ahhahaha

Wan_hazel said...

syaza

g pinjam TB lect..ehehhe

pu3mas89 said...

aii cita pa tok ehh.. pa mek xtauk oo...

Wan_hazel said...

pu3mas89

ktk nie lah nak tauk...ngabas kmk pun dah xda gik

maisyah said...

bagus crita ni..tambah2 hero n heroin barunya mantap! suka dorang ni..
Tajuk dia..walaweh..bapa saya ni...hehehe...

Wan_hazel said...

maisyah

hahaha...ye ke...hope cite nie bez kan

.s.o.f.i.a. said...

ada tengok sikit ritu tapi tatau citer apa... nie dah baca sinopsis, macam best.... wajar follow nie!!!!

Wan_hazel said...

.s.o.f.i.a.

hehhee...betul2..