Wadah Madrasah Pengalaman: Picture Of My Life Contest


Sunday, November 28, 2010

Picture Of My Life Contest





.
01/12/2010

Salam korang..

Law nak join..Klik je banner kat atas tu..

Kali nie wan join Picture Of My Life Contest lak..Tak taw lah leh tak wat kisah rekaan..Law tak leh makna nya penyertaan wan nie dibatalkan..Yang penting wan dah join kan...dan nak meriahkan lagi kontes nie..

----------------------------




Kali ini aku tak lagi duduk dibangku itu membiarkan wajah ku dibasahi sinar mentari. Aku berpaling jauh jauh, meninggalkan bayang suram semalam.


Aku melarikan pandang dari kenangan itu, namun aku tak terdaya melawan tujahannya... Tujahan itu suatu manifestasi... Menifestasi buat golongan yang berfikir. Aku jauh sekali diluar ruang lingkup pemikiran. "Mahu hampir gila !". Aku sering bergomol dengan minda, menandingi psikologi, bertingkah pati rohani, beradu intrajasmani mahupun interjasmani. Ah... Dalam tabir kenangan ini... Tiada yang mudah ! Sedikit mudah apabila kalbu itu suci. Cuma aku tidak mahu bertelagah lagi dengan Ad-Din... Tetapi mahu bertanya sebanyak mungkin... Kepada Al-Khalik,selayak layaknya...


Kekadang, aku membiarkan kenangan ku duduk kembali di sinari mentari itu. Membiarkan bahasa bayu menyentuh pipi. Namun kini aku tidak mampu lagi merasai sentuhan hangat mentari seperti dulu, sapaan bayu bagai menembusi tubuhku. "aku rindu dirimu"... Itu kata mereka. Bagiku, aku sudah cukup mencuba dan mengalaminya. Itukah yang memungkinkan af'al anehnya? Mungkin tiada sangkut paut. Itu lagi kata mereka. Golongan yang mencakar pada permukaan sahaja. Aku sedar, aku juga golongan yang mencakar pada permukaan pada suatu masa dulu. Aku selalu ikhtiarkan! Menyusuri selok belok yang telah dibentangkan oleh Nya. Namun, aku tak pernah lupa menentukan tanda tanda disepanjang jalan yang kini ku gelar sebagai kenangan, supaya nanti aku bisa kembali. Maka, aku selalu perhatikan alam yang aku lihat. Di bangku itu aku selalu merenung dan percaya pada pangkalnya. Tapi hakikatnya aku seorang peragu. Saat tahap kepercayaanku merayap sifar, sukarnya untuk ku mengisinya kembali. Lalu kubiarkan menjadi vakum.


Pokoknya semua yang berlaku dibangku mentari itu adalah sunnatullah dan haruskah aku menyalahkan diriku sendiri atas perkara yang tidak diingini. Terus terang, aku sememangnya tidak pernah suka akan kenangan disinar mentari itu. Mahu tahu mengapa? Kenangan itu selalu membuat onar diwajahku. Kenangan itulah punca aku menangis tak berlagu. Sekali lagi aku tersodor, aku jua lah yang mencipta kenangan itu. Namun kini aku pergi tak kembali. Tiada lagi tanda tanda ku bermain dibangku mentari itu. Tiada lagi aku untuk menemani mu. Tiada lagi gelak tawa mu.. berdosakah aku?. aku terdiam, setiap kali muncul jawapan. Tiada lagi persoalan yang akan timbul hingga ke saat ini. Warkah yang kulakar sebelum kepemergianku dan kubiarkan warkah itu berbicara bisu. Aku bukan mentari yang akan muncul lagi keesokkan harinya.



Aku rindu akan dirimu,
Cintaku, kasih sayangku hanya untukmu, biarlah mentari itu menjadi mercu cinta kita... Aku tinggalkan dirimu bukan mahu ku...



Filosofinya berbayang... Kau carilah dalam makrifat...


Sesuatu yang telah hadir pasti sirna... Takkan terhalang tanpa Nya. Dalam luahan . Kesatkanlah airmata mu. Redhalah akan ketentuan Nya aku pergi dulu sebelum mu..

-----------------------------------

.


Ok tu je kisah rekaan Wan..dan wan nak tags
Ifa
Memo
Oren


.




4 comments:

Aretikz said...

Soru bro.. lambat balas yg kat SB tu.. huhu.. secara jujurnya bro.. sebenarnya memang xdapat la.. tp thanx 4 join.. sebabnya.. syaratnya adalah kenapa gambar yang kita ingin ceritakan tu bgitu bermakna kepada diri kita.. yang menyebabkan kita ingat kepada sesuatu.. bukan rekaan.. huhu.. maaf ya bro.. tp link utk contest sya tetap letak kat sidebar juga.. hehe..

Wan_hazel said...

ok..hehehe..peace

OrenLimau said...

yeahhhhhh..thanks wan!mmg ada plan ni..nanti oren wat k..hehhe

Wan_hazel said...

ok oren