Wadah Madrasah Pengalaman: Saat hatiku termenung


Sunday, December 11, 2011

Saat hatiku termenung

.
Halwa telinga

Sayu sayu udara menyentuh pipiku. Saat ini aku terkenang kembali kisah lampau, hampir tujuh bulan sudah pemergian Sasha. Sasha seorang gadis yang sama kuliah dengan ku suatu ketika dulu. Menetap di Mukah dan belajar di Kuching. Sengaja ku lakarkan bicara bisu diteratakku ini, bukan untuk berkongsi penderitaan cuma untuk melepas keluhan rindu dihati.

Tanpa kusedari, dipipi mengalir air mata, menitis membasahi papan kekunci lappy ku. Aku terlampau cengeng ketika ini. Teresak esak nafasku.
Hampir sahaja aku melarikan pandang dari teratak ini.


Beberapa bulan jua aku biarkan teratak aku ini bersawang, syukurlah ketika ini, teratak ini dipenuhi kembali dengan kunjungan kalian. Dan senyum ku mula terukir,entah nyata atau palsu. Entah bohong atau benar. Aku biarkan luaran menjadi penghakiman sifat ku.


Ramadhan bulan yang amat mulia dan Syawal bulan yang amat gembira namun bagiku Ramadhan bulan segala seksa dan Syawal bulan yang benar benar merubah kehidupanku.


XXXXX

1Syawal, selepas Magrhib takbir raya bergema, sebaik saja keluar dari surau darul ukhwah aku segera mendapatkan telefon bimbitku didalam kereta.

Aku membuka telfon bimbitku, aku mendapati 10 pabggilan tak terjawab dari Wawa adik kepada Shasa. Entah mengapa saat itu hatiku mula kelu. Aku segera menelefon Wawa,

Berlatar belakang suara takbir. Wawa menangis.

"Abang Wan, kak Shasa dah sik da..."(abang Wan, Kak Shasa dah tak de)
cukup ringkas.

Tangisan Wawa sudah cukup meleburkan ego seorang lelaki.

Yang selama ini hanya meratap tangis dalam hati.

Aku sebentar mencongak dada langit, menyeka air mata yang mengalir. Sukar untuk ku gambarkan saat itu.


Innallillahi wainna ilaihi ra ji' un. Hanya itu mampu ku ucapkan.

Dari Dia ia datang kepada Dia ia pergi. Itulah selayak layaknya.

Pada siapa ingin kutuju. Susah benar aku berada jauh dari nya. . .


XXXXX

Pagi Syawal, merubah aku dari seorang yang gembira kepada yang pendiam menyepi hiba. Sedih nya aku saban hari, membawa aku terkenang saat di bulan Ramadhan.


" Wan mun Sasha dah sik da lak, kitak jaga dirik ah"
( Wan kalaw Sasha tak de nanti, awak jaga dirik ah)


Aku hanya terdiam, selepas selesai berbuka bersama. Aku membawa Sasha ke klinik untuk pemeriksaan yang seterusnya.

Duka ku diselang senyum. Aku amat terseksa. Mungkin aku tak setabah Sasha, walau kanser yang menyerang senyum nya tetap terlakar.


Kanser tahap kritikal.. Sasha redha terhadap takdir nya. Namun aku sebaliknya. Jiwa aku terseksa, disetiap kali solat ku. Doa ku titipkan tanpa henti agar diberi kesejahteraan kesihatan terhadap nya.


Puasa yang ke 28, kuliah yang terakhir. Selepas berbuka, aku menghantarnya ke airport. Terdetik benar hati ku. Ini lah saat terakhir aku melihat wajah nya, gadis bertudung,wajah bujur sireh, dan senyum manja dari nya. Aku tikam jauh jauh fikiran itu. . .

Lambaian terakhir dari Sasha dan sekeping surat untuk ku.

"lepas tok mun umur panjang kita jumpa gik ah. Mbak Sasha g umah Wan k. Mok raya kat umah Wan wak."
(lepas ni law umur panjang kita jumpa lagi ah, bawa Sasha ke rumah Wan. Nak raya kat umah Wan gak)

XXXXX_


Saat ini, hanya tinggal aku keseorangan. Sukar untuk ku buka pintu hatiku terhadap yang lain.

Sasha tiada yang mampu menganti.

Peringatan buat Sasha.

Sasha,
Dalam hidup ini,
kau banyak mengajar aku erti kehidupan.
Ajar aku erti kesabaran,ketabahan,kejujuran,keiklhasan, dan kesetian.


Masih segar diingatan ku suara terakhir mu.
" Wan, kamek sayang kitak sampey bila bila"


'ST12_saat terakhir' Menjadi halwa telinga ku saban hari tatkala merindui mu. Aku tahu ini lagu kegemaran mu. Mengapa perlu pergi...Kau pergi jua,tanpa ku disisi mu. . .


Salam rindu buat mu.
Tuhan lebih menyayangi mu.


Bukan derita kau beri,
Namun ketabahan ku kau uji,
Bukan pilu yang kau tinggalkan,
Namun sebuah Cinta yang terukir yang kau tinggalkan,
Bukan tangis yang kau mahukan,
Namun senyuman yang kau inginkan,

Disini kisah,
Ada kisah yang terpisah,
Ada rindu yang tak sudah,
Dan kekecewaan yang kian bertambah,


Ku ukir madah gembira sebagai helah, Disebaliknya aku bukan itu, Tidak mengerti, Tidak mengetahui, Dan tidak memahami, Maknanya aku menipu selama ini, Kata ku, Aku gembira, Namun realiti nya bukan seperti yang ku kata, Maaf atas segala... Yang pasti itulah aku, Insan tak setabah dirimu. Wan Hazel



.
Fanfic untuk BBB
(kisah rekaan)


Lain lain yang menarik


.





27 comments:

Qil_H0shi said...

ayok.,sedihnyer entry.,hmpir2 menangis.,lau xkerna ade org lain.,da basah lappy nih :).,lAGU nih mmg lagu wjb dengr bile rindu seseorg yg da pergi tok selam2nye., ~_^

Az Meeda said...

mengalir air mata... bestt..!

azzifarunnurafizza said...

wan..cite rekaan ke? macam cerita betul aje.. :)

Arina Shamsul said...

huhu..tersentuh jiwa akak membacanya wan..ni kisah betul ka kisah rekaan ni?apa maksud"Fanfic untuk BBB
(kisah rekaan)" tu?huhuhu..

atie zakaria said...

even rekaan pun but it still menyentuh hati.. :')

Miss uCu said...

b strong...setiap manusia akan d uji dengan pelbagai ujian,either ringan or berat,kita akan lalui juak ujian NYA...

gadis kurung said...

TERBAIK!! siyesly, kite sebak bce story nie..btw, x nak sambung ke?

Han Hanan said...

kisah yang sedih :'|..banyak pengajaran untuk diri..apa apa pun terbaik

Zac Rega said...

sumpah sweet .
teringin la nak belajar .
snap2 mcm tuh ~ :((

Nur Aqilah said...

Hai abg wan. nak tanya .. cmne abg wan buat banner yg kt atas header blog abg wan tu yerr ??

Miss uCu said...

kisah rekaan yg bisa buat nangis sih:)

Ieyra SuRaYaA said...

*sobsob . macam cerita betul! manangis ayoaii

Wan_hazel said...

Qil_H0shi

hehehe..jgn menangis taw...kisah rekaan je nie

Wan_hazel said...

Az Meeda

tengs..ehhehe..

Wan_hazel said...

azzifarunnurafizza

a ah cerita rekaan..macam cerita betul..hebat jugak ye wan nie wat cerita..ehehe

Wan_hazel said...

Arina Shamsul

mia kisah rekaan je akk..fanfic nie maksud nye kisah rekaam..BBB lak group budak budak blogger kat dlm Fb

Wan_hazel said...

atie zakaria

ehhehe...tengs

Wan_hazel said...

Miss uCu

hehehe..makceh

Wan_hazel said...

gadis kurung

entah lah tak taw lak nak sbg ke tak nanti..ehehe..cerpen pendek je

Wan_hazel said...

Han Hanan

tengs han..hehe

Wan_hazel said...

Zac Rega

boleh je balajr snap tu..sennag je..ehehe

Wan_hazel said...

Nur Aqilah

yg tu wan tempah ..ehehe

Wan_hazel said...

Miss uCu

usah menagis ya dong..ehehhe

Wan_hazel said...

Ieyra SuRaYaA

hehehe...tengs

~ cahayakelembutan ~ said...

yarabbi...sedeh na juak..jujuh2 jak aik mata mek..dah la d opis tok...huhuhu...crita mena ka crita bulak tok..huhuu..dah boleh ngarang novel on9 ktk eh...

Wan_hazel said...

~ cahayakelembutan ~


hehehe..xmok lok mek nak ngarang novel on9..hahaha..makceh tak...terkesan juak crita tok kat ktk..hehehe..boh sedih2 k..hehehe

Nurul CLumsy Gurl said...

yeke citer rekaan??

erm.. leh jdik director filem nie.... hahaa