Wadah Madrasah Pengalaman: Tutorial Photography : steel wool photography (light painting)


Thursday, December 15, 2011

Tutorial Photography : steel wool photography (light painting)

.



Assalamualaikum..

Hai korang..Camne hari nie?Ada gambar yang menarik tak untuk hari nie..Kalau ada kongsi lah kat semua..mana taw dari gambar korang tu ramai yang leh dapat idea nak tembak gambar lak kan..hehehe..Kali nie Wan nak ajar korang camne nak tembak gambar macam kat atas tu lak..steel wool photography (light painting)..Cara nya mungkin agak susah sikit lah..tapi bagi yang nak mencuba..boleh je..




So jom tutorial..

Bahan yang Wan guna bahan terpakai je..Asalkan ade je..Tak perlu lah pakai bahan yang canggih sangat ..Tak nampak pun dalam gambar nanti..ehehe..Korang cuba lah guna barang yang korang boleh ganti dengan bahan yang korang nampak dalam gambar Wan kat atas tu..Maksima kan apa yang ada ditangan k.




Mula mula korang beli steel wool dulu.macam yang kat dalam gambar kat atas tu..Kalau boleh korang tengok grade steel wool k..Beli grade 0 , 00 , 000 nak beli Grade 1 pun ok jugak...Tapi masa nak bakar nanti memang lambat sikit lah..ehehhe..Owh ye..Semesti nya besi nie boleh dibakar..korang bakar sedikit kat hujung dan teruskan pusing bende tu..faham kan maksud Wan..kalau tak pusing so tak leh lah dapat kan bulatan dan gambar macam yang Wan tembak tu..



Sebelum tu korang perlu cari tempat untuk letak steel wool tu..so masa korang pusing pusing kan nanti .. steel wool tu tak tertanggal..Macam yang Wan guna..Wan guna sangkar .Dan Wan masukkan sebungkus steel wool kat dalam tu supaya api yang terbentuk lama..Letak je sebungkus.Tak payah nak bahagikan steel wool tu..Korang boleh jugak guna pemukul telur ibu korang ..Yang macam kat bawah nie..Korang masukkan steel wool ke dalam pemukul telur tu k..


Selepas tu korang mesti ada dawai atau rantai yang panjang untuk ikat di hujung bekas atau pemukul telur tu..Wan lak guna dawai untuk diikat dihujung bekas steel wool . Panjang tu korang anggar lah k.Dan pastikan korang boleh pusing bende tu nanti..



Yang terakhir sekali ..Semestinya korang perlu kamera yang boleh adjust Shutter Speed..DSLR sebaik baik nya lah dan Trippod..Exposure lak..Korang guna ISO 100 atau ISO yang paling rendah , Apperture f/4.5 atau f/5.6 dan shutter speed korang lak..BULB.. pastikan korang ada teman untuk tembak steel wool photography (light painting) nie..Cara nya memang tak jauh beza dengan Tutorial Wan sebelum nie..Tutorial Photography : ambil gambar Light Painting / Light Graffiti / Lukisan malam ..Korang klik link kat bawah nie k..Dari situ korang boleh faham sikit mengenai light painting nie.Pastikan korang baca dulu tutorial kat bawah nie k.Cara nak fokus semua tu ada dalam tutorial tu.

-Tutorial Photography : Light Painting / Light Graffiti / Lukisan malam


D
an pastikan korang guna kasut baju panjang tangan dan topi untuk langkah langkah keselamatan..

Dan bila semua dah lengkap..korang mulakan lah .. Tak semesti nya percubaan pertama korang akan berjaya..So cubalah sampai berjaya

Pastikan kamera korang jauh dari tempat korang buatkan tu dan hati hati kalau ada orang berhampiran..dan pastikan tempat tu tak terbakar kalau Korang buat bende tu..jangan buat ditempat yang mudah terbakar..kawasan yang sangat kering..Pentingkan keselamatan diri..orang dan persekitaran.


Selamat mencuba..

Lain lain yang menarik

.



6 comments:

Nursyafiqah a.k.a Alang said...

salam blogwalking dont 4get to follow me...sweetahlolipop.blogspot.com

syieda ;) said...

cantiknya!! :)
thumbs up laaa!

Mohamad Amzar said...

sangat berguna. tp, blom mampu utk dpt dslr. hee. abg wan doakan kejayaan sy dlm PMR 2011 ni ye. hehe.

Wan_hazel said...

tengs all..peace

Unknown// said...

tak fham la... >.<

Wan_hazel said...

tak faham yg mane ye??