Carian Google
Assalamualaikum..
“Jikalau kamu hendak menghitung akan nikmat-nikmat Ku maka kamu tidak akan dapat menghitungnya.” An Nahl: 18
Macam mana cuaca hari nie?panas , hujan atau tak menentu?? Dalam dunia yang serba maju dan moden nie kita hampir terlupa akan kepupusan flora dan fauna..Dan suatu hari nanti mungkin Wan tak mampu nak tunjukkan kat anak anak Wan betapa comelnya flora dan fauna nie..Pembangunan yang agak besar meluas dan terlampau rakus hinggakan hilang rasa kemanusian terhadap flora dan fauna.
Bila hutan hutan ditebang digantikan dengan kelapa sawit..yep memang masih hijau tetap hijau bila kita lihat dari atas..hijau yang menghijaukan tapi kelapa sawit bukan hutan dan bukan lah tempat yang sebaik baiknya untuk haiwan haiwan liar bersembunyi..Lebih lagi bila hutan dijadikan tempat tempat pembangunan sehinggakan ada yang sanggup membina pembangunan ditanah tanah perkuburan dan merobohkan kawasan kebajikan semata mata untuk pembangunan..
"Tidak ada Tuhan Selain Engkau. Maha suci Engkau Ya Allah, sesungguhnya
aku adalah termasuk orang-orang yang zalim.”
Al-Anbiya: 87
Walaupun ramai pihak bertindak untuk menyelamatkan bumi dengan mengadakan atau membina jentera yang mesra alam atau menyediakan kemudahan bagi mewujudkan sistem yang boleh menyelamatkan bumi tapi adakah semua mampu dan boleh membantu bila mana setiap kos yang dikeluarkan begitu tinggi??
Manusiakah yang rakus??? Adakah manusia yang rakus dek kerana kebijakan kita.Semakin hari dunia semakin maju dan kesemua inginkan gaya hidup yang moden dari seorang cikgu,ustaz,artis,blogger dan ramai lagi..semua inginkan kemudahan dan kemodenan dan tanpa kita sedari faktor faktor kesenangan kita telah menyumbang ke arah kepupusan hutan dan merosakkan bumi..
Bagaimana kita hendak menolong bumi kita??
“Lahirlah kerosakan dilautan dan daratan, hasil tangan manusia itu sendiri.”
Ar Rom: 40
Adakah kita perlu menggunakan jentera yang mesra alam atau menyediakan kemudahan bagi mewujudkan sistem yang boleh menyelamatkan bumi ? Tepuk dada tanya selera
Atau mengakulah
“ Maha Suci Engkau Ya Allah, Sesungguhnya Aku Tergolong Dalam Golongan Hamba-hamba Mu Yang Zalim…"
P/S: Suatu hari nanti aku jua ingin anak anak dan cucu cucu ku mendengar , melihat atau bisa menyentuh flora dan fauna.
Jika entri kali nie berguna like/share dan klik button Donate jika sudi..terima kasih.
.
4 comments:
manusia x akan pernah sedar dengar khilaf sendiri biar dah banyak ujian diberi....
saya risau sangat kalau-2 saya tak sempat nak tengok masa depan saya and saya nak sangat tengok cita-2 saya sejak dari kecil ;'(
sayang alam ini....
huuhu rakyat malaysia ni ske buang saampah merate-rate......
Post a Comment