Wadah Madrasah Pengalaman: myMetro : penjelasan jasad bayi terapung bukan rekaan


Tuesday, January 7, 2014

myMetro : penjelasan jasad bayi terapung bukan rekaan

.


ALOR GAJAH: Jasad bayi yang kelihatan terapung di Tanah Perkuburan Islam Padang Sebang di sini, Sabtu lalu bukanlah gambar palsu menggunakan teknik pengolahan foto, malah penggali kubur yang mendukungnya menafikan melambung jenazah bayi itu.
Semalam, berita muka depan Harian Metro dan web myMetro memaparkan gambar jasad bayi masih utuh walaupun sudah puluhan tahun dikebumikan yang sedang didukung penggali kubur, Abdul Ghani Ibrahim, 70, kelihatan seperti terapung menjadi viral dengan 45,000 kongsian di laman sosial selepas ada pembaca prihatin membangkitkan ketulenan gambar berkenaan selain ada yang percaya ia kejadian di luar biasa.


Mengulas kejadian itu, Abdul Ghani berkata, dia hanya menatang jenazah bayi perempuan itu ketika kerja mengalihkan tujuh pusara lama terletak di luar kawasan Tanah Perkuburan Islam Padang Sebang, di sini, Sabtu lalu.

Foto

“Tidak mungkin saya sanggup melambungkan jenazah bayi berkenaan dan perkara itu sepatutnya tidak dijadikan bahan pertikaian," katanya ketika ditemui di Tanah Perkuburan Islam Padang Sebang, hari ini.

"Selepas digali, jasad bayi itu saya kafan dan tatang dengan berhati-hati kerana ia terasa berat dan tidak berganjak sedikit pun dari kedua-dua belah tangan saya sehingga selamat dikebumikan,” katanya.

Menurutnya, dia menatang jenazah terbabit sejauh kira-kira 100 meter untuk masuk ke kawasan tanah perkuburan dan mendakwa terhidu bau wangi pada jenazah itu.

Katanya, dia tidak menyalahkan mana-mana pihak yang menyalah anggap paparan gambar berkenaan selain menolak kemungkinan ia kesan olahan komputer kerana perkara seperti itu tidak boleh dianggap gurauan.

"Apa yang berlaku adalah kebesaran Allah kerana saya yang menatang jasad bayi itu tanpa memberi kepada orang lain. Tanggapan digembar-gemburkan sesetengah pihak mengatakan ia adalah teknik olahan komputer adalah tidak benar.

"Saya berharap mana-mana pihak yang mensensasikan isu paparan gambar itu mengambil kejadian ini sebagai satu iktibar kepada kita yang masih hidup kerana tiada apa yang mustahil. Allah Maha Berkuasa," katanya.

 Sumber : http://www.hmetro.com.my/articles/Jasadbayiterapungbukanrekaan//Article?BeritaUtama




Sesungguhnya ALLAH maha mengetahui  

Dan persoalannya
Apa kene mengena gambar budak berbaju kuning hitam dalam di bulatkan
Jawapannya 

Sebab gambar yang dipaparkan kelmarin orang tertanya tanya kaki sapa di celah kangkang pakcik ni..orang kata edit je ni...sebenarnya kaki budak tu..sebab tu dia bulatkan.. :)


.



9 comments:

cci said...

ape kene mnegena ngan gambar yg dibulatkan tu ek.. x fhm.. hohoho

cci said...

ape kene mnegena ngan gambar yg dibulatkan tu ek.. x fhm.. hohoho

uks world said...

tapi kenape org disekelilingnye nampak relax je ketika jasad bayi tuh terapung.. Hanya Allah saje yg tahu kebenarannya..

Keri Ikhwan said...

teliti sungguh smpai kaki budak tu pun boleh detect.
apa pun kalau cerita ini benar, tak mustahil dengan kuasa Allah.
Dan kalau ini hasil diedit, tak perlu kot nak buat camtu(edit). Tanpa peristiwa pelik ni pun kuasa Allah dah banyak buktinya.

Akeyla Azmi said...

jadi kira betul lah?
hm wallahu'alam. Allah mmg maha kuasa :)

zeyeyey said...

Ha'ah betul3.Apa kaitan dengan gambar yg dibulatkan?

Aminin said...

Rasanya benda ni tak perlu nak pertikaikan dah terbukti..orang sekeliling nampak relax coz dyeorang tak perasan sebab apa gambar ni pun diambil secara spontan..

timm_bill said...

kebesaran Allah s.w.t...subhanallah..mngkin sbb baby kan, belum ada dosa..

Sygku Dyla said...

tak perasan la pula pasal gambar tu. biasa la. hari tu member ada ambil gambar tapi transparent badan kawan dia tu huhu