Wadah Madrasah Pengalaman: Isu hangat : Amira Afiqah difitnah gara gara isu K-POP di sebuah Blog yang menyamar sebagai Amira.


Wednesday, December 7, 2011

Isu hangat : Amira Afiqah difitnah gara gara isu K-POP di sebuah Blog yang menyamar sebagai Amira.

.

Assalamualaikum...

Apalah nak jadi ngan dunia nie kan..Kadang kadang terfikir gak..Dunia Blog ada peraturan yang perlu kita tahu dan ambik tahu..Bukan main hentam je..Mula mula Wan rasa kesian sangat kat adik Amira Afiqah nie..Tak tahu lansung mengenai bencana nie tetapi ramai yang lontar kecamuk isi hati yang berbau hanyir tanpa berfikir setanak tanak otak..Rasanya kalau korang pun mesti rasa hairan tetiba je korang kena serang akibat dari perbuatan orang lain..Kawan makan kawan sekarang nie makin berlambak...



Maaf mengambil tanpa meminta kebenaran..Wan cuma nak bukakan mata ramai pihak..Kalau benda nie berterusan alamat nya Melayu akan hilang dimuka bumi..Kalau korang dapat lihat kat wall adik Amira Afiqah mungkin korang dapat lihat kata kata cacian dalam Wall adik Amira Afiqah , kesian tak..Ada yang serang terus terusan tanpa berfikir kita nie se Agama..Sebab tu orang kata dan ramai sangat yang kata..Wanita bertudung nie lebih hipokrit dari yang tak bertudung..Lelaki pun sapa..Sembahyang je lima waktu tapi topik kutuk kutuk dia lah nombor satu.Skang sapa nak salahkan sapa..Walaupun ramai yang tak macam tu.Ingat kerna "nila setitik rosak susu sebelanga".Lepas nie orang nak hentam Wan lak..Tak pe Wan wat nie pun nak buka kan mata ramai pihak je..Tak kisah lah kalau lepas nie orang nak hentam Wan..Orang kata.."terlajak perahu dapat diundur , Terlajak kata??"..


Skang baru korang nak ternganga kan..Pak cik Amira Afiqah nie nak saman korang semua..Kan dah susah sendiri..Kutuk lah lagi kutuk sangat sangat ..Pasal K-POP pun nak marah sangat..Padahal ramai lagi yang buat hal kat dunia Blog nie korang tak kutuk lak..Yang post gambar dengan pakwe dengan mak we..Padahal belum kawen lagi korang tak kutuk lak..Mana agama korang??yang betul tak nak tunjuk yang salah nak sangat ikut..Fitnah dunia ..fitnah dajjal..


Wan tumpang simpati dengan adik Amira Afiqah .Hope lepas nie perkara nie tak kan terjadi lagi kat dunia Blog nie..Korang semua adik adik abang abang kakak kakak bloger kena ingat dalam dunia teknologi , dalam dunia blog nie ada akta yang perlu korang ikut..Wan sebagai tenaga pengajar membina laman blog dah berbuih mulut kasi taw tapi tak diguna pakai kan..


L
agi satu yang suka aib aib kan orang nie lah yang patut disaman..Sapa yang sebarkan Blog fitnah adik Amira Afiqah walaupun bukan adik Amira Afiqah nie yang Wat..Yang sebarkan Profile Facebok adik Amira Afiqah sebab sengaja nak kengkawan dia kutuk adik Amira Afiqah..Korang tu yang patut kena saman..K-POP punya pasal pun nak jadi camtu.. Agama korang kena main buat dek je...Ingat sikit Agama korang...Ada batas dalam agama..Islam pegangan hidup..Post dekat Wall facebook macam kuat sangat agama tapi bab nak kutuk orang hilang semua Agama kan..


K lah korang .. Malas nak cakap panjang pasal nie..cepat cepat lah korang semua minta maaf kat adik Amira Afiqah nie..sebelum semua nya terlambat..Dosa sesama manusia hanya manusia je yang boleh maafkan..


Papai

Lain lain yang menarik

.



76 comments:

Kira Kekuri said...

aku pun kesian gak dengan adik tuh. habis kena 'bom'. kenapa nak marah sangat pasal isu kpop nih kalau adik tuh maki hamun agama kita, itu patut di ambik berat. kpop?? aduhhh =..=

amoi_sepet said...

kesiannya kat budak amira tu..:'(..sapelah punya idea tu kan wan..ish ish,..

Unknown said...

tu kwn wan ke? wall die private kan la...

fiQRa said...

pemikiran budak2 yg belum matang... main terjah jer.. entah la wan.. kesian amirah..aduhaii

nadhirah. said...

terkejut jugak baca komen kat situ. post sikit je tapi kena hentam teruk. huhu..

mien chan said...

Yeahh . betul tu wan . mien minat gak KPOP ni tapi mien takdela sampai nak marah-2 orang lain kalau dia maki. bukan ke masing-2 ada minat tersendiri . btw, orang yang fitnah adik Amira Afiqah ni moga-2 balasannya hanya Allah yang tentukan :3

Unknown said...

Btul tu wan.. Manusia skrg ni xde akal. Pasal kpop je?? oh pleaseeee! Mamat2 lembik mcm tu kpop tu pn nk dgaduhkan. Ya Allah, pitammmmm!

Eimma said...

sama-sama lah kita ambil ikhtibar.. benda-benda macam nie.. memang seringkali berlaku... semoga kita lebih alert dengan ancaman IT..

Cynthia Lee said...

Kesian dia ni,

Nabiha Zaidi said...

tu lah, terpikir jugak tengak comment-2 kat entri tu semue mempertahankan k-pop. siap masuk bab agama pertahan teruk-2 . Tapi kat fb, gambar cium sana sini. tak payah cium la. pegang tangan yg hareemm tu pon. relex je. siap berpuluh-2 like. Ni pasal k-pop yang entri sependek tu 1000 lbih comment gi marah.. Takde la panas sgt yg ditulis tu. DASHAT.

Myra Azraff said...

bace komeng2 kat entri tuh memang ganas2 larh....pasal kpop pon nak mencarut..ape lah nak jadi...

Izyan Balqis said...

mostly yg komen tu semua peminat k-pop, ntah pape plak tgk komen2 semua tu, nk tnjuk alim mule2 last sebut perkataan yg xpatot...

kalau la pertahankan islam macam nih, kan bagus....budak-budak zaman skrg lbey menangkn benda yg lagho dari yang sepatotnye~~

hurmmmm~~

Nrzlx said...

kesian budak tu...
diaorang ni,,sampai2 k-pop pun nak heboh satu dunia?
esh..
nasib baik lah sy tak tahu menahu tentang k-popp ni..kesian budak tu.

forkpoppers said...

lepas wan bagi facebook die kan.. tawu tak, die ade related sikit ngan sy! wow sungguh tak sangke.. first, die sekolah perling.. ex sekolah kawan baik saye... kakak die pernah gaduh ngan kawan saye tu.. dan budak tu pulak sekarang tengah couple ngan adk kwan baik saye..haha tak sangke die ni.. lapas tu birthdya die is 10 th sept and that's my bithtday too..:D

zawil tursina said...

setuju dgn wan..sblom ni penah tgk blog atiqah amirah 2..mmg rmai org hentam dye..

athirah said...

eh kena fitnah ke ? btw isu kecik mcm nih pon nk gado .

Adina Ammyza. said...

Sorry nak interframe.
Err, memang la diorg bash Amira tuu, but us Kpoppers taktau pun benda tu fake. Saya pun Kpoppers. Saya agak marah la jugak dengan entry dia tu. Us Kpoppers cuma nak pertahankan minat kami. You know how obsessed Kpoppers can be. Tapi, kami takde lah smpi lupa agama. Kami pun tahu batas-2 orang islam. Saya kecik hati la jugak tengok komen-2 korang. Maafkan kami kalau kami keterlaluan tapi kami tak suka kalau Kpop dikutuk terang-2 depan kami. Macam korang lah. Mesti korang tak suka jugak kalau JB kena kutuk depan-2 kalau korang BELIEBERS. contoh laa. kita kena respect minat masing-2. tu je nak cakap. sorry kalau ada terasa. saya cuma nak explain hal sebenar bagi pihak kpoppers. that's all. thankyou.

Anonymous said...

Apa gunanya "kesiankan" dia? Kalau dia insaf memang takpe . tapi kalau dia masih berperangai camtu? Anggap ni macam sebatan dari ibu la kot -.-

Lagipun, budak2 . ni lar keistimewaan budak2. Tak takut akan apa2, lain macam adult. Dowg bersikap rasional and fikirkan negatif. Kalau budak2, rasakan yang dia dah melampau memang naik tanduk -,-

phew, kalau dia perli takpe. ni main lepas je semua. memang perit hati. slalunye kpoppers nie tahan je apa org kte pasal kpop. senyum n ketawa,

aku harap perempuan tu dapat pengajaran drpd semua yg berlaku. sebelum nk saman, baca la balik apa yg dia post. delete la. asal xdelete -.-

fika said...

Salam . Ini laa sebabnya mesti private sume pic2 kat facebook or mane2 laman web and kalau blog kne pkai *Disable Right Click* . Bila sudah jadi macam nie kan susah . Kita tak tahu kann ade orang yang tak suka kat kita . Memang adik amira kene buat laporan polis sebab nie daa kes jenayah siber . Saya kat sini bukan laa nak mengata sape2 tapi saya cuma mahu bagi pendapat la . Saya pown ada laa cikit2 minat K-Pop . Tapi tak seteruk sampai perlu menghabiskan puluhan ribu semata2 untuk meng'update artis fav saya . Saya pown pelik la kenapa ada yang fanatik sangat dengan k-pop nie . Padahal bukannya diorang tu kenal korang pown . Kita yang sekadar peminat hanya boleh memberikan mereka sokongan dan bukannya perlu berebut sampai kes yang macam nie terjadi . Hope lepas kes yang serupa macam nie terjadi , mereka yang diluar sana tuu sedar . Adalah segelintir mereka yang sanggup bermasam muka sebab pasal berebutkan artis fav mereka nie . Saya pown tak faham la kenapa . Hope adik amira n family sabar .

Wan_hazel said...

ameyza yuswadi

wan pun nak kasi taw..pertahankan minat dan aibkn orang adalah salah satu bende yg berbeza..


"MATLAMAT TAK HALALKAN CARA"

Dalam agama..kalau sesuatu yg buruk tu seharusnya kita tutup..tak baik nak sebarkan..Betul tak??minat pun berpada pada gak..Komen komen dlm entri dan FB adik tu macm ape ntah..

Wan pun peminat kpop..

Anonymous said...

kesian kat adik amira afiqah...harap dye tabah..ni sume dugaan...bdk2 yg komen kt blog tu pun sepatutnya fikir laa sematang matangnya sebelum post komen...ni x..siap hina bagai..lepas dah tahu perkara sebenar...baru sibuk nk delete komen yg diorang komen...main hentam je tanpa berfikir...manusia..manusia...dunia dah nak kiamat agaknya...mempertahankan benda yg tak sepatutnya...

Wan_hazel said...

Anonymous said.

kau nie pun satu..baca tak habis lah tu..cakap macam ape tah mungkin sebab kau lah bende nie jadi besar kot..Kat entri aku dah kasi taw..budak tu kene fitnah ..Tu bukan blog dia.Org guna nama dan gambar dia utnuk wat blog tu.

kau lak nak suruh dia insaf..camne dia nak insaf kalau dia tak buat salah..


Kau tu yang perlu insaf kot..Komen ekot nafsu syaitan je..

LEpas nie baca balik k...jgn sedap mulut je nak komen..

Anonymous said...

Takdelah nak cakap apa cuma Wan, some of Kpoppers tu terasa dengan statement dia. Yelah, orang tak kacau minat dia tapi dia nak kacau minat orang. Memang salah cara dorang komen but that's not gonna happened la kalau dia tak mulakan. Simpatilah dekat dia, and patutla kalau nak buat report kat polis pasal dia cuma for the one that bashed her, it doesn't seems fair sebab dorang just pertahankan minat and dorang tak tahu that that's doesn't the real Amira. All you supposed to write is mind their words only. Hope, Wan didn't take my comment negative way la :). p/s: my 'dia' is for the one that fake her/hisself and claim as Amira Afiqah :)

Wan_hazel said...

Adeyna

betul tu..wan setuju..tp cara yg Kpoppers pertahankan tu salah...

Kita ada agama utk jdikan sebagai panduan..Pertahankan bende yg kita minat tak salah..tapi cara yg kita guna tu slah..

Sekali lagi Wan nak kasi taw.

"MATLAMAT TAK MENGAHLALKAN CARA YANG SALAH"


Fitanah Dajjal nie bermacam ragam..Kita je yg kene ambik tahu..

Anonymous said...

inilah petanda akhir zaman. saling fitnah memfitnah sesama manusia. MasyaAllah.

Adina Ammyza. said...

WAN ,
Thanks sebab cakap. Saya mengaku, memang Kpoppers yang komen kat blog tu keterlaluan. Tapi, macm saya cakap, You know how obsessed Kpoppers can be. Sorry la bg pihak Kpoppers. Kami pun, normal human being. Tak perfect. Selalu buat tindakan melulu. Tapi, i believe, lepas apa yang Wan tulis dlm blog wan ni, ramai Kpoppers akan tahu situation sbnar. Thank you sebab explain. Kalau tak, sampai sekrg saya tak tahu and saya akan terus kutuk-2 jugak budak tu.

SZadmin said...

sedih bila ada orang memperjuangkan benda-benda yang tak penting~sabar je la kebenaran pasti akan diketahui~

Haziq Haiqal said...

Salam,

Kesian Amirah Syafiqah. Kenapalah ada orang yang sanggup gunakan nama dia hanya untuk mengutuk kpop.

Saya suka kpop and saya hnya tak faham kenapa perlu mendescribekan orang yg suka kpop ni bodoh. Saya tk marah org tu benci kpop atau pergi caci rupa paras artis korea ni. Tapi marah sebab memanggil peminat2 kpop bodoh.

Saya jugak rasa kecewa remaja sebaya saya yg terlalu fanatik kat kpop ni sanggup nak mempertahankannya through komen. Diorang mengutamakan Kpop seolah-olah ianya tuhan. Sampai menggunakan Islam untuk mempertahankan Kpop. Memang buat saya geleng kepala dengan perangai diorang =='.

Konklusi, setiap orang mempunyai interestnya sendiri. Kalau dia suka, janganlah pergi mengutuk dan mencaci dia. Setakat bagitau kenapa tak suka kt sesuatu tu cukup. Dan kita yang sukakannya janganlah marah orang yang tak suka. It's their opinion, so respect it. Unless kalau dia mencaci kita yang suka kat benda tu (macam dalam hal ni) saya rasa kita ada hak untuk mempertahankan diri kita. Peace :).

Unknown said...

saye pon kpoppers jgk..
emmm,tp rsenye x ptot kot dieorang 2 smue serang budak 2 selamba badak jerk and rasenye budak 2 x ptut jgk post bnde2 cm 2 sebab die kne hormat minat masing-masing :)
this is jz my opinion :)

Nora Natasya said...

apesal pakcik die tak saman hacker tuh?pehal pulak nak saman kpopers yang comment2? Pelik lah.For me ,yang perlu disaman tu HACKER nampak sangat lah ngok nye kalau gi saman yang comment tu sedangkan yang mendatangkan orang yang mengoment tu si hacker yang agak kurang ajar tu.Senang kata puncanya Hacker tuh.Macam tak patut jer -_-" Btw , agak kesian jugak dekat si afiqah tu , tak pasal-pasal jer kena maki hamun.Hmmph taktau sangat nak nilai mana betul mana salah nieh :p.Tu just pendapat jer la

cik ika said...

kire ni semua fitnah je la ye..kasihan adik uh...

Zylee Rahman said...

Ramai betul yang comment dekat atas ni tak faham apa yang Wan tulis. Patutlah semalam dekat twitter ramai orang tulis pasal Amira ni. Kesian gila dekat dia :(

Zylee Rahman said...

Tadi baca semua komen dekat post tu ada nama Aiman apa tah. Komen macam orang hilang pedoman.
Saya pun macam abang Wan jugak minat Kpop tapi tak lah melampau sampai hina orang macam tu.

Unknown said...

k-pop punya bahana~~

Saya Nina Syakira said...

yup wan. bukan wan je minat k-pop nina pon sama tapi takde lah smpai nak maki2 org yg kutuk k-pop. minat berpda sudah la. kesian budak tu kalau betol die disabotaj. and pada anon tu sila la gune nama anda :) kita berani kerana benar la. netul x wan

kkk said...

Wan,mintak copy entry ny ye .. cz maybe rmai yg xtw agy .. by the way bia jewh kalo dyeowg nk hentam wan lak pn .. ape yg wan wat ny bnde yg btl .. wan nk tlg saudara seislam .. EE bersyukur sebab ada lagi manusia macam wan .. Alhamdulillah semoga ALLAH merahmati apa yg wan buat ny .. amin

Wan_hazel said...

Eycha Evans(EE)

ok boleh je...no problem..

Ecah Apple said...

Tak Patut betul . Kesian amira tu . Pasal k-pop je kot . Inilah manusia ~

fa, said...

Syafa sokong wan, seriously tak patut buat Amira Afiqah macam tu sedangkan dia tak tahu apa apa. Sekali tahu kena maki hamun semua hanya disebabkan K-POP, pasangan couple yang dok peluk sana sini takda pulak nak nasihatkan. Tapi kan, bila kita nasihat, mulalah kata 'Kau tu baik sgt ke? Cermin diri dulu lah'. macam apa jelah umat islam sekarang hm hm n_n

nanajoe said...

wan . boleh tak wan komen entry sy? sy tak tahu samada sy salah atau tidak .__. serius sy tak tahu .

Unknown said...

hanya boleh tersenyum dengan permainan dunia.. :)

segala tipuan & helah syaitan berjaya dalam hal mcm neyh.. tersenyum & terlompat2 syaitan saat ini, kan? :)

pertanyaan :
"kenapa tak serang jer kat org2 yg letak agama ISLAM kat kaki doang? kenapa? kenapa pertahankan hal2 yg bukan berkait dengan islam? secara terang2 dan besar2? kenapa? sedangkan islam sekarang dipandang terlalu hina.. tak sedarkah? pelbagai permainan sedang dipermainkan..

minat? memang tak salah utk dipertahankan, tapi cara utk mempertahankannya bukan dengan cara hinaan.. islam tidak mengajar utk menghina sesama kita..
sedangkan nabi Muhammad pun masih ada hati menolong kafir buta, inikan kita yg sememangnya buta nak mengenal salah atau betul perbuatan kita..

wallahu ta'ala 'alam.. ;)

jom kutip ilmu kat cni :

http://tintahatimilikain.blogspot.com/2011/12/hadis-palsu-3-nabi-kota-ilmu-dan-ali.html

Faa Aman said...

Kalau dah taksub dan hilang pertimbangan akal macamni lah .. saya minat jugak kpop nie .. saya pun tengok apa yang di post dekat blog tu .. tapi kpoppers nie tak fikir sebelum bertindak , main hentam je .. pasal pakcik amira tu pulak .. memang lah dia boleh buat report . tapi tak boleh nak salahkan pengkomen tu .. just salahkan hacker la . dorang mana tahu yang gambar diguna tu FAKE pic amira .. lagipun macam pakcik dia cakap dekat blog yang kutuk tu semua 11 - 14 agak la ... budak2 sementara nak besar . memang macamtu darah pun muda lagi , masih hangat lagi .. nak buat macamana dorang ikutkan nafsu panas baran/hasutan saitan .. saya sokong apa yg a.wan cakap.tapi saya terkejut juga dengan tindakan pakcik dia .. printscreen siap untuk jadikan bahan bukti kat polis?bukan nya 10 orang comment, yang comment tu beribu..takkan nak tangkap semua beribu orang tu?lagipun a.wan pun tahu BBB punya budak semua bawah umur lagi.. -.- maaf kalau saya silap .. ini pun mengikut dari fikiran saya la :) kesian adik amira tu tak pasal2 dah top :)
saya sokong apa yang a.wan cakap ,

"MATLAMAT TAK MENGAHLALKAN CARA YANG SALAH"

dan saya sokong bila a.wan cakap kenapa tak serang je budak2 yang letak pic peluk2 dekat dalam blog untuk pertahankan agama..saya buka blog yang letak gambar peluk2 tu pun saya rasa malu sangat dah sebab yang berpeluk tu semua budak2 melayu,islam.. tapi yang hairan kan a.wan,kenapa eh bila SORANG tegur , berpuluh/beratus membangkang ? tertanya2..

anyway,mungkin ini pun salah satu pengajaran untuk budak2 blogger/kpoppers yang lain ..

P/S Tegur saya kalau saya salah.smua orang memerlukan dorongan dan nasihat :D salam.

Nur Zulaikha said...

kpop kpop kpop..makan lolipop lagi ok kot..hehe ~nak ilangkan stress~
wan..blh komen entry ni kejap tak?pleasee..
http://wwwzuemygen91.blogspot.com/2011/12/apekah-ini.html

Anonymous said...

Ksian kott :( msty kt uma dy nagis terus je sbb kne fitnh . btw , mnfitnah lg besar dosanya dripada mmbunuh :)

Anonymous said...

kesian kat budak tu.. naya dia :( .

niniey said...

hurm ksian kt amira afiqah nie...psl kpop pown nk caci maki owg...niniey stuju sngt2 ngn pndpt wan tntang nape x comment kuat sal bdk2 yg ltak pic pluk2 ngn dowg pnye bf/gf...sptotnye bnda cam2 owg ptot tgur..

nonorm said...

ala.. budak2 tak matang lagi tu.. sebab tu la komen terok2.. adehh saya pun ada baca gak komen2 tu.. rasa cam kesian pun ada gak kat si mangsa tu..
ermm harap2 lepas ni da takde blogger yang terlalu cepat terpengaruh

kaammeeyy said...

da yg snggup mati untuk KPOP...mna lah letak nyew iman mnusia zmn skarang...ai pown peminat kpop gak...tp x lah smpai mempertaruhkan agma sbgai mainan dunia...haishh....bnyak2 bertaubat lah,...dri minat gler3 kat kpop...bek minat n snggup mati untuk pertahankan agama islam...

nur maisarah said...

lol. macam macam sekarang ni. benda kecik pon nak besar2kan. nampak sangat tak matang.


kan kan kan.

nurtiradluvers said...

kesian kan.. kat fb die die ada cakap die nak report kat ibu ngn ayah die.. die pun ta tau sape yg buat mungkin musuhnya or kawan baiknya

Wawa _ Waffle said...

bagi saye la kan..bole seseorang tu minat someone tapi jgn terlebih sgt..kite nie orang islam jgn la psl bende nie pon nk menghina or something else..saya pon minat kpop tpi bile bce tu adela marah sikit je pastu saye biarkan je..nak wat camne??kalau kite kutok afiqah tu bukan die yg dpt dose..kite yg dpt dose..sorry to say to kpoppers..berentilah dri mengutk die biarkan je la..bende dh terjadi nak wat cmne..sorry again

Unknown said...

ada ape dgn kpop tu ? dah kalau betul ada yg tak suka , doesn't matter rasanya. pendapat masing2. tu lah , yg tak bersalah jadi mangsa. kenapa perlu sampai nak mengutuk mencaci semua? skrg melenting bila pakcik adik ni nak saman. tulah , lain kali. berfikir sebelum bertindak. :)

drpd sebok mempertahankan kpop tu , baik pertahankan islam yg makin dperkotak-katikkan sekarang ni.

elis said...

serius sian sgt dgn amira , x de otak lh sape yg menyamar jdi amira , if dye x puas hati dgn amira pon , tok sah lh malu kn amira smpai mcm tu , cube kalau orang lain buat dye cm tu , skit kn hati , amira tu pon ade hati lh weh , nk maki2 orang pon tengok lh tempat , dh lh amira x tau ape2 , manusia sekarng memg kjam , manusia yg x bersalah yg jadi mangse , okei elis rase elis pulak yg nk menamuk bagi pihak amira ,tarik nafas , turunnn, sabar elis , sabarrr

eqzzz said...

malas nak baca komen2 yg tak faham. Isu sebenarnya ialah Amira Afiqah ni tak create pub blog bodoh tu.

zaheah said...

Assalam Hi Wan..tq very much for ur kindness dear..For ur information..Amira afiqah ni ramai sgt kwn n xde musuh rasenye..n kami as aunty n uncle harusla ambil tindakan walaupun beribu2 yg komen kat situ..Polis kata ini adalah jenayah Siber and x salah mmg ada akta utk kesalahan tersebut termasuk jenayah juvana..her uncle knows well about undang2 thats why kami amek tindakan n yg komen pun kira bersubahat n akan ambil tindakan kpd yg ade unsur ugutan dan kencaman...Curi gambar,fake id smua tu...Ksian pd Amira,rase nye dia PEMINAT Kpop...bkn benci kpop..tu yg kami sekeluarga terkejut..dia pn jarang berfacebook ape lagi berblog ni..lgpun buang masa kan berblog ttg Kpop je pun..

Anyway,Wan n all ur frens..Allah saje dpt membalas jasa baik kamu...Kami telah mmbuat laporan polis dan siasatan telah dilakukan dan Ip address telah dikenalpasti..Juga Solat hajat petunjuk dr Allah utk Insan yg difitnah dan teraniaya...doa org teraniaya InsyaAllah dimakbulkan Allah..Wallahualam..Sesungguhnya mengaibkan sesama insan SubhanaAllah...skali kite mengaibkan,10 kali Allah akan membalas aib itu kpd kite yg melakukan..Wallahuallam..SubhanaAllah...tq tq tq...Assalam

Lion Michaelis said...

harap la yg nama Amirah Afiqah tu benar2 bkn nye penulis blog tu~ tetapi baek la penulis sebenar tolong la delete la post tu~
skrg dh satu dunia tau dah tentang dye tu yg ada bulu kening cantik tu.

tetapi yg malu dan buat salah tu bkn nye Amirah~ yg malu tu ialah penulis blog tersebut~

penulis tu tau la dlm hati dye sendiri ttg ape yg telah dye buat sendiri~

Meera said...

Aq dh tgk blog dye... aq tak geram pasal k-pop tuh, sbb aq pun bkn gile tahap cipang kat k-pop nie... cume menyampah bile dye kata dye cantik..tak tahu pulak dye kene naya... mujur lah aq x komen ape2 lagi... kesian jgk budak nie... Astaghfirullah hal'azim...

Unknown said...

sabar je la

Mia AmYra said...

wan, tak boley add ker dyer kat fb? i tengok button dyer takder pon?

Eiichi said...

haha ade sumbangan ke klu jadi fanatik fan k-pop?? baru dengar kejap je da fanatik bagai, sampai nak sound2 orang camtu. masalah betul hingusan nih. hope amira tu baik2 saja^^

Dayang Norfazilah said...

setuju dengan entry ni .

Qisnadi - aQis ^^ - said...

Waalaikumsalam(jawab salam wan) =)

Skrg ne mmg MUSIM KPOP kan ?
Cba kita hidupkan kembali ZAMAN RASULULLAH .. mesti best ..
bukannya apa..
tentang DUNIA , dah kena kutuk oleh manusia .. insan yg diciptakan oleh PENCIPTA ..
kalau tentang AKHIRAT , spa2 yg kutuk .. gerenti kena LAKNAT ALLAH ..
sekadar tumpang lalu .. :)
Salam Ukhuwah ~

SitiZulaikhaaa said...

Hurmph.. rasanya yang post dekat blog tu & tukang komen banyak2 tu pun sekepala jugak.. kesian amira..

danial(waklee) said...

salam :)

sorry kak wan , kite baru thu blog kakwan , nie pon first time melawat :D
hee :D

kak wan cube nk bukakkan mata ramai pihak :D satu usaha yg baek :) tpi manusia nie ttap berdegil ..

sebab ALLAH cipta kn kite nie sesempurna umat <3 tpi tidak dihargai oleh kite ..

sebb 2 bnyak bencana yg berlaku di dunia .. orang kte akhir zaman :D

x tawu lha kemana pegi nye moral manusia pada zaman skarang niyh .. isu buang anak ke bapak rogol anak ke , mak bunuh anak ke .. itu dieorang nk maki x pe lha jugak .. nie pasal KPOP ? (korea) jerp padahal .. ingatlha hiburan nie boleh melalaikan .. walaupon sye suke berhibur .. tpi islam kn suruh umatnye sentiasa besederhana :)

ambil lha yg baek sebagai panduan :) yg tidak baek d jadikan pengajaran .. sumpah sediyh bce niyh .. tpi x tawu lha kan .. pemikiran setiap manusia niyh belainan :D

harap hal hal mcm niyh x timbul lagi :D

LittleGurl said...

hmmm, budak2 pra matang. termasuk si hacker. nak pakai nama sdiri, takot kena hack, tu yg pakai nama org tu. adoii mcm2

Pe - Zal said...

sorry lah kalo bkn dia yg buat tu bab aQ ada maki dia juga

Iraa said...

ad org tnye,klau org yg comment kt blog tu berunsur nasihat,adakah ia akn diambil tindakan juga?terima kasih.

Izyan Kaher said...

kalau tengok blogger yang memaki hamun tak cukup space kat ruang komen dy tu .. semua sebok kondem this amirah. macam lupa mereka sedara sesama islam . sebok laung- "Hidup Korea!!" ..
tapi entah2 Korea Utara ke Korea Selatan pon dyorang taktau ..~

# i do read one of the comment said : "FUCK YOU GIRL! eventho' aku tak suka Yoseob, tapi jgn ah hina do. kita ni islam!" - ini lawak!! kata islam tapi bahasa macam orang kapiaq =\

Lee Inhye said...

Betul ape cakap wan tuh. Saya ade baca entry dia pasal kutuk Kpop tuh. saya takde perasaan marah langsung sebab saya ni bukan Kpopers sejati sangat. Marah tu adelah sikit.

aunnie said...

pasal kpop nak gduh...relex r..aq budak kpop gak..mcm bese la,,bile something tu ad yg love,,pasti ad segelintir yang hate kan?...normal r tu...kite walopom kpop lovers jgn over ngat love tu...sederhana suda...Islam kan ajr suruh bersederhana..bukan nak sebelahkan sape2.,,just chill la...mmg norma khidupan bile ad yang suke msti ad yang benci,,
aq lagi marah kalau ad yang hina agama,,sal kpop,,ok lagi...
_just chill la_..x nak gadoh2...

Dini Ibrahim said...

Kesian dekat Akak Amira . Abang Wan adek tolong sebarkan yang nieyh dkt FB and Blog . :)

Khumaera Ismail aka Mariam Ismail said...

cian dia. yg kpoppers tu, jgn la teremo sgt2.simple thing what.ade org minat kpop, ade yg tak.normal la tu. =)

♥ryu e'en♥ said...

yg kitorg mara budak fake tu.... dea xyah laa trase =='

then, btul bnyak gamba yg gf/bf snap then ltak kat blog... okay, dorg ISLAM...then dorg pikir sndri laa salah dorg... klu yg K-POP nie, dorg non-muslim... care dorg laen, tapi dorg ttp ciptaan ALLAH... :)

int. said...

kesian mira........sabar tau......

Kyra said...

this is so funny. seriously, buat kyra tgelak. okay sorry bukan nak plekeh ke hapa. agreed with your entry , wan. idk, mybe dorang tsgt2 obses spi benda kecik dpebesarkan. mcm dh tkde keje lain sume dok pakat nk maki dia. my opinion lah, kalau suka sgt skt kpop or sowhatever tkyah spi nak mengutuk siap ckp babisial semua. kesian dia. dijatuhkan hukuman tanpa diberi ksmpatan prthankan diri dia. me too, even obses dkt mane2 group pun tkde spi nk maki2 mcm tu. im just saying, sorry kalau tsalah ckp ^^

Anonymous said...

cian gak dy kene bom tuh..huhu..kpop ni ak minat lah gak..tp xde la taksub gile2 smpi npon penuh ngn lagu kpop..gmbo sume ade..ak xde la smpi cmtu...juz minat gitu2 je..dyorg maki2 ni bangkit isu pasal agama tp bhse HARAMMMMMMMM...BUDAK BARU NAK UP..CM GINI R PERANGAINYA..SERBO ORG SESUKE ATI...agama xnk lakk back up...adeyhh depa ni...mcm2 ...