Wadah Madrasah Pengalaman: Salah ke tegakkan apa yang betul???Isu Adik Amira


Saturday, December 10, 2011

Salah ke tegakkan apa yang betul???Isu Adik Amira

.




Assalamulaikum..

Panas cuaca sekarang nie makin panas jugak lah isu isu yang melanda Blogger K-Pop sekarang nie..Ramai yang gigit jari malah ingin sekali memohon seribu kemaafan ke atas keluarga Adik Amira Afiqah.Doa Wan semoga dengan budi bicara yang baik kes ini akan selesai dengan cara yang baik..Tanpa melibatkan isu isu yang besar.Amin.Ramai yang membuat aduan kepada Wan..Kenapa Uncle dia nak besarkan besarkan hal sebegini.Kenapa Uncle tu macam mengugut??


P
ernahkah korang sedari akan kebenaran..Tahu tak Ugutan ALLAH lebih teruk dari nie.Balasan Dosa bagi yang berbuat murka dan kejahatan.Tapi banyak lak yang wat macam tak tahu kan..Dah tertulis sesuatu tu berdosa tapi tetap gak lanyak..Nak langgar perintah.


Kalau uncle nie memperbesarkan hal nie..Kalau macam tu..Kenapa lak tak tanye pengomen kat situ persoalan yang sama??dari mana mereka tahu Blog tu dan facebook adik amira nie..Kenapa mereka orang perbesarkan isu yang sekadar beberapa patah ayat je kat blog tu??tak terfikir ke??sapa yang mula dulu..Makan cili tersa pedas.Tu lah orang cakap..Matlamat tak halalkan cara yang salah...Wan tak bela sesapa..Sapa yang salah tetap salah..Sapa yang betul tetap betul..Allah ada untuk balas semua kejahatan dan undang undang ada untuk tegakkan keadilan..Kalau lah anak saudara kalian terkena macam tu..apa perasaan kalian??

Sekadar pandangan dari Wan,,,Tak de niat nak jatuhkn sesapa ..dan nak malukan sesapa...

Mungkin ramai lagi yang masih tak faham..Dan ramai lagi yang tertanya tanya kenapa nak salah kan tukang komen yang mengutuk tu???jadi bermula lah satu persoalan..Jika itu kalian..Adakah kalian akan memafkan dengan seadanya..

Wajarkah kemaafan kami berikan kepada mereka yang membuat hidup anak saya menderita?

Wajarkah kami melupakan begitu saja pada semua komen yg menghentam (lebih dari 1000)itu?

Wajarkah kami menutup sebelah mata…oh kerana mereka itu semua anak-anak yg rata-ratanya berumur 9 tahun – 18 tahun?

Wajarkah saya hanya mendiamkan diri sahaja dan berharap semuanya akan reda nanti?

Wajarkah saya menutup kes, tutup cerita?

Saya yakin, kebenaran itu akan tiba. Allah itu Maha segalanya.Kami memang cukup bersabar dan redha. Sebagai seorang Islam dan seorang ibu juga saya amat sedih dengan sikap anak-anak ini. Mungkin keluarga mereka pun tidak tau. Ya, biarlah Undang-undang mengadili mereka sebagai pengajaran kepada semua.Selebihnya di sini, biarlah Pihak Polis melaksanakan tugas mereka kerana kami masih yakin dan percaya kepada pihak Polis dengan kesungguhan mereka.

Terlajak Perahu Boleh Diundur, Terlajak Kata…….TIDAK TERKATA-KATA DIBUATNYA.

Sumber dipetik dari
http://www.facebook.com/notes/suterabiru-amyra/tolonglah-hentikan-semua-inianak-kami-teraniaya/2552710309782

Wan turut berbual bual dengan mama dan aunty adik Amira Afiqah di medium Facebook..Semoga adik Amira bersemangat kembali dari Trauma..


Salam. Terima kasih wan. Untuk makluman wan, FB amira tidak lagi dibuka oleh amira tetapi oleh kami (ibu/ayah & beberapa orang bapa serta ibu saudaranya) untuk pemantauan dan proses mendelete messages atau posting di wall yg agak ekstrim.

Oya...amira menerima friend request setakat ini melebihi 800 orang! dan maaf juga kami tidak dapat accept friend request tersebut atas isu keselamatan. Maaf sekali lagi kerana kami terpaksa delete semua friend request tersebut. Walaupun mungkin ada yg benar2 jujur mau berkawan atau ingin mengenali amira...tetapi bagi akak secara peribadi...enough is enough. Kami pun tidak mau nanti mereka dimalukan atau nanti keluarga akak hati panas bila membaca komen mereka di fb. Insya Allah kalau ada rezeki mereka mau berkawan dgn amira, mungkin di lain masa tapi bukan sekarang dalam keadaan yg agak kelam kabut.

Tolong ya wan, kalau ada yg bertanya maklumkan begitu.
Sesungguhnya yang baik itu datangnya dari Allah dan yang buruk itu dari kita sendiri.

Semoga anak-anak itu semua dirahmati Allah juga. Insya Allah. Amin.
Secebis perbualan dengan mama Amira


Bagi Wan segala yang terjadi ada hikmah dan ada pengajaran yang perlu kita telan.Hadam secukup cukup nya dan kunyah lumat lumat sebelum ditelan..."bahasa melambangkan Bangsa..Sebegitulah yang berlaku kepada Bangsa Melayu sekarang dek kerna kemodenan Dunia.


Dan ramai yang juga yang mula menunding jari terhadap ibu bapa dan menunding ke era era yang sebelum ini..Namun adakah dulu punyai medium medium seperti ini..laman sesawang..Isu Hacker , Isu fake , Isu surat berantai???Pernahkah dulu mempunyai kemodenan seperti ini..kenapa nak samakan dulu dengan zaman sekarang..Jenayah lampau dan jenayah masa kini berbeza beza.


Sehingga kehari nie kita disesatkan oleh kaum yahudi tanpa sedar..Semoga kehidupan kita dirahmati..Bagi semua yang menyokong Adik Amira Afiqah , sekalung ucapan Terima kasih dari Mama Amira untuk kalian...Tapi ingat..jangan lah korang lak yang nak wat isu melabel tukang komen di entri fake blog adik Amira sebagai manusia yang kejam..Jangan biarkan isu nie menjadi lebih besar..

Aib mengaib tetap salah dalam Agama..

"MATLAMAT TAK PERNAH MENGHALALKAN CARA YANG SALAH"

peace

Isu Adik Amira Afiqah sebelum ini :

http://wanhazel.blogspot.com/2011/12/isu-hangat-amira-afiqah-difitnah-gara.html
http://wanhazel.blogspot.com/2011/12/luahan-hati-keluarga-amira-afiqah.html
http://wanhazel.blogspot.com/2011/12/isu-adik-amira-afiqah-telah-mendapat.html


Lain lain yang menarik


.Link





9 comments:

Qaseh Yana said...

alhamdulillah semua dah setel.
kejamnye org yg buat camtu kat amira.
semoga amira baik2 sahaja.
sampaikan salam yana pada keluarga adik amira. yana doakan mereka semua dilindungi Allah :)

insyaAllah. pasti ade hikmah disebalik setiap kejadian yang berlaku.
subhanallah :)

Aina Dracula said...

Kalau KPOP kena kutuk, 1000 pergi serbu. Kalau Islam kena kutuk, duk diam. Apa nak jadi dgn dunia skrg...

Azza Rynna said...

saya rase mmg patut di ambil tindakan tapi terlalu ramai yg komen tuh..pilih lah mana2 yg bet0l2 biadab sampai kate nak berbunuhan bagai..kalo ade yg boleh dipertimbangkan ..pertimbangkan lah...kesian kat budak2 tuh..akal dan pemikiran pendek..minx tolong sampaikan yer kat keluarga amirah afiqah

Nieysa Syahirah :) said...

hehe, good job Wan.

semoga Amira pulih dari trauma nya. :)

Izzan Salwana said...

Adik amira tu pun ada hak. Kalau uncle tu x buat mcm ni, sy rasa makin besar la org buat fake blog ni. Manusia kadang2 x boleh terima kebenaran yang dia salah. Biasalah tuu....

AtyraAqilah said...

Salam. Rasanya apa yang dilakukan dek Pakcik Adik Amirah Afiqah tu tak salah. bayangkanlah berapa ramai yang dok komen kat entry tu. Kesian dekat adik Amira. Hope so dia tabah hadapi semua ni :')

Cik Kamoo said...

Akak setuju dengan Aina Dracula!! Kita dah semakin pelik dan hilang pegangan ....

Nur Kartini said...

ok. amira, aku pon nak mintak maaf lah. aku pon ada jugak terngumpat kaw. aku tak taw plak tu fake. sory k ? tapi aku xde la aku ckp kaw yg bukan2. aku mintak maaf ea ?

Raihana Radin said...

Allah always by your side adik amira :) di dunia mungkin dye terlepas .. di akhirat tidak sama sekali ..
jadi , harap adik dan sekeluarga bersabar dan redha dgn ujian yg Allah bg .. Allah takkan bg diluar kemampuan kita kan ? :)
always pray it for you ..
Me LOVE k-pop too :)