Wadah Madrasah Pengalaman: berbicara isu berkaitan Sarawak BUKAN negeri di Malaysia?


Tuesday, January 17, 2012

berbicara isu berkaitan Sarawak BUKAN negeri di Malaysia?

.


Assalamualaikum...

Begitu sedih bila membaca beberapa komen masyrakat masyarakat yang bebilang kaum yakni rakyat Malaysia diruangan http://www.mazidulakmal.com/2010/04/sarawak-bukan-negeri-di-malaysia.html.Begitulah penangan bila seseorang yang sudah mempunyai nama membahaskan berkaitan benda ini (Mazidul Akmal Sidik ).


Adakah negeri Sarawak BUKAN negeri di Malaysia??

Ya Sarawak adalah negeri dalam Malaysia..Sebenar benarnya Sarawak adalah negeri dalam Malaysia..Atau adakah anda seperti mengetuk kepala sendiri?? Sebelum ini saya telah membuat sebuah artikel mengenai SARAWAK BUKAN NEGERI DALAM MALAYSIA..Dan sudah terbukti layanan golongan masyarakat di semenenjung membuatkan kami terasa asing..Dan disini saya terpanggil untuk memahatkan rasa hati saya..Pernahkan kalian membaca surat khabar dan mendengar berita..Setiap mereka akan menulis dan menyuarakan MALAYSIA termasuk SABAH DAN SARAWAK.. Atau kami yang perlu bersuara adakah kami diberi atau dicop sebagai warga Asing oleh kalian?? Jika kalian ditempat kami baru kamu faham perasaan kami yang dilayan seperti warga asing..


"Kenapa saya perlu mendapatkan slip putih itu sedangkan Sarawak, negeri di Malaysia? Bukan satu negara lain?,"

Undang undang tetap undang..Sejarah dah memperakui segalanya..Siapa kita nak putarkan sejarah??Kalau Kami dikatakan menegakkan Sejarah atau undang undang yang dah lapuk?adakah wajar kita menukar tarikh semasa kemerdekaan tanah Melayu?? Adakah wajar kita melupakan tanda kemerdekaan Tanah Melayu?Adakah apa yang saya bentangkan disini tidak sama sekali masuk di dalam akal dipihak kalian??Atau kalian mula mencari alasan untuk menujukkan bertapa berbezanya sejarah dan Undang undang yang dah diperakui dengan sejarah kemerdekaan??Atau adakah lapuk juga kalau saya mengatakan kenapa perlu menganggap AGAMA ISLAM sebagai AGAMA RASMI??Kata satu MALAYSIA kan....Terpulang dengan kalian untuk berfikir..


Slip putih hanya untuk syarat syarat memasuki SARAWAK kalau hilang slip putih tu tak ada masalah sangat kot..Kan dalam data dah ada..SARAWAK dah moden jugak..Tak de lah kami orang ni masih menyimpan data dalam buku latihan line satu tu..Kat sini saya tak perlu terangkan lah k..Kemodenan dah ada..Kalau ada masalah yang ralat manusia..Sebab tu lah sediakan payung sebelum hujan.. kadang kambing mengembik kandang harimau mengaum. Benda nie tak perlu dijelaskan..


SARAWAK warga kuno??

Jika kami warga kuno kalian bagaima??.Atau kalian ingin me-relevankan Undang undang .Kami juga ingin perkara yang sama....Kami juga punya suara..Adakah kalian mengetahui hasil minyak di bumi SARAWAK diberikan kepada negeri negeri di MALAYSIA sebanyak 95%.. gaji kalian..Kebanyakan kemudahan yang dimilik oleh kalian hasil dari bumi SARAWAK .Adakah kami merungut??

Dari saudara mrs Abs amat tertarik dengan komen beliau.

"bro.

betul, itu adalah salah satu perjanjian pemimpin kita dahulu. dan sila betulkan fakta anda di sini. sabah dan sarawak tidak pernah menyertai malaysia. tetapi, 'membentuk' malaysia. tidak wujud negara malaysia pada 31 ogos 1957 yang selalu kita sambut.

betul, perkara ini agak kuno, termasuklah penggunaan permit untuk bekerja di sabah dan sarawak. tapi ini adalah perjanjian untuk membentuk negara malaysia. untuk hak-hak yang sebegini kecil yang dimintak, apa yang sarawak serahkan untuk malaysia? more than 95% hasil minyak untuk kegunaan seluruh negeri di malaysia termasuklah pembinaan jalan di kampung halaman anda, pembinaan highway yang tip top di KL, membina sekolah utk anak-anak anda, membayar gaji kakitangan kerajaan dan sebagainya.

apalah sangat rule yg remeh dibandingkan dengan 'pemberian' daripada negeri sarawak utk negara malaysia ini. we gave that much, yet, people complaint things yang remeh temeh sebegini.

dalam news pun, keluar isu remeh, nk byr sewa bas mahal, lif rosak, anak susah nak pegi sekolah. pernah anda fikir berapa jam anak-anak sarawak yang tinggal jauh di pedalaman berjalan kaki untuk ke sekolah? berapa sungai yang harus diseberangi. pukul berapa pula nak bangun ke sekolah. berapa jam perjalanan. do they complaint? do we complaint? NO.

kerana terlalu biasa, pengunaan ayat ini 'seluruh malaysia termasuk sabah dan sarawak'. please try' seluruh malaysia termasuk selangor dan johor'. 'seluruh malaysia termasuk perak dan pahang'.

jika perkara 20 harus direview balik, royalti minyak utk sarawak harus digubal semula.

fikirkan. "



Buka sejarah , Buka minda , buka mata dan buka hati..jangan asyik salah kami Warga SARAWAK..

Kami juga punya kewarasan untuk bersuara..Tiada niat untuk mengucar kacirkan NEGARA , KAUM dan AGAMA..Ia cuma pendapat yang datang dari seorang hamba yang lemah.

Entri tiada kena mengena dengan politik ,pihak polis , jabatan imegrisen ,media massa dan sahabat dari semenanjung Malaysia dan Sabah.. Cuma pendapat dari belia SARAWAK.

Segala yang baik datangnya dari ALLAH dan yang buruk itu datangnya dari diri saya sendiri..

Semoga laungan satu Malaysia
diguna pakai untuk tujuan yang terbaik



Papai
Lain lain yang korang mesti tahu



.





15 comments:

lia kamalia said...

i love sarawak , and kawan2 kat sarawak pun best2 . sangat tak relevan lah kalau still nk membeza-bezakan negeri nih .
-studentUNIMAS :)

Unknown said...

saya like entry ini...sarawak pun negara malaysia la...nape pula nak bangkitkan isu-isu sensitif... kite nak blaja kat unimas (srwak ) tau...n kne buat pasport...undang-undang tetap kne ikut..okehhh??? jangan nak mengata negeri jiran saya :)

akira baharuddin said...

Betul tu. kenapa nak bangkitkan isu ni? buat org sedih je. Ikut sahajalah undang-undang yang wujud.

akira baharuddin said...

betul tu. kenapa nak bangkitkan isu ni? ikut sahaja lah undang-undang yang telah wujud..!

Ckin Kembaq said...

setuju dengan wan..napa nak bangkitkan perkara yang tak patut dibangkitkan..kenapa tak bangkitkan isu pembaziran duit untuk sambutan tahun baru? kenapa tak bangkitkan isu hutang yang makin bertimbun..? sedangkan sarawak dah menyumbangkan sampai banyak cmtu, pun tak reti-reti nk bezakn mana baik mana buruk...haih

p/s : mungkin dah tak ada isu kot..tu korek yang lama2...entah lah...

Peter said...

Perjanjian tetap perjanjian. Kalau dimansuhkan, itu bermaksud melanggar perjanjian.

QasehSuci said...

ish...jgnlah kerana kepentingan org lain kita berpecah belah...sarawak dan sabah adalah malaysia juga...

PS said...

GREAT BLOG.. SALAM KENAL.. ALL ABOUT PHOTOSHOP..

Unknown said...

Kmk sayang gilak-gilak ngan sarawak. Sarawak nang best..!

..sha@dedeQ.. said...

mohon share k engkah kat blog mek..mek bljr kt smnnjung tk pn da yg beza kn srwk dkya..smpe ke pnsyarah pn da yg mdh srwk tok gk k sistem tukar brg..pdhl mek xp'nah nemu pn..

Wan_hazel said...

bleh jak share jak k

Nabiha Zaidi said...

aahkan, pelik, orang selalu guna "seluruh malaysia termasuk sabah dan sarawak".

cometsabahan said...

emmm.... eya la... rasa lain pla ... dlm tv lain ..

cometsabahan said...

emmm.... eya la... rasa lain pla ... dlm tv lain ..

Anonymous said...

Sarawak dan Sabah bukan negeri dalam Malaysia tetapi status Negara dalam Malaysia. Harap kita anak-anak Sarawak, mengetahui perkara 18 Sarawak dan Perkara 20 Sabah. Negara Sarawak dan Negara Sabah. Bukan negeri..