Wadah Madrasah Pengalaman: Tutorial Bola bergerak (Teknik Motion Tween)_Adobe Flash


Wednesday, November 23, 2011

Tutorial Bola bergerak (Teknik Motion Tween)_Adobe Flash



--------------------100% disalin dari AkuDD


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Langkah-langkahnya...


BOLA BERGERAK (TEKNIK MOTION TWEEN)


1) Double-click ikon Adobe Flash CS3. Kemudian, klik File > New > General > Flash File (ActionScript 2.0) > OK. Korang akan lihat paparan tetingkap seperti berikut:-

PAPARAN TETINGKAP ADOBE FLASH CS3


2) Tekan Ctrl+S kat keyboard korang untuk Save. DD tak nak ade yang meraung kalau tiba-tiba elektrik takde. So, wajib save hasil kerja korang terlebih dahulu.

3) Pilih warna bola yang korang suka dengan mengklik butang Fill Color. DD pilih warna biru gelap...(^_^)

KLIK BUTANG 'FILL COLOR'


4) Klik anak panah kecil pada butang Rectangle Tool. Kemudian, pilih Oval Tool untuk melukis bentuk bulat.

PILIH 'OVAL TOOL'


5) Klik Frame 1 pada Layer 1. Sekarang boleh mula melukis bola kat atas 'kertas lukisan'. Klik...tarik (jangan lepas butang mouse)...lepaskan butang mouse. Dah siap sebiji bola.

LUKIS SEBIJI BOLA


6) Klik Frame 40 pada Layer 1. Kemudian, tekan F6 kat keyboard korang untuk menambah keyframe.

TAMBAH KEYFRAME


7) Klik Frame 40 pada Layer 1 lagi. Kemudian, klik bola yang telah dihasilkan tadi...drag (jangan lepas butang mouse)...bawa bola tu ke penjuru lain 'kertas lukisan'...lepaskan butang mouse. Pastikan kedudukan bola yang baru ni, berbeza berbanding kedudukan asal seperti berikut:

KEDUDUKAN BARU BAGI BOLA


8) Right-click mana-mana frame di antara Frame 1-39 pada Layer 1. Kemudian, pilih Create Motion Tween.

CREATE MOTION TWEEN


9) Layer 1 akan kelihatan seperti berikut:

HASIL TERAKHIR PADA LAYER 1


10) Tekan Ctrl+S kat keyboard korang untuk Save. Kemudian, tekan Ctrl+Enter kat keyboard korang untuk melihat hasilnya.


OK...tamat tutorial kali ni. Harap korang faham baca tutorial panjang berjela ni. Honestly, DD rasa...Adobe Flash CS3 lebih mudah dipelajari melalui paparan video. Agak sukar untuk explain setiap langkah dengan menggunakan ayat. Kalau korang faham langkah-langkah ni...syukur alhamdulillah...\(^_^)/





Ni pulak rupa bentuk muka bumi kesemua layer dan frame yang DD gunakan untuk menghasilkan flash header kat atas ni. Jumlah Layer = 10 dan Jumlah Frame = 105!








6 comments:

Anonymous said...

THANKS. Kalau ada tuto flash lagi,saya org pertama akan view!!!!!!!!!! HEHE :D

Btw,wan tahu tak website org Barat yg ajar tutorial flash guna gambar dan bukan video? Thanks~~ :)

Wan_hazel said...

wan tak taw lak..try je google taw.hehhee..tengs

Aisyah said...

mcm mne nk buat background transparent ?:)

Wan_hazel said...

tanya kat aku dd k..yg link sumber tu

Ameer Sailang said...

bro..adobe flash cs5 xde ke??
ape2 pon gud job!~
aku dr xtau pape bole pandai camni..haha

Wan_hazel said...

ta de lak bro..tengs