Bila lagi , bila lagi !!!. Masih terngia di telinga saya kalimat yang sering keluar dari mulut bapa tiri kami En. Jaidip Bawi. Laman kenangan persekolahan sudah lama warga 6 atas tinggalkan. Di sini ingin saya kongsikan pengalaman mengenai biodata kehidupan saya dalam menempuh liku–liku kehidupan dengan pahit maung , sorak gembira anak-anak warga Sri Muara. Dalam mencanang kejayaan untuk menghadapi kehidupan di luar tanpa bimbingan guru-guru yang berwawasan , memang payah.Sekalung ucapan taniah dan terima kasih saya ucapkan mewakili sekalian bekas warga Sri Muara. Insya-Allah akan bertemu di medan kejayaan. Terlintas di kotak fikiran saya merewang-rewang kata-kata En.Fauzi Dollah “Selepas ini anak anak ikan akan berenang di lautan dalam” ungkapan kata yang dilafazkan selepas kami selesai beperang menduduki Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia , kertas terakhir pengajian perniagaan 2.(tahun 2007)
Kecermelangan , kecermelangan seseorang itu bukan diukur berdasarkan prestasi , kedudukan di dalam kelas namun keutuhan seseorang yang menginginkan kejayaan itulah pengukur sebenar kecermelangan seseorang itu. Putus asa tidak perlulah terselit di dalam kamus kotak fikiran seseorang itu , gagal sekali bukan gagal untuk selamanya. Kejayaan berdasarkan harta benda yang dimiliki bukan satu titik penentu kejayaan itu. Sorotan kereta di halaman rumah sesebuah keluarga itu memang mengangumkan kita namun pada masa sekarang haruslah diingatkan semua ini hanya retorik semata-mata .Renungkanlah.
Memasuki tahun 2008 , telah meninggalkan tahun sebelumnya 2007 membawa kepada kita satu kenangan yang terpahat di lubuk hati setiap bekas warga Sri Muara. Melangkah masuk tingkatan 6 bawah tahun 2006 menciptakan satu ruang yang baru dalam persekolahan , ingin memcuba sesuatu yang baru subjek Ekonomi , MUET , Pengajian Perniagaan , Pengajian am , Bahasa Malaysia , Sejarah , dan Kesusteraan melayu. 4 kelas diperuntukkan 6 bawah 1 , 6 bawah 2 , 6 bawah 3 , dan 6 bawah 4 seperti yang telah kita ketahui 2 kelas disediakan untuk pelajar Ekonomi dan 2 buah kelas lagi disediakan untuk pelajar sastera.pada hari ini sistem kelas tingkatan 6 telah bertambah kepada beberapa kelas iaitu tambahan kepada kelas Sains .
Hari pertama bermula dengan bual-bual kosong anak muda tanpa mengetahui kesukaran hari yang mendatang. Gembira dengan senyuman lebar tatkala gelak tawa memecah kesunyian. Silih berganti anak-anak muda keluar masuk kelas bertukar-tukar kelas malah turut bertukar sekolah , hinggakan beberapa orang murid lewat mendaftar . Pertengahan bulan selepas kami memasuki zaman persekolan Pra U.Duit-duit mula berbisik di cuping telinga menagih untuk membeli pelbagai peralatan persekolahan jangka lukis , warna , protaktor di samping buku rujukan tidak ketinggalan membelenggu setiap pelajar. “maneku nak dapat duit ?” setiap pelajar melaungkan kalimat persoalan ini. Hampir setiap hari meminta duit dari ibu bapa sehinggakan duit saku turut digunakan bagi menampung perbelanjaan persekolahan. Menyesal memasuki tingkatan 6 dengan subjek yang sukar untuk difahami bebelan guru-guru yang inginkan kejayaan untuk anak murid sudah cukup untuk memberikan perasaan tertekan manakan pula kerja rumah yang bertimbun-timbun menanti untuk disiapkan sudah cukup menyeksa dan mematahkan semangat pelajar namun demi kejayaan di masa hadapan semangat ingin meneruskan pembelajaran membuar-buar di dasar hati. Namun di kala pelajar mencuba nasib memasuki zaman Pra U ini , pasti kita tidak lupa kepada pelajar yang tidak dapat melayakkan diri memasuki zaman ini , kemungkinan disebabkan faktor wang yang membelenggu nasib keluarga masing masing , bilangan adik beradik yang ramai memberikan satu perasaan yang amat berbeza . “biarlah adik beradik yang lain meneruskan persekolahan cukuplah sekadar tingkatan 5 sahaja”, pasti itu yang hanya dapat diluahkan namun di dasar hati mereka terbuku satu azimat permata yang tidak dapat digilap bersama sama kita . Sehinggakan ramai diantara rakan persejuangan menarik diri dalam acara satu tahun setengah ini . Syukurlah ke hadrat Ilahi Tuhan yang Maha Kuasa pasti setiap yang berlaku ada hikmahnya .
Aktiviti yang menyeronokkan membawa kepada kami ukiran peringatan kenangan yang telah kami lakarkan di dada langit dengan tangan kami sendiri ,
yang pasti takkan terlerai walau ditetak dan takkan tercerai walau dihentak . Tahun 2007 saya menceburi sidang redaksi sekolah memang menyeronokkan. Kelab KOIR sekolah memberi impak yang positif kepada kami. Sehinggakan sudah hampir menjelang peperiksaaan sebenar kami masih lagi dapat berseronok namun pembelajaran di dalam kelas tidak kami abaikan . Perhatian 100% pasti diberikan , bohonglah saya jika setiap masa kami sering mengambil perhatian semasa guru guru menyampaikan amanatnya . pasti ada saja ragam ragam kanak kanak riang dipamerkan , tidur , bercakap sesama sendiri , bermain permainan LINGGO , dan pasti ada banyak lagi . Terselit juga dihujung hati setiap pelajar rasa marah yang teramat apa tidaknya belum sempat lagi kami melepaskan rasa perit pasti sudah ada guru melangkahkan kaki memasuki ruang pintu hadapan kelas . pasti sekali sayalah yang sering memberontak di dalam kelas . Malas menulis itulah saya , berbagai bagai alasan diberikan kepada guru agar tidak menulis kasihan juga saya melihat Cikgu Dayang Saptuyah asyik membebel saja . Pasti dialog yang sama “ketawe je korang,,,nanti hjung tahun rase lah”. Lucu-lucu memang melucukan kelas 6 atas 2 semakin popular dikalangan warga Sri Muara dengan karenah pelajar yang degil suka menjawab sehinggakan terlaksanakan sebuah persatuan “pengkrujik”. Geleng kepala setiap kali guru-guru memasuki kelas kami. Masih teringat jelas saya suasana di tapak perhimpunan apabila jawatan ketua kelas dilucutkan di khalayak warga Sri Muara. Mengingatkan peristiwa tersebut tergelak kecil saya , apalah peristawa lama hendak disebut-sebut. Memang salah saya nak tunjuk lagak. Peristiwa itu memang tidak dapat saya lupakan.
Hmmm , hari–hari yang dilalui semakin sukar namun tatkala memikirkan zaman persekolahan akan ditinggalkan membakarkan lagi semangat untuk turun ke sekolah , bukan untuk belajar tetapi untuk bercakap kosong begitulah rutin harian kelas kami. “Golong tikar” gementar pula menyelubungi perasaan setiap pelajar 6 atas,apa taknya peperiksaan sebenar akan tiba , belajar last minit mesti masuk punya.hehehe , ketawa kecil setiap penuntut kelas kami .terpampang kiraan hari di sudut kanan papan hitam kelas kami. Bila melihat kiraan itu hati mula berdebar sehinggakan kiraan itu ditukar kapada kiraan minit. Fuhh, memang payah menghadapi tingkatan 6. Sememangnya telah menjadi Fitrah manusia agar berusaha , berusaha , dan terus berusaha bagi mencapai kecermelangan itu .
Walaupun bintang takkan jatuh ke bumi tapi kita pasti dapat menggapainya . wat kekong...taniah coz dapat mengharungi kehidupan persekolahan f6..merdeka dah skang erk,,exam dah tamat...free....