Saturday, February 11, 2012

Doodle story..Kita yang sering kali terlupa ...

.



A
ssalamualaikum...

Apa...penat hari nie??Apa...tak makan lagi??Hari nie korang buat apa??hari cutikan..Keluar jenjalan tak tadi??Hari nie Wan wat entri pendek je..tak leh nak wat panjang panjang..Sebab nak siapkan design yang tertangguh.


Hidup nie kadang kadang kita tak pernah nak puas dengan apa yang kita ada..Bila senang , kita nak lagi senang..Tak salah kalau nak kejar kejayaan tu tapi kalau kita terlalu riak dengan kejayaan , jadi yang tu lah yang salah.. Sepatutnya kita bersyukur..Dan kalau kita dah senang beringat ingatlah pada yang susah. Jangan lupa pada yang memerlukan..paling penting jangan bazirkan makanan , harta benda dan jangan lupa diri..



Kehidupan nie tak semua orang senang...Ada yang susah..Ada yang tak pernah dapat miliki sesuatu yang diorang inginkan..Kalau ada yang lahir terus merasa kesenangan tu..Alhamdullillah jangan lupa bersyukur dan bagi yang tak pernah rasa apa yang dia inginkan , harap semua korang tak pernah mengeluh..Usaha dan usaha untuk kecapi kebahagian dan kejayaan tu.Kejayaan tu datang dari tangan orang yang berusaha.jangan mengeluh dan jangan mengeluh jika kita jatuh tersungkur.Ingat jang mengeluh..


Jadi , senang susah kita ... kita pastikan yang kita semua beringat...


Papai.



Kalau suka entri kali nie klik like atau sponsor Wan rm0.20 ..senang je klik nie.Louis Koo or Daniel Wu? What's your pick?..Atau klik button Donate..


Terima kasih


.



Friday, February 10, 2012

Doodle story..Kedewasaan buatkan aku ingin bercinta

.



Assalamualaikum...


Tipulah kan kalau korang tak pernah rasa ingin bercinta.. Zaman sekarang nie budak budak pun dah reti bercinta.Bercinta tu tak salah tapi yang salah adalah cara . Kadang kadang matlamat yang kita cuba nak capai tu tak betul dengan cara..Sebab tu terbit kata kata orang berilmu "matlamat tak halalkan cara".


Semua pun akan rasa perasaan yang sama..Kalau dah mula rasa sayang kat seseorang tu mesti kuat berangankan.. Alangkah indahnya kalau apa yang kita angankan tu menjadi kenyataan namun hakikatnya kehidupan nie bukan seperti drama .



Dulu masa zaman budak budak antara perempuan dan lelaki kita anggap hanya sebagai kawan, semuanya kawan..Seronok berkawan masa tu..Tak terfikir lansung dengan cinta..Tu zaman Wan masa dulu tapi sekarang benda tu rasanya dah berubah , pasti ada di antara adik adik yang dah mula rasa bunga bunga cinta . Dan mesti adik adik semua rasa itulah jodoh itulah suami/isteri yang Allah dah tetapkan..Tak nak berpisah , berjanji bersumpah semati..Macam macam lagi lah janji manis yang korang ukir sedangkan korang semua masih lagi sekolah menengah apatah lagi sekolah rendah..Cinta laman sosial katakan..


Tak yah nak pertahankan sesuatu yang salah.Dan tak perlu nak sorokkan sesuatu yang dah nyata..Terpampang diteratak blog , facebook , twitter adik adik semua gambar pak we dan mak we korang. Status dan entri korang semua mengambarkan apa yang korang rasa. Kadang kadang penulisan itu jua bisa mengambarkan siapa anda..Dan dari situ pembaca yang lebih dewasa menilai aklhak , menilai peribadi hanya dengan sebaris ayat atau gambar. Mungkin ramai yang akan berbalah "Dont judge a book by its cover". Kenapa perlu pertaruhkan sepotong ayat sedemikian sedangkan yang nyata sudah nyata..Bila adik adik semua sudah dewasa , pasti adik adik faham apa yang Wan cuba sampaikan...Syukur jika selepas ini adik adik semua mula faham. Alhamdullillah..



K
edewasaan buatkan kita ingin bercinta.Sudah menjadi naluri seorang remaja untuk bercinta.Dalam bercinta pasti ada batas batas yang telah ditetapkan.Ramai yang mengetahui dan ramai yang melanggarnya . Bila berbicara seperti dialah tahu isu agama..Mengumpat salah , tak tutup aurat berdosa , tak solat berdosa padahal bila bercinta semua hukum Agama tolak ketepi.. Ini lah kebenaran yang perlu kita telan.. Terpaksa kita telan. Lihat sahaja keliling kalian. Media massa yang menjadi pengaruh utama anak anak bangsa.. Kekadang Media massa yang cuba menyampaikan sesuatu yang baik pasti cuba menyampaikan dengan penyampaian yang tak berlandaskan agama.


Konklusinya, Bercinta tak salah kalau kena dengan cara dah hukum nya. Insya Allah redha Allah akan bersama sam dalam hubungan kalian.Jodoh , maut itu ditangan Tuhan.


Dan yang terakhir..Mari mulakan Cinta pertama , Cinta kepada Allah .



Kalau suka entri kali nie klik like atau sponsor Wan rm0.20 ..senang je klik nie.Louis Koo or Daniel Wu? What's your pick?..Atau klik button Donate..


Terima kasih


.



Wednesday, February 8, 2012

Doodle story..adakah semua wanita ambik sedikit masa untuk berkemas kerna Allah.

.




A
ssalamualaikum...

Dalam ramai ramai jiwa manusia hanya ada beberapa jiwa je yang akan mengambil masa menyiapkan diri dan memperkemaskan diri Kerana Allah..Lain lain semua kerana pandangan orang luar.. Mungkin ada yang berfikir dan kemungkinan benar hanya untuk memenuhi tuntutan agama tapi adakah hakikat sebenarnya kerana Allah..? Atau semata mata kerana berfesyen..?



W
an pernah menulis mengenai..Fesyen tampilkan keindahan Islam namun...Comelnya wanita bertudung . Dan ramai yang tertanya pengakhir ayat Wan pada entri tersebut iaitu


Sebenarnya Wan tak suka Wanita bertudung namun Wan suka Wanita yang menutup aurat..


Disini Wan cuba sampaikan " bukan semua wanita bertudung itu menutup aurat dengan sebaiknya".Dan di sini Wan bukan hendak menunjuk alim.. Kalau berbicara mengenai agama pasti banyak lagi yang Wan perlu selongkari , pelajari dan korek sedalam dalamnya..Tapi Setiap manusia tu adalah khalifah dimuka bumi.. Perlu ada rasa bertanggung jawab..Kalau bukan Wan siapa lagi..Wan cuba menggunakan medium Blog ini sebaik baiknya sebagai kegiatan yang berfaedah disamping memberi sedikit ilmu didada malah berkongsi lumrah kehidupan yang perlu kita sedari..Dunia semakin maju dan kita semakin maju menempuhi liku liku dosa tanpa kita sedar.


Insya Allah jika entri ini berkesan dihati mungkin ramai yang akan berfikir kedua kali nya adakah kita berkemas hanya sekadar memenuhi tuntutan atau sebalik nya.. Esok , lusa dan hari hari yang seterusnya harap kalian melihat diri di hadapan cermin dan bertanya pada diri adakah aku layak digelar ISLAM..Bukan hanya pada Wanita namun semua kita..Lelaki pun sama.


ISLAM itu mudah..Islam itu Indah..

Sama ada kita mati dalam menegakkan ISLAM atau mati ISLAM hanya sekadar pada nama..


Renungkan fikirkan..

Yang baik itu semuanya datang dari Allah dan yang sebaliknya datang dari diri Wan sendiri..


Kalau suka entri kali nie klik like atau sponsor Wan rm0.20 ..senang je klik nie.Louis Koo or Daniel Wu? What's your pick?..Atau klik button Donate..


Terima kasih


.



Tutorial pasang Donate Button bawah post

.



Assalamualaikum...

Hai korang..kali nie Wan nak kongsi macam mana nak wat Donate Button . Yang nie koding Wan sendiri buat tak de kena mengena dengan facebook.. Rupa je macam button facebook tapi hakikatnya nya koding nie hanya button biasa je..


Korang leh try klik button kat bawah tu..klik Donate tu..dan tengok apa terjadi..So bagi sesapa yang nak bersedekah tu boleh lah klik kat Donate tu..Kalau korang nak..

Jom Tutorial..


Pengguna Design/layout

Dashboard>Design/layout>Edit HTML
tick expand widget

lepas tu korang cari lah koding nie..

<data:post.body/>

CTRL+F bagi memudahkan pencarian

Bila korang dah jumpa koding tu..Korang copy dan pastekan kod kat bawah sekali tu betul betul di bawah kod yang korang cari tadi..


Bagi pengguna Blogskin/classic template
Dashboard>Template

Korang cari koding

</BlogItemBody>


CTRL+F bagi memudahkan pencarian

Bila korang dah jumpa koding tu..Korang copy dan pastekan kod kat bawah sekali tu betul betul di bawah kod yang korang cari tadi..


Koding
<!-- Donate button Start -->
<a href='YOUR CHURP2/HEARTBEAT/SAYS/DLL LINK' target='_blank' title='Thanks You'><img src='https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjou25qjbl0wKe6rryjQXAdpG5PWkv346NUuI468jJYuUyWHxE26RZ057r5IohkpuoCRpYOInTuPwoKLrCvwUwIPDAw42v8Qx6IUySKiWczZoz72gzPsk8qEuz-AgRCHPXU56LzBgV8M88/s1600/1.png' width=''/></a>
<a href='http://wanhazel.blogspot.com/2012/02/tutorial-pasang-donate-button-bawah.html' target='_blank' title='Get This Button'><img src='https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjkpqCdkh_A47A9YuhlHxUKHMVvwVh_V4pUs_dEycLfedIrawbgDrif9GdhzM45jVQy6PNYCgM2M-OmPBCfVUokql5nNYd6aWb20fmtFeqocb3VAxya11AGTl5OlT9-LB2N9f6VPZ_PuIc/s1600/2.png'/></a>
<!-- Donate button End -->



YOUR CHURP2/HEARTBEAT/SAYS/DLL LINK' yang tu korang letak link income korang..link churp2 ke , Heartbeat ke..So setiap kalai ada iklan baru korang tukar tukar lah ye..Memang payah sikit..sebab perlu tukar tukar..ehehhe..


Preview dulu...kalau tak de error..Korang Save k..harap korang tak ubah koding nie..Beri kerjasama..Hormati hak k..Peace.


Selamat mencuba


Seperti biasa kalau suka entri kali nie klik like dan sponsor Wan rm0.20 ..senang je klik nie.Louis Koo or Daniel Wu? What's your pick?..Atau klik button Donate..


Terima kasih


.



Tuesday, February 7, 2012

Doodle story..Perbezaan keropok "sonyeng mbak teng teng" (mi mi) dulu dan sekarang

.


Sebelum tu Wan nak kasi taw apa tu "sonyeng mbak teng teng" sebenarnya tu dalam bahasa sarawak.. maksud "sonyeng mbak teng teng" lak ialah "Kucing membawa Gitar" Sonyeng= kucing , mbak=bawa , teng teng=gitar (teng teng bahsa budak kecik..Oleh kerana bunyi gitar teng teng je..hehehe).Kenapa keropok nie diberi nama sebagai "sonyeng mbak teng teng".sedangkan nama keropok nie ialah keropok Mi-Mi.Kalau korang perasaan keropok Mi-Mi nie ada seekor kucing yang membawa gitar pada bungkusan nya..Esok sila beli keropok Mi-Mi k..

Dan sekarang mari kita bongkar rahsia keropok nie..Apa yang membezakan Keropok nie dulu dan sekarang ...



Dulu bukak pun dah meruah dah..boleh kutip lagi yang tumpah tu..ahahha


sekarang lak



angin


Owh...angin je...


Tu je.



Seperti biasa kalau suka entri kali nie klik like dan sponsor Wan rm0.20 ..senang je klik nie.Don’t go breaking my heart...


Terima kasih


.



Monday, February 6, 2012

Doodle Story..Aku Idola atau aku di Copycat

.


Assalamualaikum...

Penat tak hari nie??Wan hari nie biasa je..Macam biasa lah kan.Design tempahan pun Wan belum sempat nak siapkan.Esok dah start balik kuliah.. Hari nie seperti pada tajuk di atas Wan nak mengupas apa itu Copycat sebenar walaupun Wan memang tak arif sangat..Setiap orang masing masing punya penilaian sendiri terhadap Copycat.



A
tau adakah kita menjadikan seseorang tu sebagai idola dan terus mengikut gaya , cara dan sikap seseorang tu atau karya seseorang..Adakah itu turut digelar Copycat. Atu Copycat tu meniru kucing..meow meow..



Kekadang kita sendiri yang asyik merungut akan si copycat padahal diri sendiri dalam sedar meniru atau merujuk idea malah karya seseorang. Atau adakah perkara terbabit tidak termasuk dalam istilah Copycat??



Ramai pengkarya seni dan blogger merungut jika seseorang itu meniru karya ,design blog mereka. Padahal yang meniru tersebut adalah warga warga yang memuji dan menjadikan mereka sebagai idola tercinta..Mencuba mengikut jejak langkah mereka yang sudah hot , top , fames..Namun mereka mereka semua terlupa dari mana mereka bermula..Bagaimana mereka mencipta karya tersendiri..Bukan semua dapat cetuskan idea tersendiri dan mencipta trade mark tersendiri..




K
ekadang bila Blog Wan , karya seni Wan ditiru atau diguna pakai Wan terasa begitu berbangga kerana setiap yang Wan lakukan telah diguna pakai dan dapat diterima oleh ramai. Namun ada segelintir yang mengambil karya dan mengaku karya tersebut milik asal darinya..Seperti yang terjadi pada karya photography.Mereka mencuri gambar gambar terbaik dari photographer lain untuk dijadikan portfolia diri sendiri.Malah karya karya seni turut tumpang sekaki .



S
ejujurnya Wan tidak meyukai copycat. Meniru seratus peratus hasil karya Wan..jika dijadikan sebagai rujukan itu sebaik baiknya. Bersyukur kerna ilmu tersebut masih boleh disampaikan melalui karya seni..


Setiap individu masing masing punya istilah tersendiri apa itu copycat.Betul tak??Jadi bagi mengelak masalah berlaku sila minta kebenaran atau kreditkan sumber asal..


Papai


Owh ye..Pertandingan poster Dakwah telah tamat namun Kempen Like masih dibuka...Kalau korang belum LIKE tu.Harap boleh like..Wan perlukan Like korang di facebook .Like poster Wan di sini :
http://www.facebook.com/photo.php?fbid=268817953184103&set=a.268667953199103.59604.232885313444034&type=1&permPage=1



Terima Kasih semua..





.



Sunday, February 5, 2012

Fesyen tampilkan keindahan Islam namun...Comelnya wanita bertudung

.


Assalamualaikum..


Mesti korang fikir ntah ape ape je kan entri Wan kali nie..Tak kisah lah korang nak fikir apa..Dan entri nie pun bukan Wan nak mendikriminasikan golongan Wanita tak bertudung or 100% bulat bulat dengan kenyataan Wan nie..Wanita tak bertudung pun comel gak..Cuma kecomelan tu ada beza nya..Setiap benda tu ada bezanya..Law sesetengah Wanita suka tengok lelaki berbaju melayu..So Macam tu gak Wan..Pandangan mata masing masing berbeda beda gitu..ehehhe.


Skang nie dah macam macam fesyen tudung terbit..Ada yang macam tu dan ada yang macam nie..tak kisah lah tudung jenis apa yang korang nak guna..Asalkan tak melanggar hukum syarak je..Law orang tanya Wan.fesyen tudung apa yang Wan suka tengok..Suka tengok ..Bukan suka pakai..Wan dengan sejujurnya akan jawab..Tudung yang biasa biasa je..Tak yah lilit banyak banyak..kemas sikit sikit dah dan cantek..Erm..Law Shawl lak..Nak kata Wan suka and tak tu..50-50 kot..Yang tu terpulang dengan si pengguna Shawl tu gak..Law muka tak kemas dan tak ok guna Shawl..Bek tak yah guna..fesyen nie bukan perkara yang perlu pun..Cuma kita je yang nak kan kecantikkan tu..Tapi kene ingat gak..Law tak sesuai napa nak guna??tak gitu ibuk ibuk??Apa apa pun.."comelnya Wanita Bertudung"..Namun kena ingat bertudung tu untuk apa..Bukan sekadar menutup rambut .


Mungkin korang dah muak or fade up law ada isu Blogger yang kaitkan tetang wanita bertudung tapi hipokrit..dan entah apa lah yang Blogger watkan jadi isu..Kita banyak digegarkan dengan caturan mulut yang memalsukan fakta dan memburukkan wanita..Dan entah mungkin dia orang lahir bukan dari wanita..Erm..dari mana lah ye?Alien kot dia orang..Kadang kadang memang payah kita nak halang diri kita dari bersuara tapi setiap yang terlahir dari pemikiran dan nafsu tu mestilah difikir setanak tanaknya..Kita punya cara untuk menasihati..So tegur baik baik pun dah ok..Dan ada gak suara yang akan jawab dengan nada marah.."mak bapak aku lagi tak kisah..Ni kan kau yang tegur aku"..Ok cara nie lagi tak bagus..Tolonglah jangan burukkan mak bapak korang dalam hal agama macam nie..Bertudung tu adalah perintah dari Allah S.W.T taw..taw kan..tapi wat wat tak taw..Bukan hendak meremehkan atau memperkecilkan kaum Hawa, tapi sekali sekala apa salahnya Wan meluah apa yang Wan rasa dari meludah muntah memendam rasa..Pa pe pun "Comelnya Wanita Bertudung.."


Erm...Sorie lah law ada yang fikir entri Wan kali nie macam menyindir..Niat Wan baik je..Bukan nak menyindir or nak bincang isu agama..Kat dunia nie banyak lagi yang Wan perlu blaja..So salah ke law kita berkongsi pendapat..Dan Wan tak nak lah jadi macam blogger yang macam tahu sangat AGAMA tapi tak tahu lansung hakikatnya..Ada ke patut kasi taw dah bosan dengan segmen blogger dan macam macam lagi dengan Blogger nie..dan kasi taw gak..Bende nie tak di bawa mati..Memanglah bende nie tak bawak masuk kubur pun..Allah ciptakan manusia otak dan akal untuk berfikir..dan akal tu digunakan untuk mencari kenikmataan dan pembangunan dunia..Kejarlah kenikmatan dunia dan janganlah sesekali lupakan akhirat..Nape nak berkerja law duit tak bawak masuk kubur kan..Tak gitu???Atau dia ada agenda lain..Tak faham...




Sebenarnya Wan tak suka Wanita bertudung namun Wan suka Wanita yang menutup aurat..


Seperti biasa kalau suka entri kali nie klik like dan sponsor Wan rm0.20 ..senang je klik nie.How much do you know about being healthy?


Terima kasih


.





Poster Dakwah Islam..Perlukan LIKE dari korang.Last day

.



Assalamualaikum ..

H
ari nie 5 haribulan , hari terakher untuk korang yang sudi LIKE poster Wan .. Like korang akan diambil 20% dari hasil undian..80% adalah dari juri Profesional..

Harap korang semua boleh lah LIKE poster Wan nie..

Owh ye..Wan perlukan Like korang di facebook .Like poster Wan di sini :
http://www.facebook.com/photo.php?fbid=268817953184103&set=a.268667953199103.59604.232885313444034&type=1&permPage=1



Terima Kasih semua..



.



Salam Maulidur Rasul

.


Seperti biasa kalau suka entri kali nie..Jum sponser RM0.20 untuk Wan..senang je klik nie.How much do you know about being healthy?


Owh ye..Wan perlukan Like korang di facebook .Like poster Wan di sini :
http://www.facebook.com/photo.php?fbid=268817953184103&set=a.268667953199103.59604.232885313444034&type=1&permPage=1

Sempena Pertandingan Poster Dakwah , Dakwah Islam.Klik kalau nak tengok poster yang Wan edit dan jangan lupa LIKE sekali..


Terima Kasih semua..


.