Saturday, October 2, 2010

Tutorial wat gambar berkeping (gambar keluar dari frame)_Adobe Photoshop

.




Salam Korang...




Skang Wan nak wat Tutorial wat gambar berkeping (gambar keluar dari frame). Sambungan untuk Tutorial Frame gambar lebih menarik.


Ok Sebelum korang teruskan Tutorial nie..Korang ke Tutorial Frame gambar lebih menarik.



Ok Jum Tutorial..


Mula mula cam biasa lah kan..Korang open Adobe korang..Lepas tu korang open lak gambar korang and Background korang and Frame korang..Background tu korang leh guna ape ape gambar je..Yang warna pink dalam gambar kat bawah nie adalah background yang Wan guna k.



Lepas tu..Korang klik kat gambar korang and then tekan CTRL+A serentak dan CTRL+X serentak untuk potong gambar korang..Lepas tu korang klik lak background korang..and then tekan CTRL+V serentak untuk paste gambar korang kat background tu.



Lepas tu korang klik kat tool yang ade petak cam kat bawah nie....And then korang klik kanan kat gambar background korang and klik Free Tranforms..And korang adjust size gambar korang k.


Dah selesai tu..korang klik lak kat Frame korang..Korang wat cam yang sebelum tu..Korang tekan CTRL+A serentak kat frame korang and tekan CTRL+X serentak .Lepas tu korang klik kat gambar korang tu..Korang tekan lak CTRL+V serentak untuk paste.


So akan jadi cam kat atas tu k..klik kat tool petak tu and klik kanan korang leh adjust Frame korang tu. Kalau Frame terlalu besar or kecil korang adjust ekot kesesuaian k..Lepas tu korang adjust kedudukan Frame tu lak k..Selesai je korang adjust kedudukan Frame tu..korang tekan layer kat no1 Frame yang dalam petak hijau tu..Klik and tarik ke anak panah no2 ....Makna nye korang dah wat salinan untuk Frame tu.. And lepas tu korang klik lak kat anak panah yang warna hijau tu..Dah klik korang adjust lak Frame kedua korang tu.


Dan korang wat lah yang seterusnya macam tu kat...sampai lah korang rssa dah cukup Frame untuk gambar korang tu..Contoh cam kat bawah.Dan lepas tu korang klik kat layer gambar korang cam kat anak panah sebelah kanan tu..lepas tu korang klik lak Eraser tool kat anak panah bahagian kiri tu. dan korang padam bahagian gambar yang terkeluar dari Frame tu.

Dan akan jadi cam gambar kat bawah nie.

Next step..Kene banyak bersabar bagi yang baru mengenali Adobe.. Korang klik lak kat anak panah tu..Eraser tool. Lepas tu korang tengok kat anak panah yang kat bahagian layer tu..yang banyak banyak tu..yang tu adalah kedudukanFrame korang..So law korang nak padam Frame yang pertama korang klik lah kat Frame pertama..Korang padam bahagain Frame yang bertimpa k..Contoh cam yang Wan petakkan dalam gambar bawah nie..


Bila dah selesai padam bahagian yang bertimpa tu...Hasilnya akan jadi cam kat bawah nie..


Yang nie lak cara nak wat gambar terkeluar dari Frame nye.Korang masih gak guna Eraser tool. Dan kali nie korang padan bahagian Frame yang korang nak keluarkan tu..Contoh cam kat bawah nie..Bahagian yang Wan petakkan tu..Dekat anak panah tu korang leh adjust Opacity Frame korang..So korang bleh padam Frame korang tu ekot Sebetul betul nya bahgian badan.


Korang wat step tu sampai lah korang rasa dah cukup..Bila dah selesai korang akan dapat hasil macam kat bawah nie.


Dan seterusnya korang lakukan untuk padam bahagian Frame yang lain..Hingga lah korang dapat hasil cam kat bawah nie. Jadinya nampak cam tangan terkeluar dari Frame tu kan.



Dan selesai..Korang dah bleh save.




So selamat mencuba k..





.



Thursday, September 30, 2010

Tutorial Frame gambar lebih menarik_Adobe Photoshop

.


frame


Salam Korang...


Malam nie Wan nak ajar korang camne nak wat Frame untuk gambar menarik..Senang je..biasa nye frame gambar putih je kan..So kali nie nak wat warna warni lak...Law nak


Jom Tutorial..


Mula mula korang cari lah gambar yang korang nak guna taw..ape ape je..cari gambar kartun pun ok..Contoh yang Wan guna..


Carian Google


Law dah..cam biasa lah kan..Korang open Adobe Photoshop korang..


Lepas tu korang open lah gambar kartun yang korang nak guna..Lepas tu korang klik File>New
guna 480 x 54o or ekot kesesuaian korang...pastikan background transparents k..contoh cam gambar kat bawah tu.



Lepas tu korang klik kat petak kat bahagian tool tu..contoh cam gambar kat bawah nie..klik kat anak panah tu...Lepas tu korang wat lah bentuk petak kat gambar kartun korang tu...Contoh cam kat bawah k.



Selesai je wat petak kat gambar kartun tu..Korang tekan lak CTRL+X serentak untuk potong petak yang korang wat tu..Lepas tu korang klik lak kat New file yang korang wat mula mula tu and korang tekan lak CTRL+V serentak untuk paste kotak kartun korang tu. Contoh kat bawah



Lepas tu korang wat lak lagi petak kat gambar yang korang paste tu...Kali nie korang wat petak lebih kecil kat dalam gambar tu..Contoh cam kat bawah.


Lepas tu korang tekan lak CTRL+X untuk potong...So akan jadi cam kat bawah nie..


Dan selesai...Korang save dalam bentuk .PNG k..Tengok cam kat bawah nie.



Selesai...Law korang tak nak wat and nak guna Frame yang wan guna nie..korang klik je lip lap lip lap kat bawah nie..

Frame



Owh ye..Mungkin akan ade yang tanye..Untuk ape wat Frame nie..tak penting pun..Law korang nak taw..Tutorial nie untuk Wat satu lagi gambar yang lebih cantek..Tutorial wat gambar berkeping (gambar keluar dari frame).Tengok kat bawah.




So korang tunggu lah Tutorial nie k..



Papai.

Selamat mencuba Tutorial Frame gambar lebih menarik





.




Tolong...Kenapa Blog Wan jadi camnie..Minta tolong sesangat





.




Korang...Korang tengok tak blog Wan..Nape jadi camnie??korang View ade tak menatang yang cam kat dalam gambar atas tu??/


Tolong Wan..Wan tak nak benda tu....Nape Blog Wan jadi camtu???Lepas tu tajuk entri Wan lak berubah...Korang View Blog Wan ade tak tajuk jadi cam gambar kat bawah nie...




Tolong Tolong..Hope korang bleh kasi taw Wan...Wan minta sangat erjasama korang...Law korang ada cara n ak ato kan jadi cam biasa..Hope korang leh tolong...




Tetiba je Blog Wan jadi camnie....






.



Wan Memang Macam nie...



.




Salam korang...


So camne hari hari korang??? Wan penat skit + ngantok...entahlah sejak dua menjak nie wan slalu sangat ngantok ..Padahal Tido tu cam biase je... Hari nie adik boy wan Bo_ey deman n sakit gusi.(ulser + tumbuh gigi baru). Hope adeq cepat sihat.


Orang slalu tanya Wan .."Apa yang Wan dapat dari apa yang Wan wat??"...Kadang tu Wan pun tak taw nak jawab apa...Sekadar tersenyum je.. Mungkin ade yang fikir Wan nie berlagak..Sombong..Pilih kawan.. And nak sangat glamour.. Jauh benar disudut Hati Wan nak kejar populariti tu.. Wan memang lah tak setanding kengkawan kat sekeliling Wan.. Entahlah korang..Setiap ayat yang keluar dari mulut orang nie berbeza beza kan..?


Nak tanye kat korang..

Ade ke yang nak jadi cam Wan???





.



Wednesday, September 29, 2010

Tutorial wat gambar ala ala kulit novel_Adobe Photoshop







.



Ey_na (Gambar adeq Wan)


Salam Korang...

Nampak tak gambar kat atas tu?? Ok tak???ala ala kulit novel tak??? Korang nak wat tak??? Law nak..


Jum Tutorial


Mudah je..


Mula mula korang cari Background untuk gambar korang...Cari kat google image je...contoh cam Wan cari nie..


Carian Google

Lepas tu cam biasa lah..Korang open adobe korang and korang open lak gambar and background korang...


Lepas tu korang klik tool yang ada petak tu..tengok kat anak panah tu..Lepas tu korang klik kat gambar korang..And tekan CTRL+A serentak kat gambar korang lepas tu korang tekan lak CTRL+X untuk potong gambar korang..Dah tu korang klik lak kat background korang and korang tekan CTRL+V serentak untuk paste


Selasai tu...korang klik kanan and klik kat Free Transfroms so korang leh adjust gambar korang..ekot kesesuaian yang korang nak. Law dah korang klik lak kat anak panah cam kat bawah nie..Korang klik eraser tool k..



Lepas tu korang klik kanan lak..And korang akan tengok yang macam kat bawah nie..korang kene guna yang kabur kabur k..tengok cam yang Wan petakkan tu..lepas tu korang pilih lah yang mana yang korang nak guna..kat anak panah bawah nie korang leh adjust size brush korang.



Lepas tu korang padam kat bahagian tepi tepi gambar korang so gambar korang tak nampak petak sangat..hehehe..(sempat gak nak ketawa).Law dah korang akan dapat hasil cam kat bawah nie..


Korang nampak tak yang Wan petakkan kat dalam gambar atas tu...kat anak panah tu korang leh adjust opacity gambar korang..korang adjust ekot kesesuaian k..Lepas tu dah selesai..


Siap..



Tu je...


Selamat mencuba...





.




Tuesday, September 28, 2010

Ombak Rindu dari Novel ke Filem



.



Tempat penggambaran Ombak Rindu:

Alor Setar , Langkawi , Cameron Highlands



Pelakon Ombak Rindu:

Izzah - maya karin
Haris - aoron aziz
Mila amylia - lisa surihani






Sinopsis Ombak Rindu hasil karya novelis Fauziah Ashaari, Izzah, gadis yatim piatu yang kematian ibu dan ayah akibat kemalangan jalan raya. Justeru itu, ayah saudaranya, Taha, mengambil tugas memelihara Izzah. Isteri Taha cukup tidak senang dengan kehadiran Izzah dan menuduh Izzah membawa bala dalam keluarga mereka.



Pada masa sama, Pak Cik Taha banyak berhutang. Disebabkan kesempitan wang dia sanggup menjual Izzah kepada seorang tauke kelab malam. Izzah terpaksa mengikut kehendak ayah saudaranya walaupun hatinya meronta.



Di situlah dia berkenalan dengan seorang pelanggan bernama Hariz. Hariz sanggup 'membeli' Izzah dengan harga yang mahal dari tauke kelab itu dan mahu membawa dia keluar dari neraka jahanam itu.



Atas permintaan Izzah, akhirnya Hariz berkahwin dengan Izzah, tetapi dengan syarat semuanya mesti dirahsiakan.



Kehadiran Mila Amylia, anak Tan Sri Rashdan, model dan pelakon terkenal akhirnya menggugat kebahagiaan Izzah dan Hariz. Apakah mereka bermadu?






Sumber dari myMetro dan Ombak Rindu Facebook



.



Tutorial letak gambar banyak banyak dalam sekeping gambar_ Adobe Photoshop



.







Salam Korang..



Malam nie Wan nak wat Tutorial letak gambar banyak banyak dalam sekeping gambar.Macam yang kat atas tu . Nie request dari Kay Huliana



So Jom Tutorial..


Mula mula korang open Adobe korang..Cam biasa lah kan.. Tapi sebelum tu korang cari lah Background untuk gambar korang...cari je kat Google image...Contoh yang Wan guna tengok kat bawah.. Pastikan size gambar backgroud yang korang cari tu besar k...janganlah kecil..contoh..1+++ x 6++.

Carian Google


Ok step yang seterusnya lak..Law korang ada Photoscape ..Korang open Photoscape korang lak..Korang wat frame untuk gambar yang korang nak guna...Taw guna kan...Klik kat anak panah tu..Lepas tu klik lak kat anak panah yang ada petak tu..(Law tak de tak pe...Abaikan je)



Dah selesai wat kan semua gambar korang ada frame..Korang ke Adobe Photoshop korang lak. Open semua gambar yang korang dah wat frame tu and gambar Background korang tu..



lepas tu korang ke Tool klik petak yang macam kat bawah nie..



Bila dah klik kat situ..Korang ke gambar korang..And korang tekan CTRL+A lepas tu korang tekan lak CTRL+X untuk potong gambar korang..And Lepas tu korang klik lak Background korang and korang tekan lak CTRL+V untuk paste.




Lepas tu korang klik lagi kat petak tu..And korang klik kanan lepas tu klik lak Free Transform. And korang adjust lah size gambar korang...Lepas tu law korang nak wat gambar korang ala ala terbang melayang gitu..Korang klik balik petak cam kat atas tu..Lepas tu korang klik kanan lagi kat gambar korang tu and korang klik lak Distort



So korang leh adjust adjust lah gambar korang tu k. lepas tu korang klik lagi kat petak kat tool tu...And korang klik lagi kanan kat gambar korang...Kali nie lepas korang klik kanan korang klik lak Blending Options. So korang leh wat effect bayang guna nie.



Bila dah klik Blending Options tu korang akan tengok cam kat bawah nie..


Lepas tu korang klik kat Drop Shadow k. Ekot je cam kat bawah nie..


Lepas tu korang wat langkah langkah tu untuk gambar yang seterus nya..
Bila dah siap semua korang Save.




Siap



Selamat mencuba..





.