Assalamualaikum...
Salam semua adik adik , kakak kakak , abang abang , pak cik dan mak cik..Harap semua sihat dihari yang ceria nie..Lama dah kan Wan tak update Doodle Story nie..Doodle Story kali nie satu gambar je..Agak sibuk belakangan nie..Entri sebelum nie pun update cincai cincai je.. Owh ye..Korang dah tengok nie belum , "Sahabat rapat kita"..
Kembali ke tajuk utama..Kegagalan dan kejayaan yang kita miliki..Kadang kadang kita terlalu riak dengan kejayaan kita dan kekadang kita terlalu menyerah dengan kegagalan kita..Padahal kejayaan yang kita miliki hari nie ALLAH boleh tarik bila bila masa je dan kegagalan kita pada hari nie bukan ujian berat yang ALLAH turunkan tapi ujian yang setimpal dengan kekuatan korang..Jadi kenapa kita begitu??
Jujur, Wan sendiri sering kali ralat dengan kehidupan Wan..Kadang tu ingin saja menyerah tanpa usaha . Kadang jua Wan hanya menadah telapak tangan dan berdoa padahal Usaha Wan ketepikan 100% inginkan Magic dari ALLAH. Dan akhernya Wan kecewa dengan sikap sendiri..Mengapa dulu tidak berusaha? menyoal diri penuh penyesalan.. Dan bila hari hari baru datang silih berganti Wan mula sedar .Usia remaja yang Wan bazirkan dengan peraturan ciptaan manusia namun peraturan ALLAH Wan hanya kerjakan saat bila diperlukan...
“Apakah manusia mengira bahawa mereka akan dibiar untuk mengatakan: Kami telah beriman, sedang mereka belum diuji? “ (al-Ankabut : ayat 2-3)
Bila mana seseorang tu miliki kejayaan rasa angkuh mula terpapar dikaca kaca pesekitaran..Dan bila gagal kita mula menyalahkan takdir..Walau bagaimanapun, kepada segolongan daripada kita yang merasa berat tetapi terus juga melangkah, sesungguhnya perjalanan ini masih jauh dan kita tidak akan dapat memastikan penghujung kita. Tidak mengapa wahai saudaraku andai kata bilangan kita sedikit, wang kita sedikit, masa kita sempit, ilmu juga sedikit. Tidak mengapa. Kerana kita ada Allah swt bersama-sama kita. Dan apabila Allah swt bersama-sama kita, beerti seluruh alam bersama-sama kita. Yakinilah bahawa pertolongan Allah sangat besar dan pasti datang kepada hamba-hambaNya yang beriman dan beramal soleh. Apatah lagi apabila kita berusaha sedaya upaya, dengan segala nikmat kurniaanNya, untuk membisikkan Islam ke seluruh umat, Allah pasti memandang kita dengan redhoNya. Dan Allah pasti akan mendatangkan nikmat pertolongan dan kemenangan nanti, sehingga para du’at akan tersenyum kepuasan. Pasti! Insya ALLAH.
“ Yang bulat takkan datang bergolek,yang pipih takkan datang melayang.”
Betapa beratnya Amanah dari ALLAH yang kita pikul.Wan hanya mampu meyampaikan melalui penulisan dan karya seni.Insya ALLAH entri nie memberi sedikit motivasi dan membuatkan anda merasa kerdil di dunia ini..
Kegagalan hari Ini beerti pendorong,
namun kejayaan semalam
bukan beerti kemegahan,
oleh itu gantungkanlah cita citamu
setinggi tinggi bintang di langit,
dan rendahkanlah dirimu
serendah rendah rumput di bumi.
namun kejayaan semalam
bukan beerti kemegahan,
oleh itu gantungkanlah cita citamu
setinggi tinggi bintang di langit,
dan rendahkanlah dirimu
serendah rendah rumput di bumi.
Jika entri kali nie berguna..Like dan share..Sudilah kiranya klik donate Button bagi membantu kami..
Sudi lah kiranya klik link dibawah untuk memberi sumbangan kepada blog ini..Terima kasih sangat sangat
Sahabat.