Saturday, September 8, 2012

Kebetulan itulah Suratan ...

.




Assalamualaikum...

Subuh ini sewaktu bangkit,sekonyong konyong kelopak mata dibuka, hati berderum tak keruan,menjadikan nafasku sesak terbatuk batuk.Hah , beruntunglah aku dikejutkan dengan jeritan handphone yang telah ku kuncikan alarm nya sejak malam tadi seperti mengetahui aku akan tertidur mati tanpa sedar..Entah apa yang memenatkan tubuh ini.



 "Assalamualaikum warahmatullah..assalamualaikum warahmatullah.."


Aku menyempurnakan solat ku..Belum sempat lagi ku menadah kedua tangan meminta minta pada yang maha ESA..hati ku mula terusik .. Aku dipukul bertalu talu dengan soalan yang aku sendiri kurang pasti akan kebenarannya.. "Kebetulan atau suratan" ringkas ..soalan yang mampu menutup sekalian jiwa ku..


Dimana ,mengapa dan kenapa aku mula menyoal inginkan kepastian . Adakah aku disini jika dulu aku tidak sebegitu.. Bila mana sekalian jiwa hanya berlalu pergi meninggalkan masa tanpa mencongak kembali kelmarin .. adakah kebetulan kita saling kenal dan adakah suratan untuk kita berkenalan .. Dan bilamana aku merenung hayat perjalanan ku.. Masya ALLAH ... Berapa banyak perkara yang aku sangka lain namun berlaku seperti yang lain.. Beribu perkara yang aku sangka adalah Kebetulan .. Hari ini aku tahu ia bukan kebetulan dan kerana peristiwa itu lah aku berada disini ..Rupa nya itu lah yang bernama Suratan.




.





Friday, September 7, 2012

"KALAU" Tidak jua susah namun penat saban hari

.




Assalamualaikum ...


Salam Jumaat.. Ramai yang tak sabar sabar nak bertemu Jumaat kan apa tak nya esok nak Cuti dan ada jugak yang tak sabar sebab nak solat jumaat..Jumaat kan penghulu segala hari.. Aku pun sama walau dalam minda separa sedar takutkan jumaat.. sebab ape?sebab KIAMAT akan terjadi pada hari Jumaat..Tak meriau darah dengar?? Ah.Pentas kehidupan , dunia ini umpama syurga bagi yang tidak berfikir untuk akhirat... Tak pe tak pe.. Biarlah terasa ..  :)


Usai solat asar aku mencapai secawan nescafe yang tadi nya sudah terbancuh sebelum solat jumaat lagi..Sejuk ,tidak lagi panas.. Seteguk demi seteguk aku menghirup .. Sambil aku menerka apa yang bermain diminda . Sambil aku bermain dengan butang anak panah bulat di penjuru atas applikasi carian google "refresh page".


Terpetik rasa hati kali ini untuk melafazkan warkah tak bersuara diteratak usang yang semakin sarat menunggu roboh.Padahal berkali kali entri nie terbiar kosong.. Hendak diteruskan atau dibiar tersimpan didalam kotak yang bernama "Draft" .. KALAU difikirkan rasa tak berapa nak penting plak.. Ahhh.."KALAU" lagi.. sekadar hendak melepaskan tanggungjawab... ye lah kan "KALAU" ..


Kali nie baru ku tahu menjinak KEDEGILAN itu bagai mengopak balak dengan kapak.. Kadang hendak saja ditetak biar patah..Tapi sudah menjadi tugas untuk ku membentuk mereka terus ke arah kejayaan.. Bukan sekarang hasilnya yang pasti semua nya berbaki baki untuk masa hadapan.. Sayang kekadang KALAU itu selalu dijadi tunjang mengelak tugas..


Buluh itu hendak ku lenturkan terus risau pula akan patah dipertengahan.. biar kuning warnanya tua pasti tetap akan ku lentur jua .. Hendak ku lentur dari rebung tidak pula kesampaian.. Maka aku ambil jalan mudah melentur dengan penuh kesabaran ... Insya ALLAH pasti berhasil.. Aku percaya Jika niat itu kerna ALLAH pasti ALLAH memudahkan apa yang payah dimata hamba NYA..


Menjinak KEDEGILAN itu bagai mengopak balak dengan kapak, Tidak jua susah namun penat saban hari..


Entri ini dituju terus biar terpana tembus dimata hati sang pembaca... ah..kan kan "kalau"

Nak tahu sapa degil..tanya diri


.








Thursday, September 6, 2012

NUR ..Allah membimbing kepada cahaya-Nya siapa yang Dia kehendaki,

.



Malam ini , sujudku kian berlagu sendu, membuat sejadah berlecun air masinan mata walau sekuat hati ku cuba mengukir manisan diwajah. Tak tahu apa lagi yang mesti dipinta dari Si Maha Mengetahui yang tahu keberadaan ini. Terasa berbongkah-bongkah besi berdiri di atas bucu yang merodok bahu.Adakah hakikatnya hajatku tak punya cahaya lagi.. Gelap..


NUR ..


Allah membimbing kepada cahaya-Nya siapa yang Dia kehendaki,
-potongan ayat surah an nur


Hakikat. Yang kadang-kala sentiasa tidak diambil pusing oleh mereka yang selalu menadah tangan, meminta itu dan ini dari hadrat Nya. Sedangkan permintaan itu tidak dicermin dulu dengan kaca muhasabah. Begitu jua lah aku..


Bila mana Doa yang ALLAH tak makbulkan bukan bererti dia membenci . dan bukan jua bererti dia menganjakkan permintaan itu untuk kesekian hari nya.. ALLAH menguji hamba Nya dan memperlihatkan kekurangan diri.. dan memberikan ruang untuk kita berfikir kekurangan diri..


"Ya ALLAH lembutkan lah hati dia yang terlalu garang bagi ku" 

Walau makbulnya itu bersilang dengan pintaan, ikhtiar ini menjadi asbab.


Tanpa henti mulutnya menyumpah seranah diri ini.. Aku tetap sebegitu. Masih tenang dengan mata tertunduk ke lantai. Ugh. Mujur bahu yang ditunjal-tunjal. Kalau dahiku yang jadi mainan, entah mungkin tunggang terbalik meja di depan ni agaknya. (istighfar). Mengapalah aku ditempatkan sekelas dengan nya..errr..

Terasa sungguh bersyukur, dengan hadirnya sejuk di dada dikurnia Dia.


"bodoh"

"Gila"

"lembat"

"Tolol"

"Tak kuasa aku "


Sehinggalah satu saat aku terkesan mengapa Doa ku tidak termakbul.. Rupa nya dalam jiwa ku hampir hilang rasa "SABAR" .. YA ALLAH .. indah sungguh pengaturan Mu.. Baru ku sedar dahan kesabaran ku semakin rapuh..


Sesungguhnya, apa yang dipohon belum tentu terbaik buat diri. Dia selayak mengerti apa yang mampu dipikul tubuh. Tak perlu ku ulang lagi. Dia memang Maha Mengetahui.

Comelnya Janji ALLAH..





.



Wednesday, September 5, 2012

Tutorial : teknik rahsia JUTAWAN

.




Assalamualaikum...

Belakangan nie agak sibuk sikit..Blog pun tak ter update . Mana tak nya hari hari kene siapkan tempahan, naik turun kuliah dan sedikit waktu yang ada nak habiskan novel "Suami Aku Ustaz" Novel yang menarik Islamik romatik.. Jadi kesempatan nie Wan nak ajar korang macam mana nak jadi Jutawan , Bukan saja didunia Insya ALLAH bekalan itu kita bawak ke Akhirat.. Korang bukak je entri nie dengan niat yang baik baik Korang dah pun dapat pahala.. Comelkan ISLAM nie.. Nak belajar pun leh dapat PAHALA.. Sebahagian nikmat dunia kita dah kecapi..


Sebenarnya nie bukanlah teknik nak jadi Jutawan online duduk depan laptop dan boleh dapat beribu ribu income dan bukan jugaklah teknik downline. "Tanpa modal leh jadi jutawan" "modal hanya Rm50.00 pun boleh jadi jutawan".. Bukan yang tu yang wan nak kongsi .. Downline , Jutawan internet apa semua tu.. Terpulang kat korang nak percaya ke tak.. Cuma apa yang Wan nak tekankan kat sini Adalah teknik jutawan paling mudah dan paling payah.. "SEDEKAH dengan IKLHAS"


Bila kali terakhir kita pernah menderma/bersedekah/memberi .. Mungkin agak lama atau mungkin tak pernah..Pernah pun mungkin kita mengharap balasan atau mungkin sebab kita hendakkan sesuatu.. Kadang kadang niat kita nie terposong .. Wan tak nak lah ulas panjang pasal niat apa semua nie..rasanya korang semua pun dah tahu.. Apa yang kita buat , perlu redha dari Nya dari mana mana jalan sekalipun. "LiLlahi Ta`ala".


Pekara yang payah dalam hidup kita nie ialah memberi harta ketika susah.. Tapi Sedekah dengan senyuman pun boleh.. Kan kan.. Korang percaya tak ..Bersedekah nie umpama kita menanam pohon yang subur.. Suatu masa kita akan nikmati nikmat yang diberikan oleh pohon tu.. Kira macam berbakti pada tanah dapatlah hasilnya... Macam tu jugaklah bersedekah.. ALLAH tu maha kaya .. Kalau tak didunia kita jadi JUTAWAN di akhirat INSYA ALLAH.. Comelkan janji ALLAH..


Kadang apa yang kita lakukan kat dunia nie kita akan dapat balasan setimpal didunia malah dan mungkin akan dapat lebih dari apa yang kita ada.. Korang leh tengok je bangsa atau agama lain.. Bila mana agama atau bangsa lain suka menyumbangkan harta maka ALLAH berikan lagi kekayaan dengan dia... Supaya rezeki dia tak putus putus. ALLAH punya kuasa tak de sapa leh lawan.. Kunfayakun ... Apatah lagi kalau kita Hamba ALLAH yang berjalan dilandasan ISLAM..Lagikan banyak kelebihan yang kita dapat. tak kisah lah kalau korang nak bagi biru ke hijau ke merah ke.. Tak perlu fikir pasal politik kalau nak bersedekah dan tak perlulah fikir nak masuk majalah/surat khabar nak riak riak untuk bersedekah..


Skang nie apa yang kita ada..Selagi kudrat masih ada dan ada kesenangan sedikit memberilah,bersedekahlah..Rezeki, walaupun sedikit jika dikongsi kongsi itulah REZEKI YANG BERKAT.. Banyak sangat cara nak bersedekah.. dengan top up korang pun boleh.. hah.. bank in kat jabatan yang memerlukan pun boleh.Dunia dah moden.. Dalam kemodenan nie bergeraklah seiring dengan AGAMA ..Bukan memartabatkan kejahilan moden taw..

Tak pernah penat Wan nak kasi taw. "jaga solat , maka terjagalah kehidupan kita"


Cubalah bersedekah..rm 5 ke rm1 ke.. tak salah..nanti suatu masa dan Insya ALLAH korang akan termenung dan berfikir.. "Inikah nilai wang yang aku pernah sedekahkan dulu"...


Jadi.. Selamat beramal..


Nah Wan kongsi ayat nie kat korang lak.. Seseorang kongsi kat Wan..Wan kongsi kat korang lak..ehhee..

H: hanya
A: allah
C: cinta
K: ku
S: seorng

Haaaa.. Baru lah Allah akan bagi org yg cintakan dia utk kita. Hahah.




papai

Kalau sesapa nak kongsikan teknik JUTAWAN nie Dipersilakan..Semoga bermanfaat untuk kita..

Ingat ni taw..

"Comelkan Janji ALLAH"


.







Monday, September 3, 2012

hadiah..comel tak??

.



Assalamualaikum...

Camne hari korang.. Harap korang semua gembira.. Wan skang pun gembira .. hehhee..Alhamdullillah .. sapa sangka kan dari satu perkara terjadi nya satu perkara.. Hidup nie betul betul macam roda.. kadang kita didasar paling bawah dan kadang kita diatas awangan.. Disetiap pentas tu kita berserah terus dengan ALLAH.. Insya ALLAH kita berada dilandasan yang betul.. Bersyukur dan mengadulah hingga kejung dahi di sahabat kita sejadah..Allah itu maha mendengar..

Kat atas tu hadiah Wan.. comel tak teddy tu.. Wan sayang teddy tu dan wan suka novel tu.Terima kasih sangat sangat taw.. Wan kene rahsiakan identiti pemberi hadiah nie.. hehehe. Tak leh kongsi kat korang.. rahsia taw.. hehehe.. Owh ye nie hadiah sempena hari jadi Wan yang lama lagi dan lama lagi.. Nampaknya wan dah semakin dewasa belum tua lagi taw..ahahha... Terharu sangat..


Hidup kita nie macam macam dugaan. Umur tu bukanlah pengukur siapa penikmat garam yang lebih berusia.. yang mengukurnya ialah pengalaman ,persekitaran dan persahabatan.. walau sebesar mana pun angka umur kita jika kita tak pernah merasai erti kemiskinan maka nya kita bukan lah penikmat garam kemiskinan.. faham kan.. hehehe..


Sebut Nama Mu Terukir Merdu
Tertulis Dalam Sajadah Cinta
Tetapkan Pilihan Sebagai Teman
Kekal Abadi Hingga Akhir Zaman


Terima kasih sangat sangat..



.



Jika "satu saat" itu ku bisa lontar...

.




Assalamualaikum...


Semoga hari isnin korang adalah isnin yang bermakna.. Sepanjang kehidupan kita nie.. sudah beribu ribu nikmat yang kita kecapi dalam tak sedar, tapi kenapa kita asyik merungut akan nikmat yang belum kita kecapi.. Fitrah manusia sering kali lupa akan doa lalu.. sering kali khilaf akan kehidupan dan sering kali ralat mengatur langkah.. Dan tidak lah salah bagi kita meminta sesuatu yang kita belum ada tapi bersyukurlah dengan apa yang kita..Dan yang ada inilah harapan kita.. namun .. harapan itu pasti pergi..


Suatu masa dan kekadang kita pasti akan merasa dasar yang paling sedih dalam kehidupan.. Sesuatu yang tak pernah kita sangka .


Kali ini aku duduk keseorangan , terkebil kebil kelopak mata melihat sekeliling..entah apa yang hebatnya ..kadang hampir rapuh dahan kesabaranku.. sedang didada masih terpuruk rasa sayang untuk meninggalkan langkah disini . Kerana itu, aku cukup menghindar daripada berada di awan genawan kenangan, atau menyerempak dengan mereka yang berkait nostalgia lama (sahabat). Melainkan, saat aku sudah cukup tegar, cukup fikir yang ranum, cukup tenung yang dalam. Biar uban berebutan di kepala, atau rambut berkejaran cabut dari akarnya. Waktu itu aku pasti kan cukup kuat mengenang kesemuanya..





.