Saturday, April 13, 2013

Bagaimana Memahami Petunjuk Istikharah

.


Sumber :http://liyanahelmy.com/2012/06/28/bagaimana-memahami-petunjuk-istikharah/

Cara solat Isthikarah

Soalan yg agak popular di kalangan kita kan, macam mana nak tahu yg kita dapat petunjuk lepas istikharah? Macam mana nak tahu betul ke tak apa yang kita rasa, apa yg kita mimpi dan sebagainya? Macam mana nak rasa yakin dengan istikharah yg kita dah buat tu? Rasa tenang dgn pilihan tu ke macam mana?

Saya pun bukan la ustazah utk jawab soalan ni, tetapi sebab saya pun pernah bertanyakan soalan2 seperti di atas ni, saya pun merajinkan diri saya utk buat ‘research’ berkenaan topik ni. Baca artikel sana-sini, tanya orang itu, orang ini, tapi tiada jawapan yg betul2 pasti. Setelah bertahun2 mencari, merasa pengalaman begitu dan begini, baru la saya betul2 faham akan hakikat solat istikharah ni. Di sini saya kongsikan hasil pencarian saya tentang konsep dan ‘how istikharah works’.


KENAPA PERLU ISTIKHARAH?

Jawapannya senang je, untuk mendapatkan petunjuk dan barakah dari Allah dan keyakinan terhadap pilihan yg dibuat. Apa jua pilihan yg kita buat lepas tu insya Allah akan diiringi petunjuk dari Allah, dan dilimpahi keberkatan. Bahkan kita akan lebih yakin dgn pilihan kita, tanpa mengira apa yg berlaku selepas itu, sebab kita yakin bahawa kita di bawah pimpinan Allah.


ASAS ISTIKHARAH

Firstly, kena faham yang istikharah ni bukan bertujuan untuk tolong buatkan pilihan utk kita. Instead, istikharah bertindak sbg wasilah (‘bridge’) dan doa kepada Allah supaya memberikan kita petunjuk. Contohnya, bila nak makan, kita boleh baca bismillah je, tapi lebih sempurna lagi kalau kita baca doa makan. Sama la mcm istikharah. Kalau ikutkan, lepas solat fardu kita boleh doa minta Allah tunjukkan jalan utk kita, tunjukkan yg mana terbaik utk kita. Tapi kalau rajin lagi, kalau nak afdhal lagi, kita perform solat istikharah. Sbb solat istikharah ni mengkhususkan lagi hasrat kita nak minta petunjuk dari Allah tu. Dan solat istikharah ni pun memang dianjurkan oleh Rasulullah sendiri. Hadis tentang ni boleh rujuk di sini. Harapnya penerangan saya ni jelas la ye.

Acapkali kalau kita bertanya pada ustaz2 atau orang2 yg lebih tua tentang nak solat istikharah ni, orang tu akan sarankan kita buat solat hajat sekali. Tujuannya sama la, untuk minta petunjuk dari Allah. Cuma solat hajat tu bentuknya lebih general berbanding solat istikharah. Solat istikharah dibezakan daripada solat sunat yg lain dengan doa yang spesifik:
“Ya Allah, aku memohon petunjuk memilih yang baik dalam pengetahuanMu, aku mohon ditakdirkan yang baik dengan kudratMu, aku mengharapkan kurniaMu yang besar. Engkau Maha Kuasa dan aku adalah hambaMu yang dhaif. Engkau Maha Tahu dan aku adalah hambaMu yang jahil. Engkau Maha Mengetahui semua yang ghaib dan yang tersembunyi.
Ya Allah, jika hal ini (***) dalam pengetahuanMu adalah baik bagiku, baik pada agamaku, baik pada kehidupanku sekarang dan masa datang, takdirkanlah dan mudahkanlah bagiku kemudian berilah aku berkah daripadanya.
Tetapi jika dalam ilmuMu hal ini (***) akan membawa bencana bagiku dan bagi agamaku, membawa akibat dalam kehidupanku baik yang sekarang ataupun pada masa akan datang, jauhkanlah ia daripadaku dan jauhkanlah aku daripadanya. Semoga Engkau takdirkan aku pada yang baik, sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas setiap sesuatu.”
Nak baca dalam bahasa arab boleh, bahasa melayu pun boleh. Nak hafal doa ni kumat-kamit pun boleh atau nak guna ayat sendiri pun lagi bagus. Yang penting, kita faham isi doa tu. Dan waktu kita solat istikharah dan berdoa tu, kena la letak keyakinan yg tak berbelah bahagi pada Allah. Kalau minta petunjuk antara yakin dgn tak, rasa2 Allah nak bagi tak? Cuba renungkan hadith qudsi ni:

Dari Abu Hurairah ra., ia berkata :
Rasulullah saw bersabda :
“Sesungguhnya Allah berfirman : “Aku menurut dugaan hambaKu kepadaKu, dan Aku bersamanya apabila ia ingat kepadaKu.”"
(Hadits ditakhrij oleh Turmidzi).

Dalam hadith ni, Allah dah kata, kalau kita yakin pada Dia, Dia akan bersama kita, tapi kalau kita tak yakin pada Allah, Allah pun akan wat dek je la kat kita. Jadi, kalau kita berdoa dgn penuh keyakinan, insya Allah kita akan dapat petunjuk dariNya, tapi kalau kita sendiri tak yakin nak doa dgn Allah, hmm faham2 je la.


KEPENTINGAN ISTIKHARAH

Solat istikharah ni bukan sekadar kita tunggang tonggek bersolat je. Tapi ia simbolik pergantungan kita kepada Allah. Menunjukkan bahawa kita ni adalah hamba Allah yang lemah, yang sangat memerlukan pimpinanNya. Orang yang tidak yakin pada Allah tidak akan dapat merasa faedahnya menunaikan istikharah ni sebab dari awal pun dia dah tak yakin dengan Allah. Amat menghairankan kenapa manusia tak mahu yakin kepada Allah. Kita semua tahu yang Allah yang menciptakan kita, kan? Oleh itu, secara logiknya, bagi mereka2 yang berfikir, mesti akan terfikir, Allah yang menciptakan kita, so Allah knows us best. Lagipun kita memang dicipta mengikut kehendak Allah jugak kan. Allah ciptakan kita semua sebagaimana yang Dia nak. So, logik la kalau kita bergantung kepadaNya. Sbb dia yg Maha Mengetahui.


REALITI ISTIKHARAH

Bangunlah wahai saudaraku! Solat istikharah ni bukanlah solat yg dilakukan utk tolong buat pilihan utk kita, bukan lah solat yg malam ni kita buat, malam ni kita akan dapat petunjuk melalui mimpi. Oh tidak..ia bukan begitu. Bahkan kalau mimpi pun, entah2 mimpi dari syaitan, atau mungkin mimpi yang merupakan reaksi otak kita sbb kita banyak sgt fikir pasal nak buat pilihan tu. Dan solat istikharah ni juga bukanlah bermakna lepas solat tu, hati kita akan rasa tenang atau ‘inclined’ ke arah sesuatu pilihan tu.

Cuba kita renungkan bacaan doa istikharah di atas. Kita minta pada Allah selaku Yang Maha Mengetahui, supaya memberi kemudahan dalam urusan itu berkenaan sekiranya urusan/ pilihan itu yang terbaik utk kita dan berkatilah kita, tetapi jika urusan/pilihan itu tak baik utk kita, jauhkanlah ia dari kita dan berikanlah yg lebih baik. Di sini jelas menunjukkan bahawa, apa yang kita sepatutnya buat adalah, kita istikharah, kemudian kita sendiri yg pilih, mengikut pertimbangan akal fikiran kita setelah difikir masak2, setelah meneliti baik buruk sesuatu pilihan itu, dan setelah bertanyakan pendapat ibu bapa atau orang2 yang selayaknya. Setelah itu, kita bertawakkal dan terus berdoa supaya diberi petunjuk. Jika pilihan kita itu baik utk kita, insya Allah semuanya akan jadi mudah, bahkan lebih keberkatannya.  JADI MUDAH BUKAN MAKIN PAYAH..Jika pilihan kita itu tidak baik utk kita, Allah akan jauhkan ia dari kita, dan gantikan dgn sesuatu yg lebih baik utk kita. Either way, kita mendapat pimpinan dan keberkatan dari Allah. Itu yg penting, itu yg kita mahukan.

Ringkasnya, proses membuat sesuatu pilihan tu macam ni:
1) Lapangkan fikiran, tenangkan hati.
2) Kenalpasti isu dan pilihan yang ada.
3) Solat istikharah. Buat banyak kali pun takpe.
3) Fikir dgn teliti dan pertimbangkan sewajarnya.
3) Minta pendapat orang yg boleh dipercayai (musyawarah).
4) Buat pilihan.
5) Tawakkal dan terus berdoa.


Selepas kita membuat pilihan, apa yg berlaku seterusnya adalah proses kehidupan kita. Segalanya atas izin Allah jua. Kalau Allah izinkan, kita dapat la apa yg kita pilih tu. Kalau tak dapat, ada la tu sesuatu yg Allah nak kita pelajari dari situasi itu. Selebihnya atas kita nak mencorakkannya jadi sesuatu yang baik ke tak. Everything happens for a reason, and for those who ponder, they will learn something, but those who doesn’t ponder, learns nothing.Ingat ALLAH PERMUDAHKAN BUKAN MENYULITKAN.

Kadang2 kita dah berdoa bagai nak rak minta Allah bagi yg baik utk kita, tengok2 Allah bagi lain dari yg kita minta. Mungkin kita sedang diuji Allah, atau mungkin itulah caranya Allah nak bagi apa yg kita minta, iaitu yg terbaik utk kita. Yang penting kena sentiasa bersangka baik dgn Allah, dan renungkan pengajaran yg terselit di sebalik apa yg Allah bagi tu.


KESIMPULAN

Kita sendiri jugak la yg kena buat pilihan, dan lalui jalan yg kita dah pilih tu, kerana istikharah bukan bertujuan utk mempermudah hidup kita, tetapi hanyalah instrumen untuk menunjukkan pergantungan kita kepada Allah. Pilihan tetap di tangan kita. Perbezaan dgn decision making without performing istikharah? Petunjuk, barakah dan keyakinan. Itulah ertinya sebuah KEHIDUPAN.

Dan bila kita rasa terlampau berat nak lupakan atau dan buang semua tu..Itu mungkin satu petunjuk jugak .  Tanpa IZIN ALLAH semua pun tak jadi. kuat mana pun kita mengelak kalau semua tu dah tertulis ia tetap datang jugak..



Sumber :http://liyanahelmy.com/2012/06/28/bagaimana-memahami-petunjuk-istikharah/

Sumber rujukan:
http://www.hafizfirdaus.com/ebook/Solat%20sunat/15.htm
http://www.adamjuni.com/2011/09/solat-istikharah-tata-cara-dan-doa.html
http://lenggangkangkung-my.blogspot.com/2012/04/hadis-qudsi.html
http://www.islam2u.net/index.php?option=com_content&view=article&id=449:husnuzh-zhan-baik-sangka-kepada-allah-taala&catid=7:hadis-qudsi&Itemid=59
http://koleksihadisnabi.blogspot.com/p/hadis-al-qudsi.html
http://www.slideshare.net/Dr22s/quran-hadith-qudsi-hadith-nabi



cara solat sunat istikharah

 .


Umat Islam disuruh mengerjakan solat sunat Istikharah bagi menyelesaikan jalan buntu atau untuk membuat suatu pilihan atau keputusan dalam segala urusan kehidupan. Terdapat beberapa hadis Rasulullah SAW yang menggalakkan solat Istikharah. Di antaranya;

Rasulullah SAW bersabda:   
“Di antara kebahagiaan anak Adam ialah Solat Istikharah (minta pilih) daripada Allah Taala dalam segala urusannya dan di antaranya kecelakaan anak Adam ialah meninggalkan solat Istikharah daripada Allah pada segala urusannya.”

la boleh dikerjakan dua rakaat atau sehingga dua belas rakaat (enam salam). Waktunya siang atau malam. Sebaik-baiknya dikerjakan pada waktu sebelum tidur malam. Insya-Allah Tuhan akan menggerakkan hati anda dan memberi petunjuk untuk membuat sesuatu keputusan atau penentuan yang betul.


Cara Solat Istikharah

a.  Lafaz niatnya:
Daku solat sunat Istikharah dua rakaat kerana Allah Taala.

b.  Antara surah yang dianjurkan ulama ialah:

Rakaat pertama, bacalah Al-Kafirun (1 kali).
Rakaat ke-dua, dibacakan Al-Ikhlas (1 kali).
Atau;
Rakaat pertama, bacalah ayat Al-Kursi (7 kali).
Rakaat ke-dua, dibacakan Al-Ikhlas (11 kali).

c.  Dalam sujud akhir, baca tasbih berikut sebanyak 40 kali:


Maha Suci Dikau yang tiada ilmu bagi kami kecuali apa yang Dikau ajarkan (tunjukkan) kepada kami. Sesungguhnya Dikau Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana!

d.  Sebelum bangkit dari sujud, mohonlah kepada Allah SWT. dipertunjukkan jalan yang betul dalam membuat keputusan dan pilihan.

e.  Selesai memberi salam, bacalah selawat untuk dihadiahkan kepada Rasulullah SAW., para sahabat Baginda, para wali Allah dan seluruh umat Islam.

f.   Membaca doa solat sunat Istikharah:


g.  Ulangilah doa tersebut sebanyak 3 kali. Dalam berdoa sebaik-baiknya sebutkan permintaan yang ingin diberikan petunjuk oleh Allah SWT. misalnya: “Ya Allah! Jika Dikau mengetahui urusan ini..….. (sebutkan perkaranya).” 

h.  Serahkanlah sepenuh keyakinan kepada Allah SWT. sambil bermohon kepada-Nya agar diberikan petunjuk, sama ada didatangkan melalui mimpi, gerak hati atau dengan dipermudahkan urusan yang mana baik. Tidurlah dalam keadaan berwuduk dan berpakaian bersih.

i.  Lakukan solat Istikharah 3 atau 7 hari berturut-turut, mengikut kepentingannya. Insya-Allah akan diberi kecenderungan atau digerakkan hati untuk membuat sesuatu keputusan atau pilihan yang betul.


sumber :http://shafiqolbu.wordpress.com/solat-sunat/solat-sunat-istikharah/




.



Nikmat kenangan

 
 
Assalamualaikum...
Kekadang segala yang ingin aku lupakan berputar kembali dalam angan. Sejauh mana pun aku berjalan, Bertahun lama pun masa yang berlalu ingatan itu pasti wujud..Sering kali aku jadikan teratak ini sebagai penghapus rindu namun segala ruang yang ada mencampakkan aku lagi ke dalam cerun kenangan lampau...Pernah seketika dulu aku biarkan teratak ini bersawang.
Ramadhan tinggal beberapa  bulan saja lagi.Semakin hari semakin takut untuk ku melangkah. Walau sudah bertahun tahun Ramadhan ku kecapi , Detik janji itu tak pernah padam walau secebis zarah sekalipun..
 
Tanpa kusedari, dipipi mengalir air mata, menitis membasahi papan kekunci lappy ku. Aku terlampau cengeng ketika ini. Teresak esak nafasku. Hampir sahaja aku melarikan pandang dari teratak ini.
 
Beberapa bulan jua aku biarkan teratak aku ini bersawang, syukurlah ketika ini, teratak ini dipenuhi kembali dengan kunjungan kalian. Dan senyum ku mula terukir,entah nyata atau palsu. Entah bohong atau benar. Aku biarkan luaran menjadi penghakiman sifat ku. 
 
Andai diri ini hilang pertimbangan ingin saja ku gores besi tajam mencengkam pergelangan tanganku. Kenapa Tuhan beri ujian sebegini berat..??? Apa hikmahnya Ya ALLAH?.Mungkin aku bukan penikmat garam yang "TEGAR"..Rasa hati ingin saja dihempuk kelibat perasaan aneh yang terpampang dimaya fikiran..Tapi aku bukan sekeras tukul besi berkepala besar.Seketika aku hilang ketenangan, meronta ronta menyalahkan takdir seperti hilang Agama , hilang iman didada..
Andai hari ini aku bisa saja gerakkan setiap saat pasti akan ku undur setiap detik yang berlalu.Pasti saja aku hilangkan setiap pertemuan bersama nya agar aku tak merasa siksanya terseksa.Namun segalanya sudah tersirat dan tersurat . Hampir berpuluh kali aku draftkan entri ini menunggu untuk dipersembahkan. aku mengeluh, berkerut wajahku sebentar. Terhentak hentak rasa hatiku seperti mempunyai sepasang kaki. Keluhan aku berpanjangan namun tiada riak yang terhasil, kali ini aku biarkan suasana menyelami aku.
Bukan aku hendak menolak atau aku hendak mempersoalkan perancangan Allah..Tapi sukar untukku terima kenyataan..Hakikat yang hari ini bukan mimpi...Yang hari ini mesti diteruskan seperti biasa..Aku sering bertelagah dengan minda.."mengapa aku di uji sedemikan rupa". Satu persatu masalah mula timbul.Mungkin bagi kalian senang hendak memuntahkan kata dari mengalami..Atau aku  tak setabah karang dilautan..Sapa yang mengerti??
Tika dibuai rindu, emosiku menyentuh di dasar paling rendah yang pernah dicapai dalam hidup ini. Saat ini, aku seperti menjangka akan gagal buat sekelian kali, lebih-lebih lagi saat ini sahabat ku mula hilang seorang demi seorang. Benar aku tak mampu berdiri sendiri. Aku masih belajar mencari makna hidup mencari makna kesempurnaan hidup..Syukur aku tidak pernah lupa akan Nya. 
 
Kali ini aku duduk keseorangan , terkebil kebil kelopak mata melihat sekeliling..entah apa yang hebatnya aku ..Jauh disudut kasih …kadang hampir rapuh dahan kesabaranku… sedang didada masih terpuruk rasa sayang untuk meninggalkan langkah disini . Kerana itu, aku cukup menghindar daripada berada di awan genawan kenangan, atau menyerempak dengan mereka yang berkait nostalgia lama . Melainkan, saat aku sudah cukup tegar, cukup fikir yang ranum, cukup tenung yang dalam. Biar uban berebutan di kepala, atau rambut berkejaran cabut dari akarnya. Waktu itu aku pasti kan cukup kuat mengenang kesemuanya..... 

Tabahkan lah hamba Mu ini Ya Allah..Biarlah aku mampu tersenyum seperti masa yang sudah sudah..Tapi janganlah Kau hapuskan kenangan ku.....

Dalam hidup ini,
kau banyak mengajar aku erti kehidupan.
Ajar aku erti kesabaran,ketabahan,kejujuran,keiklhasan, dan kesetian.
Disini kisah,
Ada kisah yang terpisah,Ada rindu yang tak sudah,Dan kekecewaan yang kian bertambah,
Ku ukir madah gembira sebagai helah, 
Disebaliknya aku bukan itu, 
Tidak mengerti, 
Tidak mengetahui, 
Dan tidak memahami, 
Maknanya aku menipu selama ini, 
Kata ku, Aku gembira, Namun realiti nya bukan seperti yang ku kata, 
Maaf atas segala... 
Yang pasti itulah aku, Insan tak setabah dirimu.


 
 
.




Sunday, April 7, 2013

Karya cinta si jurutera

.


Assalamualaikum...


Ku dongak dada langit subuh ini, berjuta bintang bersinar namun tiada cahaya rembulan. Pantasnya malam berlalu , menggantikan terus bintang yang terbenam. Saban hari aku meniti kehidupan dengan penuh pembohongan, mungkin senyumku tak semanis madu, atau lebih pahit dari hempedu.

Subuh ini jua, aku berasa begitu asing. Benar benar lain. Aku menjumpai diriku yang sebegitu tegar. Lebih kuat. Lebih yakin. Penuh pengharapan terlalu berharap. Akan tetapi diriku masih didakapi kinayah. Adakah diri yang seperti ini yang kucari?. Kurasakan setiap biosis yang kutemui sering kali manipulatif. Ya, jasad dan jiwa yang masih berubah ubah. Sebelum ini pun , setiap biosis yang ku temui merupakan juzuk juzuk reformasi.


Cinta yang tumbuh ialah cinta yang tertolak dari duniawi, Kira nya aku semakin kenal cinta pada MU YA ALLAH. tidaklah bermaksud aku sudah tawar terhadap cinta duniawi. Malas? Acuh pun tidak. Kemalasan ku punya objektif tersendiri. Kerna aku tetap setia untuk bakal suri ku..

Ini satu ujian bagiku. Rasa rindu dan rasa cinta. Aku hampir hilang arah, tewas, tewas tipis... Hancur! Belum hancur... Hampir hancur! Syukur, separa hancur itulah rekahan dan retakan yang memberikan aku erti cinta yang selama ini kugenggam..Tidak tidak belum pernah retak!!!. Aku mencintamu, dahan cinta ku tak mungkin akan rapuh. Kasih sayang ku terhadapmu sentiasa ku semat.


Kekadang, aku meletakkan diriku dalam setiap kondisi. Aku dirimu dan aku diriku. 'Ying Yang' dalam diriku, ku bawa bersama biar rasa seimbang. Biar ada rasa takut kehilangan dan biar ada rasa kau kan tetap jadi milik ku.


Andai kata arus tak kesampaian . . . Nyata tak terlihat. Lantas, siapa yang menduga? Aku bertanya? Apa beza antara ujian dan hikmahnya? Berjauhan. semakin mencari cinta semakin rindu pada mu. Pilunya, bodohnya aku. Wasilah sempit tapi yang benar itu rata rata telah diabaikan.


Hmm... Ada suatu cas yang menarik aku . Aku tahu, anion namanya. Aku tidak terfikir anion bercita cita menjadikan kationku berubah, total mengikutnya (sumpah,aku masih MENCINTAI akan dirimu). Anion mahu kation diseimbangi bagi meneutralkan aku dan dia, tanpa perlu perintang mahupun penyah arus. Ada pro dan kontra... Sesekali aku cuba berkehendak suatu arus sahaja, malangnya, litar hanya membenarkan aku berulang alik. Litar juga mahu aku memiliki pergerakan bersiri. Yakni, bergerak dalam suatu ketetapan. Aku menyakinkan diri. Setiap biosis dibekalkan banyak pilihan. Pilihan haruslah bertunjangkan kebijaksanaan, intuisi halus...dalam redha-Nya.


Mengapa perlu pilih arus songsang? Ada rasionalnya, mengapa pula yang selari itu? Bagaimana pula dengan memilih arus bersiri itu? Masing masing punya tamsilannya. Cuma, mungkin bakal dirobek oleh golongan yang berfikir. Dan nyata aku memilih kedua dua nya.



Aku biarkan diriku termenung. Membawa ku ke alam kenangan... Ketika aku lemah, tak berdaya, dirimu meniupkan kembali semangatku yang kadang kadang luluh. Dirimu merawat segala kandunganku. Dirimu juga mengajak aku berserah diri dan bertafakur kepada-Nya. Tatkala mereka mencemuh dan memijak mijak maruahku. Dirimu muncul bersama infra yang memulihkan keyakinanku. Terdiam tak bererti hilang. kata kata mu menjadi semangat hidup ku.


Kejayaan itu kan jadi milik kita bersama.


Aku telah memilihmu menjadi pemilik separuh hidupku
maka aku pun telah bersiap menghadapi segala apa yang ada pada dirimu.
setiap lebih atau kurangmu..
Sebelum aku akan menikahimu aku telah menyedari bahawa kamu tidak akan selamanya nampak cantik di hadapanku.
Suatu saat wajahmu akan kusam atau terlihat lelah karena mengurus pekerjaan rumah tangga.
Mungkin engkau akan penat karena seharian memasak di dapur.
Mungkin pula engkau tidak sempat berdandan menyambutku pulang karena kesibukanmu mengurus anak-anak kita
dan pekerjaan rumah.
Aku tahu bahwa kamu bukanlah Khadijah yang begitu bijaksana.
Kamu bukan pula Aisyah yang begitu sabar.
Dan bukan pula Fatimah.
Kamu hanyalah wanita biasa yang mencuba menjadikan mereka sebagai tauladan.

Begitu jua aku.. Aku hanyalah lelaki biasa yang suatu saat engkau akan melihatku marah dan semakin tua.
Suatu saat engkau akan melihat begitu banyak kekurangan diriku.
Tapi satu hal yang aku harapkan darimu.
Tetaplah setia padaku..
Jika suatu saat engkau menemui aku berbuat kesalahan, maka maafkanlah aku.
Aku ingin kita saling percaya dan saling mencintai hingga ke syurga ke hujung hayat kita.

Salam rindu dariku Wan Hazel...




.