Saturday, June 1, 2013

Nak sangat jadi macam saidina Ali





Assalamualaikum



Malam tu sebelum tidur,
Baca pasal sahabat sahabat Nabi.
Ada satu bab tu cerita pasal Ali.
Cinta Ali dipendamkan di dalam hati
Yang tidak diceritakan kepada sesiapa tentang perasaan hatinya

Sebelum Fatimah dilamar Ali,
Beberapa sahabat terdekat Nabi dah pun berjumpa Nabi.

”Allah mengujiku rupanya” begitu batin Ali berbicara.

Comel je bila Ali datang melamar dan Nabi tersenyum.
Memberi balasan dengan kata penuh makna.
SubhanaAllah.
Seronoknyaaaaa lah kan.

Sebelum mata dah nak tertutup sempat berangan lagi.
Macam mana kalau nanti nanti
Masa tu persiapan dunia dan akhirat semua dah ok.
Masa tu nak melamar orang yang kita sayang , cinta dan rindu.
Agak agak kena tolak tak? hahaha

Kadang teringin jugak nak buat macam tu.
Jumpa terus kawen. hahaha

Cinta tak pernah meminta untuk menanti.
Ia mempersilakan.
Atau mengambil kesempatan.
Yang pertama adalah pengorbanan.
Yang kedua adalah keberanian.

Nak sangat jadi macam saidina Ali...


Tapi entahlah kan..
masa hadapan kita nie penuh dengan kejutan ALLAH

banyak benda yang kita kena fikir ..

erm...


.




Sunday, May 26, 2013

Jangan berhenti berdoa ...

.




Assalamualaikum...

ALLAH... bintang bintang telah menjelma, mata manusia terlena sudah, ketika semua pintu telah tertutup, tatkala unggas malam sahut-menyahut, dan inilah aku...inilah aku, duduk di hadapan-Mu, mengadu cintaku yang selalu terganggu... mengintai kasih di perdu rindu...Tahjud pada MU..

Malam tadi jiwaku lesu, hati beku , fikiran pula kaku .. semua terasa basi . Malas malas .. aku teruskan langkah untuk menunaikan tahjud..Usai memberi salam aku teragak agak untuk berdoa , Angkuh benar rasanya diriku.. Padahal aku tahu ALLAH itu MAHA MENGETAHUI . Sehinggakan aku terfikir kenapa pula aku perlu lagi untuk meminta minta tidak cukup lagi kah ... Mudah bukan syaitan nak hasut kita dalam perkara yang kita fikir betul.. Jika diikutkan pasti saja syaitan melonjak lonjak gembira . .

YA ALLAH ..aku mohon pada MU jangan pula KAU rampas hidayah untuk aku berdoa pada MU .


Pernah tak kalian rasa dah putus asa dan penat nak berdoa . ??

:)

Dalam hidup ni, kita cuma akan ada rasa gembira bila kita rasa Allah ada dalam hati kita. Untuk langkah pertama. Bila bila rasa penat rasa malas rasa letih, jangan merungut. Jangan cakap benda benda yang negatif. Tapi diam.ambil nafas dalam dalam. Kemudian gantikan semua rungutan tu dengan selawat dan istighfar. Sebab. Pada tiap rungutan, Allah cabut satu keberkatan. Dan pada tiap selawat dan istighfar, Allah datangkan keampunan kebaikan dan kekuatan. Bila kita banyak merungut, kita akan rasa makin cepat penat. Maka sampai bila bila pun kita takkan dapat belajar untuk rasa bersyukur dan rasa kuat. Insha ALLAH, semua akan faham bila dah rasa nanti.



Hujan rahmat saat ini bagai mengalir ngalir meminta diperhatikan .Hujan itu kiriman rindu ku pada mu.. :)

Hey.
Aku juga mahu mencintaimu kerana Allah.
:)


.