Saturday, June 11, 2011

Doodle tanye nie..Kenapa ye???

.


Salam korang...

Camne hari nie??best tak??Wan.. mesti lah best koz esok Last paper Final Wan..lepas tu terus cuti...Isnin depan Wan kene siapkan Tempahan yang tertangguh..berlambak lak tempahan yang Wan kene siapkan..Terima kasih koz setia menunggu..And faham situasi Wan..Study kan lebih penting..


Kali nie nak update apa lak??Wan tak de idea lah..Entah entah masa menulis nie nanti ada lak idea menulis tu datang..Kita go on je k..Owh ye.Masa Wan blogwalking , Wan bukan je Blogwalking Wan pun ada baca entri kat blog korang..tengok tengok Blog korang..Ada blog Comel ada Blog simple dan ada Blog yang sarat dengan Gambar and gadget..ada lak blog yang pasang lagu..Lagu rancak..lagu sedih ..Music sayu music emo..Macam macam je..Kekadang hampir terjatuh jantung nie dengar muzik rancak sangat kat blog tu..(perkara yang blogger tak suka)..Tak nak lah sentuh hal Blogger nie..Sendiri taw lah kan.hehehe..Law tegur salah..Tak tegur lak camne erk??bek diam je lah.


"Sekarang ni gua tak kira lu abang long ka lu ayahanda ka. KL ni wa pegang"

Nampak tak Doodle Wan kat atas tu???Comel??apa korang nak??Nak ke??nak ke??Wan bagi korang ambek pun korang tak hargai..Wan hairan lah dengan sikap sesetengah manusia nie..Masa nak minta tolong tu bukan main lagi..tapi bila dah dapat pertolongan tu semua ..Haram satu patah Terima kasih pun tak dapat..Bukan nak cakap ape..Seronok ke jadi BLOGGER??...


Owh , nak Doodle tu sangat sangat ke??ok ok..Korang ambek lah..Wan bagi free..Tak minta pape pun dari korang..Ambek je k..ehhehe...Wan nak simpan pun tak de hasil..So better kita berkongsi..Apa yang ada tu kita kongsikanlah..selagi bende yang dikongsi tu tak melanggar hukum Syarak je..Betul tak??Dan Wan seronok bila apa yang Wan kongsikan dalam blog nie..Korang guna kat blog korang..Seronok tak terhingga..Terima Kasih ye.






Ya Allah ya Tuhanku

sesungguhnya aku memohon kepada Mu ilmu yang bermanfaat

amalan yang diterima dan razeki yang baik




Ya Allah ya Tuhanku

sesungguhnya aku berlindung dengan Mu dari ilmu yang tidak bermanfaat

hati yang tidak khusyuk

doa yang tidak di makhbul dan amalan yang tidak diterima.


O
wh ye..Kenapa kat side Blog korang tak de lak Wan tengok Doa doa harian ke Doa makan ke..Doa minum ke..Doa belajar ke??Doa dapat rezeki lebih ke??yang paling banyak..I LOVE U HUBBY..I LOVE U much much..Gambar kapel kapel..Korang mesti suka tengok kan..Tapi korang tak terfikir ke law orang lebih dewasa tengok???Hmm..Renungkan lah sendiri k..Law dah kahwin tak pe lah....Yep Wan taw tu Blog korang...Wat lah ekot suka korang k..Wan tak kata bende tu salah kan..??Ada tak Wan kata bende tu Salah?(walaupun ada yang salah dari segi agama)Wan cuma tanya je..Korang jawab k..

Tak salah law letak Doa kat Blog korang kan..Leh lah tiap hari korang baca..tak kira lah bahasa apa pun..Sekurang kurang nya kita berdoa..Ingat semua Doa boleh merubah semua nya..


K lah korang..


Seharusnya kita sama sama nasihat menasihati bukan keji mengkeji..

Sayang korang semua..


Papai

.






Tutorial wat tudung dan baju Doodle bercorak_adobe Photoshop

.


Salam korang...


Kali nie Wan nak wat Tutorial wat tudung dan baju Doodle bercorak..Senang je taw..Owh ye..sebelum tu..Leh tak korang VOTE untuk Wan.Vote kalau nak je k...tengok tarikh dulu..Law tarikh masih belum melimpasi 31 Oktober 2011 ..Korang leh klik Button VOTE kat bawah nie k..Law dah limpas so tak yah klik..Makne nye..Pertandingan tu dah berakhir..Law korang nak join pertandingan tu korang klik nie.Blog kreatif tajaan Kerajaan negeri Selangor.





Ok tanpa melengahkan masa lagi..

Jom Tutorial..


Wan anggap korang dah reti untuk wat Doodle korang..Stroke dan Wrap doodle korang tu..Law masih tak taw..Tengok Tutorial nie Tutorial Doodle dan mewarna Doodle.Kali nie kita tak mewarna tudung or baju Doodle tapi kita wat corak lak pada tudung dan baju Doodle..




Mula mula korang cari gambar corak yang korang nak guna..Google je image comel comel..Law Wan ..Wan cari image Polka Dot..Dah cari dan dapat image yang korang nak..Save je k..



Dah selesai Save tu..Korang bukak lah Adobe Photoshop yang korang wat Doodle tu..Macam yang kat atas tu..Law dah..Korang open lak gambar yang korang dah cari dekat Google tadi..Macam kat gambar bawah nie.



Dah open gambar corak korang tu??law dah..Kita mulakan operasi pindah gambar ke ruangan file Doodle korang lak..


C
ara nya senang je..korang klik pada gambar corak korang..Lepas tu korang tekan serentak CTRL dan C pada keyboard korang..Untuk copy..Dan lepas tu korang klik lak pada file Doodle korang..Dan tekan serentak lak CTRL dan V untuk paste.Nanti korang akan dapat hasil macam kat atas tu..Law da korang kene pindahkan layer corak korang tu ke layer paling bawah..Korang tarik je layer tu ke bawah sekali..Nanti korang akan dapat hasil macam kat bawah nie.



G
ambar corak korang tu akan ke belakang.Dapat tak hasil macam kat atas tu??Law dapat..kita teruskan ke step yang seterusnya...Korang klik lak Tool segiempat macam kat dalam gambar bawah nie..


D
an law dah klik..Korang klik kanan lak pada file Doodle korang tu..nanti korang akan dapat pop up macam kat bawah nie..Korang klik lah Free Transform k.Macam kat bawah nie.



D
ah tu..Korang akan dapat hasil macam kat bawah nie..Korang adjust lah size Corak korang tu k..


Rasa rasa macam dah ok..Korang klik lak tanda betul kat atas Adobe korang tu..macam kat bawah nie.


Selesai tu..Korang klik lak Tool eraser korang..Macam kat bawah nie..



D
an lepas tu korang padamkan ruangan yang diluar Stroke Doodle korang tu..Macam kat gambar bawah nie..



K
orang padam lah dengan hati hati..Biar lambat asal kemas..hehehe..Dan sebegitulah jugak untuk Corak baju Doodle..


Dan selesai..


K
orang nak Doodle nie..Leh je..Korang leh ambil k..Wan kasi kat korang je..Ambek ambek..cepat cepat..eheheh..


Percuma je nie..


K lah korang...

Papai


.



Friday, June 10, 2011

Vote Wan untuk pertandingan Blog kreatif tajaan Kerajaan negeri Selangor

.




Salam Korang..


Kali nie Wan nak share mengenai pertandingan yang ditawarkan oleh kerajaan negeri Selangor nie..Khas untuk Blogger..Sesapa nak join sila lah...Sapa taw kan nasib sorang sorang.."Tuah ayam nampak dikaki..Tuah manusia siapa yang tahu??"Ok tunggu apa lagi korang join lah k..Sila rujuk entri ini jika punya sebarang kemusykilan RM16,300 untuk pertandingan blog kreatif.



Wan dah sertai pun pertandingan nie..malam semalam Wan sertai..Korang leh tengok kat gambar atas tu..nampak tak macam Blog Wan tu??dan diharap dengan kerjasama korang..Korang leh Vote untuk Wan..klik icon VOTE dibawah nie k..





Walaupun Wan Tawar hati dengan kontes berunsur VOTING .Tapi penilaian Blog nie bukan berdasarkan Undian yang banyak tapi berdasarkan tema dan sayarat yang ditetapkan..Rujuk lagi entri RM16,300 untuk pertandingan blog kreatif.


So diharap semua VOTE lah untuk Wan..mari berkempen..ehehhe..Orang memberi kita merasa..hehehe...


Papai korang

Terima kasih sekali lagi kerna tidak jemu jemu menyokong perjuangan Wan dalam dunia penulisan ini..



Terima Kasih


.



RM16,300 untuk pertandingan blog kreatif

.




----------------------100% Sumber dari HarakahDaily

SHAH ALAM, 7 Jun: Kerajaan Negeri Selangor terus mempelbagaikan promosi konsep negeri itu yang terkenal dengan Negeri Idaman; Maju, Sejahtera dan Berkebajikan, kali ini dengan menganjurkan Pertandingan Blog Kreatif yang menawarkan hadiah lumayan.

Dengan kerjasama penuh Fakulti Industri Teknologi Maklumat, Universiti Industri Selangor (Unisel), Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan negeri, Dr Hajah Halimah Ali melancarkan pertandingan itu petang tadi.



Hadiah lumayan yang ditawarkan untuk keseluruhan kategori berjumlah RM16,300 dan hadiah iringan yang lain.

Dr Halimah berkata, dengan adanya pertandingan yang terbuka kepada tiga kategori pelajar sekolah, penuntut institut pendidikan tinggi dan umum, diharapkan dapat mencapai banyak manfaat berkaitan dengannya.

(Gambar: Exco Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan Selangor, Dr Hajah Halimah Ali melancarkan Pertandingan Blog Kreatif, petang tadi)


Katanya, bermula hari ini hingga 31 Oktober 2011, pertandingan itu dibuka kepada warganegara Malaysia mengemukakan penyertaan mereka mengikut syarat-syarat tertentu.

“Objektif pertandingan untuk menggalakkan penggunaan internet secara positif oleh pelajar-pelajar sekolah dan IPT, memberikan ruang seluasnya untuk semua lapisan rakyat khususnya golongan muda berbicara dan meluahkan pendapat serta impian mereka dalam pembikinan Selangor sebagai sebuah Negeri Idaman.

Selain itu, jelasnya, ia bertujuan menyediakan ruang perbincangan maya untuk membangunkan Selangor agar idea terbaik boleh dicetus, dikembang serta dikongsi bersama dalam perbincangan konstruktif.

“Pertandingan ini juga bertujuan membentuk masyarakat berilmu dan gemar menulis kerana kemahiran ini merupakan elemen utama di dalam pembentukan masyarakat cintakan ilmu.

“Lebih dari itu, pertandingan ini juga menyediakan ruang luas kepada masyarakat menyatakan bagaimana bentuk Negeri Selangor Impian yang mereka inginkan agar dapat diberi perhatian oleh pimpinan di peringkat kerajaan negeri,” tegasnya.

Untuk info awal, Kategori Pelajar Sekolah Menengah terbuka semua pelajar sekolah di seluruh Malaysia yang berumur antara 13 hingga 17 tahun.

Manakala semua pelajar institusi pengajian tinggi di seluruh Malaysia yang berumur antara 18 hingga 25 tahun boleh menyertainya dan kategori umum pula terbuka kepada seluruh warganegara Malaysia.

Penyertaan adalah secara individu yang hanya boleh mendaftarkan satu laman blog sahaja dengan menggunakan sama ada Bahasa Malaysia atau Bahasa Inggeris.

Peserta bebas menggunakan sebarang aplikasi, tool atau perisian untuk membina blog masing-masing.

Kandungan blog mestilah asli dan jika diambil daripada sumber lain, perlu dinyatakan sumber tersebut dengan jelas.

Kandungan yang diambil sepenuhnya daripada sumber lain tanpa kredit kepada sumber asli akan dikira batal.

Kriteria penilaian blog melibatkan kreativiti termasuk penggunaan teks dan elemen multimedia yang mampu menarik perhatian, kadar maklumat yang diposkan pada blog dan bilangan pelawat yang melawat blog.

Maklumat lanjut pertandingan boleh didapati di www.selangor.idamanku.com


----------------------100% Sumber dari HarakahDaily


.



Thursday, June 9, 2011

Kipas

.


Salam Korang...


Kali nie saje je nak wat entri dengan tajuk yang pendek tu "KIPAS" ..Nak tengok reaksi orang ramai..Ada tak yang nak klik tajuk "KIPAS".Hahaha..Ada tak ada tak??law ade mesti korang baca entri nie kan..Dan korang mesti komen entri nie..Cepat komen..Nak wat survey..Sapa sapa yang baca or tengok Doodle Wan kat atas tu sila komen...Korang komen pendek je..tak pe..Korang tulis.."kamek sayang kipas juak".Eceh dan macam kontes lak...


Ingat lagi tak korang??Masa dulu dulu ..Masa korang masih kecik kecik..Ada tak korang nyanyi nyanyi depan kipas..Nak wat suara alun alun lah kan..hehehe..Best betul masa tu..eh eh...jangan korang nak test lak.Hujan lak nanti..ahahha..Law nak test..jom sama sama nyanyi depan kipas..1 2 3..


Selain dari tu..Kipas nie pun banyak kegunaan nya..Leh sejukkan Maggie yang panas..Kopi yang panas pun leh..Law baju sekolah tak kering pun kita leh letak depan kipas untuk keringkan..Kasut???erm..Kasut tak dapat lah..Korang letak je kasut korang belakang peti sejuk k..Kompem esok kering..hehehe.

Skang Wan nak sediakan Tutorial nak On Kipas..


Mula mula korang ambik kipas korang...Ada tak korang tengok yang macam ekor tu..kat hujung ekor dia tu ade macam tiga kaki..Korang cucuk je ekor tu kat tempat karen korang..Macam dalam gambar kat bawah nie..


Carian google


Lepas tu korang tekan yang ada nombor kat kipas tu..Ada 1 ada 2 ada 3.Korang tekan lah mana mana nombor kat situ..So dah pasang...Tutorial nie hanya boleh digunakan untuk pengguna KIPAS bernombor saja..hehehe

k lah korang..


Papai.


.



Wednesday, June 8, 2011

Mun jak kita tok semua sama..

.



Entri 100% ditulis dalam bahasa Sarawak

Salam tak orang...
awal madah tajuk sik da kaitan


Pa kaba tek???Hope tak orang sihat lah..Kamek sihat juak..Cuma asa panas jak badan tok..Sik tauk lah kenak..May be mbak berujan li..Cuaca nektok jap ujan jap panas..Lemah jak asa...Mun demam tok alu sik fokus lah ngan Final..Duak paper gik tinggal..Hope sik da pa pa lah oo..Molah entri tok sambil mek mam Belacan goreng lam piring tok..nang nyaman lah ..


S
engaja jak mek nyelit gambar katon atas ya..Mun tak orang sik pat baca..Klik jak gambar ya pakey nyuh nya besar kit..Nulis lam bahasa Sarawak tok pun bab dah sik da idea nak nulis pa gik..Mun becerita lam bahasa Malaysia lain jak feel nya lak..Gik pun banyak sidak Semenanjung suka ngan Bahasa kita , dak nya orang suka juak maca nya..So pa lah salah nya mek martabatkan Bahasa kita nak??


D
olok masa mula mula nemu binatang nak nama laptop tok..Slalu jak naip cam miak kecik..Slow slow nyarik huruf kat keyboard tok.Miak kecik laju gik naip li.And paling slalu lah huruf pandey ilang tiba tiba..Abis alu rambut guguk kotan nya ngaruk palak.Ya dolok..Nektok dah ok sikit..Sik da gik dah huruf ilang..Semua dah da..Bagus dah laptop nektok..


K
adang kadang hidup tok sik pernah kita nak tauk pa penghujungnya..And kita sik tauk sapa kawan and sapa lawan..Ada yang eksyen jak nanyak kaba..Tapi dalam hati nya sapa tauk..mena ka sik nya nak nanyak kaba kita ya??Ada ka nya peduli??Mun orang slalu madah berkawan ya biarlah sampey beribu ribu..Bagi kamek..Kamek sik pat nak nyarik kawan yang banyak gilak..Kawan rapat nang susah mok mek carik..Biar rasa CINTA kita ya banyak..Cinta bukan setakat Satu jak..Cinta pada Allah..Cinta pada Nabi..Cinta juak pada keluarga..Cinta juak sesama umat..Camnie kita nak madah CINTA biar satu??Banyak benda yang kita salah polah..P kita polah sik tauk jak.Walaupun benda ya nang sik betul and sik patut..Fitrah apa yang ngajar kita kedak ya..???


Esok dah 09.06.2011..Sebulan dah pemergian Arwah kawan rapat mek..Arwah NurFazillah..Susah juak nak madah yang kamek tok dapat trimak hakikat nya dah pergi..Bila bukak jak Facebook nya asa macam nya masih ada jak..Ya lah orang madah ..Kawan rapat tok susah di tukar ganti..Bertaun taun berkawan dari kecik tapi sekelip mata jak nya pergi..Al Fatihah wat arwah..


K lah tak orang...Setakat tok jak eh..Lak mun da masa gik ..umur panjang mek post gik lam bahasa Sarawak...



Papai.



.



Tutorial Wrap Stroke object_Adobe Photoshop cs5

.




S
alam Korang...


Kali nie Wan nak selesaikan masalah beberapa orang blogger yang tak leh nak Wrapkan stroke dia orang..Bagi pengguna Adobe Photoshop CS5..Sebenarnya tu bukan masalah..Cuma Penggunaan Cs3 dan Cs5 ada perbezaan sikit..So kali nie Wan tunjukkan cara menyelesaikan masalah Stroke korang yang tak leh nak Wrap tu..Senang je..

So Jom Tutorial

Lepas korang Wat Stroke tu..Wat Stroke tak taw??ok tengok link nie..

http://wanhazel.blogspot.com/2011/05/tutorial-stroke-line-adobe-photoshop.html

Dan lepas tu..Bila korang nak Wrapkan mesti tak leh kan...Macam dalam Tutorial nie..

http://wanhazel.blogspot.com/2011/06/tutorial-wrap-untuk-doodle-dan-lain.html

Sebab tempat nak klik Wrap tu tak leh klik..macam dalam gambar kat bawah nie..



Cara nak selesaikan masalah nie..Korang kene Convert dulu Stroke korang tu...Convert to Smart Object..Korang tengok Tuto nie k..Lepas korang Watkan Stroke..Korang Convert lah Stroke korang tu..Convert Stroke koramg tu je taw..Satu Stoke je..Satu layer..Tuto bawah nie.

http://wanhazel.blogspot.com/2011/06/tutorial-convert-to-smart-objectadobe.html



Ok bila dah Convert korang dapat tak macam kat bawah nie???Layer korang ade tanda tu.


Dan lepas tu..Korang dah leh lah Wrapkan Stroke korang nie...

http://wanhazel.blogspot.com/2011/06/tutorial-wrap-untuk-doodle-dan-lain.html




So selesai..

Selamat mencuba


.



Tuesday, June 7, 2011

Tapak Iklan untuk disewa

.




Salam korang...

Kali nie Wan nak sewa tapak kat blog Wan nie untuk disewa lak..Size banner 125 x 125..Rm15 sebulan..Wan letakkan paling atas dibawah iklan Nuffnang..Sebab Nuffnang adalah penyewa tetap blog Wan.


C
ara pembayaran Bank In ke Acc Wan..RHB..Wan akan pasang iklan law pembayaran dah dilakukan dan telah masuk ke Bank Wan..Dan Wan akan siarkan iklan selama Sebulan/30hari tu lah..Habis sebulan Wan akan hilangkan banner iklan dari blog Wan ..Dan akan diteruskan sekiranya korang membuat pembayaran seterusnya..Leh sewa selama beberapa bulan sekali gus..




L
eh sewa tapak iklan dengan memhubungi Wan melalui email..Wan_scremohazel@yahoo.com atau PM/Inbox Wan di FB..Wan Hazel



.



Sunday, June 5, 2011

Tutorial Doodle dan mewarna Doodle_Adobe Photoshop

.

Salam korang...


Kali nie Wan nak wat Tutorial Doodle dan mewarna Doodle cara Wan Hazel..Mungkin banyak lagi cara nak wat doodle nie..masing masing ada cara sendiri..Ada yang memang dah terer melukis..Lukis lepas tu scan dan edit.Ada yang guna tablet.Law Wan,Wan cuma guna jari je..guna touchpad.bagi Wan lagi mudah dari guna mouse...


Hope korang dah baca Tutorial Wan yang sebelum nie..Dan tutorial sebelum nie penting untuk wat Doodle nie..Nanti Wan berikan link ke Tutorial berkenaan..Sebelum kita mulakan pembelajaran kita..Sebaik baiknya bacalah Doa bagi memudahkan penerimaan Tutorial Wan nie.Tak taw nak baca Doa apa..Wan dah sediakan Doa di sudut kiri Blog Wan(Dalam pada kita megah dengan pemodenan.. Wan tak pernah lupa akan Nya).Ingat Try and error salah satu cara untuk menjadi yang terbaik..Faham dan baca satu persatu k.


So Jom Tutorial..




Wan dah kasi taw..Tutorial sebelum nie banyak gunanya untuk wat Doodle nie..dan sengaja Wan pecahkan kepada beberapa Tutorial agar korang leh blaja satu Tutorial ke Satu Tutorial..Untuk Wat bentuk seperti diatas korang jenguk Tutorial nie..

http://wanhazel.blogspot.com/2011/05/tutorial-stroke-line-adobe-photoshop.html

Wan banyak gunakan Tool Bulat.Untuk wat Stroke



Dan untuk membentuk lak korang jenguk lak Tutorial nie..

http://wanhazel.blogspot.com/2011/06/tutorial-wrap-untuk-doodle-dan-lain.html


Dan pastikan setiap Stroke yang korang wat tu..Korang menggunakan setiap layer yang berlainan..Jenguk lak Tutorial kat bawah nie.


http://wanhazel.blogspot.com/2011/05/tutorial-new-layeradobe-photoshop.html


Dan bentuklah Stroke mengikut kretiviti korang..Semua kat atas tu korang balaja perlahan lahan k..Jangan gopoh gopoh..Tak de final exam untuk study nie..hehehe..




Yang dekat atas tu adalah gambar yang mempunyai dua Stroke dan dua Layer..So setiap Stroke yang Wan hasilkan adalah berasingan..Mengapa Wan hasilkan secara Berasingan???Sebab kita leh Remove atau padam bahagian yang kita tak nak..Korang klik kat Eraser Tool korang dan padam lah pada Stroke yang korang nak buang..Macam kat atas tu Stroke pada Layer 1 menggangu kawasan layer 2..So Wan akan padam Stroke pada Layer 1 tu..Nanti akan jadi macam kat bawah nie..




Nampakkan..Bahagian tak berguna pada Layer 1 Wan dah padam ..Dan korang Wat lah yang selebihnya untuk bahagian Doodle korang..Ekot kretiviti korang..Dan sekali lagi Wan nak ingatkan..Pastikan setiap Stroke korang adalah layer yang berlainan..Satu layer satu Stroke.



Bila dah selesai wat semua bahagian Doodle korang dengan langkah langkah kat atas tu..Korang try and error je k..Dah siap..Wan akan ajar korang camne nak wat Mata Doodle korang lak..Simple je..Guna Brush je..Korang klik Tool Brush korang..Pada anak panah no 1 tu..Dan pada anak panah no 2 tu lak korang klik dan korang ubahlah warna mata yang korang nak guna..Dan yang ketiga korang klik je kat muka Doodle korang..Pastikan wat new layer lagi..Law mata cam tak ok..Korang leh remove.Dan law korang nak ubah size brush korang lak..Korang klik kanan pada Doodle korang dan nanti akan kua lah Pop up macam kat bawah nie..



Dan korang pilih lah size Brush korang..Langkah seterusnya lak nak watkan anak mata Doodle korang berkaca kaca..Langkah yang sama tapi guna warna yang lain dan Size brush yang kecil..macam gambar kat bawah nie..



Bila korang dah selesai semua Stroke dah lengkap Doodle korang..Korang convert semua layer ke smart object..Korang tengok Tutorial nie lak..

http://wanhazel.blogspot.com/2011/06/tutorial-convert-to-smart-objectadobe.html



Dan nanti jadilah macam kat atas tu..Layer korang satu je lagi..Selesai semua tu..Kita akan teruskan lak dengan langkah untuk mewarna Doodle korang..Korang kene wat New layer gak..Nanti akan dapat lah hasil macma kat bawah nie..Korang dah wat new layer kan.Dan korang kene pindahkan layer korang tu ke bahagian bawah..Klik pada layer dan tarik ke bawah k.

Link

Law korang dah tarik layer korang ke bawah..Korang akan dapat hasil macam kat bawah nie.


Dah selesai tu..Korang pilih lah brush Tool korang dan warna yang korang nak guna..


Bila selesai je pilih warna.. dah ok..Korang warnalah bahgian Doodle korang..Wan lak akan warnakan bahagian muka Doodle Wan nie..macam kat bawah nie..Dan pastikan korang mewarna tak terkeluar dari garisan..


Kemas je kan law kita wat perlahan lahan..Macam mane lak law mewarna tu terlebih garisan??



Jangan risau taw..Sebab tu lah pentingnya New layer tu..Korang klik je Eraser tool korang dan korang padam lah bahgian yang terkeluar tu..


Dan lepas tu korang teruskan dengan proses mewarna korang..Dan pastikan setiap kali nak mewarna korang mesti wat new layer..Dan layer korang tu letaklah paling bawah macam langkah yang dekat atas tu..Dan teruskan lah mewarna dengan berhati hati.


Selesai semua tu mesti korang akan dapat hasil yang comel..


Dan selesai lah korang men Doodle...bagi yang mula mula wat tu..tak semua akan dapat hasil Doodle yang menarik..Dan setiap kali kita mencuba kita akan dapat hasilkan sesuatu yang terbaik..Jangan merengek dan jangan banyak melenting..Tak usaha maka takde lah hasilnya..




Selamat mencuba..Doodle nie sapa nak ??? ehe..korang semua leh ambil..

Wan hadiahkan kepada semua yang tak jemu jemu datang ke teratak usang Wan nie..

Terima kasih.


Kamek sayang kitak..


.



Blogger Mata lebam mengadap laptop..

.



Salam korang...

Camne kesihatan mata korang???OK tak???atau dah macam panda ??hehehe.Mesti yang cuti cuti sekolah tu mengadap depan laptop je kan..Ambek kesempatan tak de klaz....Mengadap laptop dari pagi sampailah pagi lagi pun tahan kan..hehehe..Wan selepas 12 haribulan nie baru Wan cuti..Bab 12 nie Wan last paper untuk final exam..Korang dah masuk klaz balik ..Wan lak baru nak cuti...Pelik je kan Wan nie..hahaha


Law korang tanya Wan..Camne mata Wan..Wan akan jawab..Biase biase je..hehehhe..ok lah..Setakat nie masih cukup tido ...Wan tetap leh bahagikan masa..Walaupun kerja banyak dengan mengadap laptop nie..Exam lagi..Study tak pernah lupa..Dua tiga soalan try jawab pun dah kira study gak kan..Teknik belajar yang baik..Jangan paksa diri blaja..Blaja lah dengan senyuman..Baru ilmu masuk tol tak??


K lah korang..


Papai

Wan update pendek je...
Nantikan next Tutorial Wan..

Tutorial wat Doodle dan mewarna Doodle
(sebelum tu harap korang dah baca semua Tuto yang sebelum sebelum nie..nanti senang lah korang nak faham)


http://wanhazel.blogspot.com/2011/05/tutorial-new-layeradobe-photoshop.html
http://wanhazel.blogspot.com/2011/05/tutorial-stroke-line-adobe-photoshop.html
http://wanhazel.blogspot.com/2011/06/tutorial-wrap-untuk-doodle-dan-lain.html
http://wanhazel.blogspot.com/2011/06/tutorial-convert-to-smart-objectadobe.html



.