Saturday, February 8, 2014

Resepi bahagia itu mudah

.



 Assalamualaikum

Kalau ditanya dekat sapa sapa pun
Ramai yang akan bagi jawapan yang biasa

"Carilah orang yang menyayangi kita lebih dari kita menyayangi dia "

Bagi Wan..
Memang betul tapi janganlah pulak bila orang sayang
Kita pulak melebih lebih menyusahkan
Dan ambil kesempatan
Namun
Ada ke yang memilih macam tu
Kalau tak sayang sungguh sungguh mahu tak nya ditinggalkan terus
Hahaha

Mana ada yang sempurna didunia nie
Tapi tu bukan bermakna kita tak boleh menyempurnakan dia dengan kelebihan kita
Mungkin dia ada kekurangan disudut lain namun pasti ada jua kelebihan pada sudut lain

Resepi bahagia itu mudah
Jika kita letak cinta kita kepada ALLAH
Maka ALLAH akan kirimkan cinta NYA buat kita
Jika kita menginginkan seseorang
yang terbaik dalam pandangan NYA
Maka
Kita sendiri pun harus menjadi seseorang
yang terbaik pula dalam pandangan NYA
Mudah ..

Bagi Wan
Tak perlulah mencari mereka yang mengutamakan cinta manusia
Dari cinta dia kepada ALLAH
Jika dia mencintai kerana rupa
Rupa boleh hilang bersama usia
Tapi
Jika dia mencintai kita bersebabkan ALLAH
ALLAH akan kekal selama lama nya

erm..
Hahaha..
Kalau berborak pasal cinta nie
Ramai pulak akan kata
Dah datang seru
Percepatkanlah membina masjid
Hahaha ...

Owh ye
Bagi Wan
Carilah yang beragama
Bahagianya didunia dan membawa ke syurga


Dan carilah kebahagiaan di akhirat
serta jangan lupakan nikmat dunia dan berbuat baiklah kepada orang lain
sebagaimana ALLAH berbuat baik kepadamu
dan janganlah kamu berbuat kerosakan
sesungguhnya ALLAH tidak menyukai orang-orang yang berbuat kerosakan ...
Surah Al-Qashash:77





.



Pehin Sri melepaskan Jawatan CM pada 28.2.2014 dan akan dilantik menjadi TYT Sarawak

.



Selepas 33 tahun memegang jawatan CM.Pehin Sri confirm melepaskan Jawatan CM pada 28.2.2014 dan akan dilantik menjadi TYT Sarawak




Tan Sri Adenan Satem - Antara yg disebut-sebut bakal menerajui Sarawak 



Apa pendapat kitak orang dengan berita tok ?
Harap yang baru dapat menjaga sarawak dan anak anak sarawak dengan adil dan sebaik baik pemimpin.


Mungkin lambat namun Sarawak semakin maju

Semoga PBB selepas ini tidak membawa pengaruh politik luar ke sarawak .
Insya ALLAH



.




Lensa kehidupan

.



Assalamualaikum

Kelmarin baru sempat nak bermanja dengan sony
Lama sungguh dslr tu terperap dalam drybox
Sebenarnya takde model nak shoot
Sebab tu jarang guna
Hahaha.. alasan je sebenarnya
Apalah sangat model
Patung pun boleh

 ::

Kita menyangka
Hidup itu adalah seperti menanti hujan teduh
Atau berlalunya guruh
Kita pun terlupa
Menari di dalam hujan juga adalah hidup
Hadapilah guruh dan hujan
Supaya kita tahu nikmatnya basah
Hadapilah dugaan
Supaya kita tahu nikmatnya susah




.





Friday, February 7, 2014

Tangan seorang guru di Sabah dipotong angkara memulas telinga anak murid? adalah tidak benar

.


https://fbcdn-sphotos-d-a.akamaihd.net/hphotos-ak-prn2/t1/s403x403/1621923_458712754257774_1843604113_n.jpg


Jika anda menerima info yg berikut, ia adalah tidak benar.

'Seorang guru di sebuah sekolah di tambunan putus pergelangan tangan di libas dengan parang oleh bapa seorang pelajar. Gara2 guru tersebut menarik telinga pelajar tersebut...."



 Kejadian sebenar nya adalah :



https://fbcdn-sphotos-c-a.akamaihd.net/hphotos-ak-ash3/t1/1653684_458596364269413_1943454966_n.jpg


KOTA SAMARAHAN: Ibarat ‘senjata makan tuan,’ seorang lelaki putus pergelangan tangan kiri selepas terkena parangnya sendiri ketika mengamuk di sebuah rumah di Sadong Jaya, dekat sini lewat petang kelmarin.

Dalam kejadian itu, mangsa, 27, bersama seorang rakannya pergi ke rumah terbabit di Kampung Pelanduk Laut, sekitar jam 6.30 petang.

Difahamkan, mangsa dan rakannya yang bersenjatakan parang mengamuk di rumah berkenaan, namun berjaya dihalang oleh tuan rumah serta memujuk kedua-dua mereka untuk menyerahkan parang kepadanya.

“Dua lelaki itu berjaya dihalang dan parang yang digunakan juga telah dirampas.

“Tetapi semasa kedua-dua mereka dibawa keluar dari rumah, tuan rumah tadi bertindak melibas parang yang dirampas ke arah mangsa menyebabkan pergelangan tangan kirinya putus ketika cuba mengelak,” kata sumber.

Ekoran kecederaannya, mangsa dikejarkan ke hospital berdekatan sebelum dirujuk ke Hospital Umum Sarawak (HUS) untuk rawatan lanjut.

Laporan polis berhubung kejadian juga telah dibuat oleh kedua-dua pihak.
Ketua Polis Daerah Kota Samarahan DSP Lee Chong Chern semasa dihubungi mengesahkan ada menerima laporan berhubung kejadian.

“Kita ada menerima laporan berhubung kejadian dan mangsa yang parah juga telah dikejarkan ke HUS untuk rawatan segera,” katanya.

Menurutnya, kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 326 dan Seksyen 506 Kanun Keseksaan.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 326 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan menggunakan senjata.
Manakala mangsa dan rakannya pula disiasat di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana melakukan ugutan jenayah,” jelas Lee.

sumber : utusan borneo





.



Jodoh dan rezeki itu tak pernah tersalah alamat

.



Assalamualaikum ...


Subuh pagi nie seperti biasa
sejuknya hingga ke tulang terasa
cerahnya nanti pasti panas pula

mungkin mudah kalau kalau sesapa yang berkata
sabarlah sabarlah
Sabar itu payah
namun sedikit mudah berbanding redha

Kelmarin berlalu lagi
hari ini muncul mungkin seperti hari yang sebelumnya
namun siapa mahu hari yang sentiasa sama
tanpa jadi lebih baik dari semalam

Bohonglah saya kalau saya kata
sayan sentiasa berfikiran positif dan letak setiap yang berlaku punya hikmahnya
apa yang jadi yang belum terjadi
memang benar punya hikmahnya
namun menerima dengan redha itu payah

Dalam hidup
ada beberapa perkara yang ALLAH lambatkan
ALLAH tunda untuk diberi disyurga
dan ALLAH percepatkan
semuanya dengan izin ALLAH
ALLAH yang maha mengetahui
yakin degan ALLAH


ye ...
kadang saya cemburu dengan sahabat saya
sudah punya kerja
sudah berumah tangga
lebih lebih lagi ada yang sudah menimang cahaya mata

semuanya ada hikmah
saya perlu yakin
saya perlu letak keyakinan pada ALLAH
yang ALLAH telah rancang sesuatu untuk diberikan pada saya

Dan saya amat yakin
Jodoh dan rezeki itu tak pernah tersalah alamat




.



Wednesday, February 5, 2014

Facebook lookback . tengoklah kalau nak tahu..

.








Assalamualaikum..

Mungkin wan baru jumpa video macam nie kat dalam facebook
Jadi agak kuno lah sikit dan nak share dengan korang
Kalau korang nak tengok untuk facebook korang..
Korang klik link kat bawah nie k
Dan pastikan korang dah sign in facebook korang.

https://www.facebook.com/lookback


Selamat menonton..
Kat dalam video tu akan dipaparkan post pertama korang
Gambar korang yang banyak like
Yang kengkawan korang share
tengoklah kalau nak tahu.. ehehe





.






Monday, February 3, 2014

personal coaching : doodle | Adobe photoshop

.


Assalamualaikum ..

Hari minggu tadi Wan mengajar dua orang cikgu mendoodle
Yang berlansung di perpustakaan kompleks Islam
Kuching sarawak

Biasa nya Wan beri ceramah dan kurus dibawah belia dan sukan dan beberapa company kecil
Tapi kali nie.
Tanpa pihak tengah Wan diminta untuk mengajar sendiri
Lebih mudah untuk faham
erm erm 
sesapa yang nak bayar Wan untuk wat kursus asas adobe photoshop
Sekitar kuching dan samarahan
leh PM facebook k
personal coaching : dalam 3 hingga 5 orang
https://www.facebook.com/wan.hazel







Percaya atau tidak
Cikgu yang selalu bebel kat kita sebab tak faham
Mereka juga lambat nak faham .. hahaha


Ok
Tu je untuk hari nie.
Rindu nak update blog

Ya Allah ya Tuhanku
Sesungguhnya aku memohon kepada Mu ilmu yang bermanfaat
Amalan yang diterima dan razeki yang baik

Ya Allah ya Tuhanku
Sesungguhnya aku berlindung dengan Mu dari ilmu yang tidak bermanfaat
Hati yang tidak khusyuk doa yang tidak di makhbul dan amalan yang tidak diterima




.






Pengguna CIMB bank nombor acc anda telah ditukar secara automatik.. sila ambil perhatian

.







Please be advised that all our banking services with the exception of credit cards will be temporarily unavailable from 11.45 pm, Friday, 31 January 2014 to 6.00 am, Monday, 3 February 2014.

Following the upgrade, effective Monday, 3 February 2014, all existing CIMB Malaysia Deposits and Loans/Financing accounts will be assigned new account numbers. Your new account number will be made available to you from 3 February 2014 onwards. Just visit our branches, log in to CIMB Clicks or call our customer care hotline at 1300 880 900.





I know my old account number, how can I find out what the matching new account

number is?
There are 3 ways you can do this after
3 February 2014
, which are:
i. Visit any CIMB Branch for assistance;
ii. Log into CIMB Clicks or BizChannel@CIMB;
iii. Call our customer care hotline at
1300 880 900
.
Please note that for security reasons, the Bank will not send any email, call or SMS you to
solicit sensitive information. If you do receive such requests, please call us at
1300 880 900
or
+603 2295 6100
if you are overseas. Alternatively, email us at
callcentre@cimb.com


Ataupun korang boleh cek bagi di ATM mesin dan tengok acc no. korang.
Cash out duit nanti ada resit..so tengok kat situ k
Bagi semua pengguna CIMB yang buat bisnes melalui CIMB sila pastikan anda tahu no baru  acc bank anda



.