Wednesday, October 2, 2013

aku hampir keneraka





Assalamualaikum.

Hanya 15 minit lagi sebelum masuk waktu Solat Isyak.
Aku segera mengambil wudhu dan melaksanakan Solat Maghrib.
Lambat
Tapi pada anggapanku asalkan aku bersolat.
Aku mula membaca doa dan mula bersujud dan kekal seperti itu buat sementara waktu.
Aku telah bekerja sepanjang hari dan aku berasa letih
Sangat letih.

Aku tiba tiba terbangun kerana terdengar bunyi bising
Dan jeritan manusia
Aku memandang sekeliling
Aku berpeluh semahu mahunya

Aku memandang sekeliling sekali lagi kerana tidak percaya.
Ianya sangat sesak
Setiap tempat yang aku pandang telah dipenuhi dengan orang ramai Beberapa berdiri kaku melihat sekeliling
Ada yang berjalan mundar mandir dan ada yang berlutut dengan tangan
Mereka menutup wajah mereka hanya menunggu seperti dalam ketakutan
Aku ketakutan dan berasa bimbang kerana akhirnya
Aku sedar di mana aku berada

Jatungku hampir pecah kerana debaran yang sangat kuat

Ianya adalah hari kiamat!

Sewaktu aku masih hidup
Aku telah mendengar banyak perkara mengenai persoalan pada hari kiamat
Tetapi pada anggapanku lama lagi kiamat itu akan berlaku

Mungkinkah ini hanyalah permainan dan imaginasiku sendiri?

Tidak! Melihat keadaan sekeliling ianya kelihatan sangat benar!

Soal siasat itu sedang berlaku!

Aku mula bergerak menyusup di antara orang ramai
Dan mencari di antara orang ramai untuk bertanya jika namaku telah dipanggil

Tiada siapa yang boleh menjawab
Tiada siapa yang mengendahkanku
Semuanya sibuk dengan urusan mereka sendiri

Tiba tiba nama ku dipanggil dan orang ramai berpecah kepada dua barisan dan membuat satu laluan untuk ku

Dua malaikat memegang tanganku dan membawaku ke hadapan
Aku berjalan dengan lemah dan pasrah melalui orang ramai

Para malaikat membawaku ke tengah kawasan
Dan meninggalkan ku di sana
Kepalaku tunduk dan seluruh hidupku sedang ditayangkan di hadapan mataku seperti sebuah filem

Aku membuka mataku tetapi apa yang mampu dilakukan
Hanyalah melihat duniaku yang dipamerkan
Orang ramai semua tidak menghiraukanku

Di dalam filem hidupku
Aku melihat beberapa babak
Aku melihat bapaku berjalan dari satu rumah kebajikan
Ke rumah yang lain
Membelanjakan hartanya di jalan Islam

Ibuku mengikut dan membantu orang ramai di rumah kebajikan tersebut
Dan satu meja sedang disusunkan makanan manakala yang lain sedang dibersihkan

Aku mengaku

"Saya juga sentiasa di atas jalan ini
Saya membantu orang lain
Saya menyebarkan perkataan ALLAH
Saya melakukannya
Saya berpuasa pada bulan Ramadhan
Apa yang ALLAH perintahkan untuk lakukan
Saya lakukan
Apa sahaja yang ALLAH larang
Saya tidak lakukan "

Aku mula menangis dan berfikir tentang betapa aku mengasihi ALLAH
Aku tahu bahawa apa yang aku telah lakukan dalam kehidupanku
Akan menjadi kurang bermakna daripada apa yang ALLAH redha
Dan perlindungan ALLAH sahaja yang aku mohon kini
Aku berpeluh seperti tidak pernah berpeluh sebelum ini
Dan bergegar seluruh tubuhku ketakutan

Mataku tetap pada skala timbangan
Menunggu keputusan muktamad

Akhirnya
Keputusan dibuat

Kedua dua malaikat dengan helaian kertas di tangan
Berpaling kepada orang ramai
Kakiku berasa sangat lemah
Aku memejamkan mataku kerana mereka mula membaca nama nama Orang orang yang dihukum memasuki neraka

Namaku disebut sebagai orang yang pertama
Aku jatuh melutut dan aku menjerit menyatakan ianya salah

"Bagaimana saya boleh pergi ke neraka?
Saya berkhidmat membantu orang lain sepanjang hidup saya
Saya menyebarkan perkataan ALLAH kepada orang lain"

Mataku menjadi kabur dan tapak tanganku berpeluh
Kedua dua malaikat menghampiriku dan memegang tanganku
Kakiku diseret
Mereka pergi melalui orang ramai
Dan menuju ke arah api yang menjulang julang daripada neraka jahanam

Aku menjerit dan tertanya tanya
Jika ada mana mana orang yang akan membantuku
Aku menjerit semua kebaikan yang telah aku lakukan
Bagaimana aku telah membantu bapaku
Puasaku, solatku, al-Quran yang dibacaku,
Aku bertanya jika seorang pun daripada mereka akan membantuku

Para malaikat terus mengheret ku
Semakin hampir dengan neraka jahanam

Aku menoleh ke belakang dan ini rayuan terakhir
Aku teringat

Tidak!
Rasulullah SAW pernah berkata

"Bagaimana bersih seseorang yang mandi di sungai
Lima kali sehari dari kotoran
Begitu juga bersihnya orang yang melaksanakan
Solat lima kali seharian daripada dosa dosa mereka"

Aku mula menjerit,

"Solat saya?
Solat saya?
Doa saya?"

Kedua dua malaikat tidak berhenti
Dan kami datang ke tepi jurang neraka
Api neraka yang membahang telah membakar mukaku

Aku menoleh ke belakang sekali lagi
Tetapi mataku telah kering dari sebarang harapan
Dan aku tidak punyai apa yang tinggal di dalam diriku

Malaikat menolak ku masuk ke neraka jahanam
Aku mendapati diriku terawang di udara
Dan sedang jatuh ke arah api

Aku hanya jatuh lima atau enam kaki
Apabila tiba tiba tanganku diraih oleh satu lengan
Dan ditarik kembali ke atas
Aku mengangkat kepalaku dan melihat
Seorang lelaki tua dengan janggut putih yang panjang

Aku menyapu debu di tubuhku sendiri dan bertanya kepadanya

"Siapakah anda?"

Orang tua itu menjawab,

"Saya solat anda"

"Mengapa kamu begitu lewat!
Saya hampir terjatuh ke dalam neraka!
Anda menyelamatkan saya pada saat saat terakhir sebelum saya jatuh"

Orang tua itu tersenyum dan menggeleng gelengkan kepalanya,

"Anda sentiasa laksanakan saya pada saat saat akhir
Adakah anda lupa?"

Pada ketika itu
Aku terjaga dan mengangkat kepalaku dari sujud

Aku berada di dalam kebasahan akibat peluh
Aku mendengar suara suara yang datang dari luar
Aku mendengar azan untuk menandakan masuknya waktu Solat Isyak

Aku bangun dengan cepat dan pergi untuk memperbaharui wudhu
Aku berjanji tidak akan melengahkan solat lagi
Aku sedar kesalahanku kini



.