Saturday, January 11, 2014

20 Freebies doodle korea muslimah

.



Assalamualaikum

Sesapa yang berminat dengan doodle nie
Boleh lah ambil untuk simpanan diri dan kegunaan diri
Doodle ini diberi secara percuma dan boleh digunakan
Untuk berdakwah dengan menulis kata kata hikmah
Atau ayat dakwah
Boleh digunakan untuk gambar pada facebook dll
Boleh digunakan untuk header blog dll
Boleh digunakan untuk pembelajaran bagi cikgu cikgu
Dan boleh diprint sekiranya tidak digunakan untuk keuntungan

Diharap doodle ini tidak digunakan untuk sebarang unsur keuntungan
:)























Terima kasih semua
Kerana menyokong wan selama ini :)




.





Friday, January 10, 2014

Nak jadi blogger tak perlu ada rupa tak perlu artikal lucah

.



Assalamualaikum ...

Ramai sebenarnya yang bertanya
lebih lebih lagi kawan yang sering berbicara
Kawan rapat
Nak jadi blogger perlu ada modal ke?
Macam mana boleh dapat untung dengan berblog?
Kalau tak de rupa boleh ke nak wat blog?

Jujur saya kata
Nak jadi blogger tak perlu ada rupa
Rupa mungkin salah satu pakej yang boleh dijadikan batu loncatan untuk populariti
Namun tidaklah semua blogger yang punya rupa
Contohnya .. saya..
Saya sendiri tidak lah punya rupa yang menarik
Sekadar manis mata memandang barangkali .. hehehe

Modal lagikan tidak 
Punya internet dan komputer sudah cukup

Jadi apa yang perlu
Yang perlu hanya kelebihan menaip dan mencari cerita
Sebelum dikenali
Semestinya perlu mencari follower dengan artikel yang menarik
Mudah asal berterusan

Owh ya..
Bagi saya
Kalau boleh biarlah blog bersih dari carian yang lucah
Dan memperkenalkan blog dengan artikal yang berbaur artis dedah sana dedah sini
Artikel maksiat..

Kerna bagi saya
Segala yang dikongsi boleh jadi satu dosa

Buat blogger yang lain
Beringatlah dengan artikel yang diterbitkan

Yaaa...
Saya cukup benci dengan blogger yang menerbitkan artikel lucah
Untuk menarik pembaca
Biarpun dia punya nama dimedan blogger
Apalah dia disisi Tuhan jika ceritanya hanya maksiat jadi punca rezeki.



.






Thursday, January 9, 2014

Photographer dan pengantin jangan terlampau syok shoot gambar kawen

.




Assalamualaikum...

Mula mula nak mohon maaf jika ada yang terasa
Tapi
Syukur sangat kalau masih ada yang terasa
Dari yang tak terasa walau sedang melaku dosa
Kalau tak terasa walau melakukan dosa tu
Cepat cepatlah mintak kat ALLAH suruh tukar hati yang baru

Kadang dalam kegembiraan
Kita terlupa akan perintah  ALLAH
Yang nie saya pernah saksikan sendiri
Alami belum lagi Sebab belum kawen lagi :)

Owh ye..
Saya juga seorang photographer perkahwinan
Jadi saya tahu apa yang saya nak tulis kat wadah nie
Jangan risau artikel nie tak jatuhkan bisnes photog lain
Cuma nak beringat dan dijadikan ingatan buat diri

Hari tu
Saya selesai berceremah di Komplek Islam Kuching Sarawak
Ahad
Habis je ceramah saya terus ke Masjid jamek Kuching
Menunggu azan asar untuk bersolat

Pada masa tu dengan gah nya kereta pengantin parking depan pintu masjid
Para pengantin dan photograper shoot gambar ala ala perkahwinan ISLAM
Menarik..
Saya sekadar melihat dari jauh
Solat sunat bagi dua pengantin didalam masjid
Namun sekadar satu rakaat yang tak lengkap
Sekadar berdiri menutup mata
Si photographer pula dengan aksi nya dan lagaknya

Si suami mencium dahi isteri nya didalam masjid
Sweat sangat
Si pengapit tersengih sengih menampakkan gigi
Si photog mengarahkan aksi aksi untuk dirakamkan
Indahnya bila sudah halal
Namun biarlah kena pada tempatnya

Dah nak masuk waktu
Si photog dan si pengantin
Terus meluru keluar masjid
Dalam hati saya
Mungkin nak ambil wudhuk dan persiapkan diri untuk bersolat
Sungguh mereka tahu masa solat

Selesai azan berkumandang
Barisan saff mula dipenuhi
Saya tercari cari mana si pengantin lelaki dan si photog
Tak pe biarlah
Mungkin lambat sedikit
Yang hadir dalam saff cuma si pengapit.

Salam diberi
Doa dilafazkan
Bersalam teman yang saling mengingatkan
Tak jua kunjung tiba si pengantin lelaki dan juru photog

Saya melangkah kluar
Start enjin kreta
Dan masa nie saya tengok
Si photog dan si pengantin
Terbahak bahak ketawa depan masjid

Saya tertanya
Adakah
Masjid hanya dijadikan tempat untuk si pengantin bergambar ??
Hairan

Photograper dan pengantin
Jika korang benar ISLAM
Jangan jadikan Agama ISLAM itu hanya sebagai subjek pelengkap dizaman sekolah

Photograper pun ajak ajaklah si pengantin solat
Insya ALLAH berkat rezeki dunia akhirat


Kalau nak difikirkan positif
Mungkin mereka akan bersolat dirumah


Semoga jadi pengajara dan ingatan buat semua



.






Wednesday, January 8, 2014

Adobe photoshop : Tutorial cut gambar guna pen tool

.

Gambar carian google

Assalamualaikum ...
Memang agak lama wan tak buat tutorial kan
Jadi kali nie Wan buat tutorial bagaimana cut gambar guna pen tool
Bagi wan guna pen tool memang mudah dari cara yang lain
Jadi jom cuba

Mula macam biasa 
Open gambar yang korang nak cut


Bila dah open
Korang klik kanan pada anak panah 1 macam dalam gambar kat atas tu
Dan pilih pen tool


Dan pastikan korang klik pada anak panah macam dalam gambar kat atas nie \


Selesai tu
Korang klik pada setiap sudut gambar
bahagiahn yang berlengkung tak payah tak perlu
Pada titik korang mula pada titik tu lah korang tamatkan titik korang
ok ..


Selesai dah buat semua
Korang klik lagi kanan macam dalam gambar kat atas tu
Dan pilih Add Anchor Point Tool
Macam pada anak panah dalam gambar kat atas tu


Bila dah pilih Add Anchor Point Tool
Korang tick pada bahgian yang ada lengkung
Tengok gambar kat atas tu
Tick je taw
Tak yah gerak. hehehe


Masa nie korang gerakan titik yang korang buat ke bahagian yang melengkung



Nampak tak anak panah macma dalam gambar kat atas tu
Kat titik tepi tepi tu
Korang boleh tarik keluar dan ke dalam
Untuk besarkan bahgian lengkung


Nak mudahkan untuk dapat lihat bahgian lengkung dengan jelas
Korang tekan CTRL dan + pada keyboard korang untuk zoom in
Dan CTRL dan - untuk zoom out


Selesai semua bahgian lengkung
Dan korang dah puas hati
Korang klik kanan pada gambar
dan pilih make Selection
Macam dalam gambar kat atas tu
Araso ?? hehehe (faham tak ?)


Dan nanti akan keluar pop up macam box kat atas nie
Korang klik ok.


Dah klik ok
Korang akan dapat garisan putus putus macam dalam gambar kat atas nie


Dan selesai
Korang boleh cut dan paste pada tempat yang korang nak.

Tekan CTRL dan X pada keyboard korang untuk cut
Dan CTRL dan V untuk paste ..


Selesai .


Selamat mencuba
Wan dah cuba buat tutorial dengan teliti
Korang hanya perlu cuba dan jaya


Terima kasih

Tutorial lain
http://wanhazel.blogspot.com/p/graphic-editingadobe-dll.html




.



Tuesday, January 7, 2014

myMetro : penjelasan jasad bayi terapung bukan rekaan

.


ALOR GAJAH: Jasad bayi yang kelihatan terapung di Tanah Perkuburan Islam Padang Sebang di sini, Sabtu lalu bukanlah gambar palsu menggunakan teknik pengolahan foto, malah penggali kubur yang mendukungnya menafikan melambung jenazah bayi itu.
Semalam, berita muka depan Harian Metro dan web myMetro memaparkan gambar jasad bayi masih utuh walaupun sudah puluhan tahun dikebumikan yang sedang didukung penggali kubur, Abdul Ghani Ibrahim, 70, kelihatan seperti terapung menjadi viral dengan 45,000 kongsian di laman sosial selepas ada pembaca prihatin membangkitkan ketulenan gambar berkenaan selain ada yang percaya ia kejadian di luar biasa.


Mengulas kejadian itu, Abdul Ghani berkata, dia hanya menatang jenazah bayi perempuan itu ketika kerja mengalihkan tujuh pusara lama terletak di luar kawasan Tanah Perkuburan Islam Padang Sebang, di sini, Sabtu lalu.

Foto

“Tidak mungkin saya sanggup melambungkan jenazah bayi berkenaan dan perkara itu sepatutnya tidak dijadikan bahan pertikaian," katanya ketika ditemui di Tanah Perkuburan Islam Padang Sebang, hari ini.

"Selepas digali, jasad bayi itu saya kafan dan tatang dengan berhati-hati kerana ia terasa berat dan tidak berganjak sedikit pun dari kedua-dua belah tangan saya sehingga selamat dikebumikan,” katanya.

Menurutnya, dia menatang jenazah terbabit sejauh kira-kira 100 meter untuk masuk ke kawasan tanah perkuburan dan mendakwa terhidu bau wangi pada jenazah itu.

Katanya, dia tidak menyalahkan mana-mana pihak yang menyalah anggap paparan gambar berkenaan selain menolak kemungkinan ia kesan olahan komputer kerana perkara seperti itu tidak boleh dianggap gurauan.

"Apa yang berlaku adalah kebesaran Allah kerana saya yang menatang jasad bayi itu tanpa memberi kepada orang lain. Tanggapan digembar-gemburkan sesetengah pihak mengatakan ia adalah teknik olahan komputer adalah tidak benar.

"Saya berharap mana-mana pihak yang mensensasikan isu paparan gambar itu mengambil kejadian ini sebagai satu iktibar kepada kita yang masih hidup kerana tiada apa yang mustahil. Allah Maha Berkuasa," katanya.

 Sumber : http://www.hmetro.com.my/articles/Jasadbayiterapungbukanrekaan//Article?BeritaUtama




Sesungguhnya ALLAH maha mengetahui  

Dan persoalannya
Apa kene mengena gambar budak berbaju kuning hitam dalam di bulatkan
Jawapannya 

Sebab gambar yang dipaparkan kelmarin orang tertanya tanya kaki sapa di celah kangkang pakcik ni..orang kata edit je ni...sebenarnya kaki budak tu..sebab tu dia bulatkan.. :)


.



myMetro : jasad bayi masih sempurna atau jasad bayi yang terapung

.


Assalamualaikum

Terkejut bila baca tajuk dari myMetro
Teringin nak tahu mengenai bayi yang masih sempurna selepas dikubur
Namun apa yang lebih mengejutkan bayi terapung dari tangan
Artikel ini disiarkan pada : 06/01/2014
Sumber : http://www.hmetro.com.my/articles/Jasadbayimasihsempurna//Article?HarianMetro

Dilihat dari sudut gambar
Gambar kelihatan amat kaku
Kadang terfikir berita diMalaysia semakin mundur
Berita sebegini lagikan diputar belit dengan gambar
Apatah lagi berita politik

Nak ambik  percaya
Kalau masih percaya nie gambar sebenar
Mungkin
Semasa gambar ni di"snap"
Bayi itu TERLAMBUNG ke udara
Dan dia terkejut risau bayi nak jatuh
Shutter speed kamera wartawan lak 1/3000

Nak wat berita hebat
Tak semestinya menipu dengan gambar
Rakyat harapkan berita yang benar

Mungkin berita benar tapi gambar dimanipulasi
Dan mungkin gambar benar TAPI fakta politik dimanipulasi

 Owh ye dan inilah yang dikatakan "levitation photography"


.





Monday, January 6, 2014

Sebenarnya ular sawa diberi makan tikus bukan kucing hidup

.



Assalamualaikum

Mengenai post yang sebelum ini
http://wanhazel.blogspot.com/2014/01/bagi-ular-sawa-makan-anak-kucing-hidup.html

Sesungguhnya ALLAH yang maha mengetahui
Antara kebenaran dan kebohongan sendiri lah yang fikir
Mohon maaf kepada owner ular sawa kerana menyebarkan sangkaan buruk
Jika benar tikus mungkin lebih baik




Buat pencinta kucing
Janganlah kerana perkara seperti ini korang hilang sifat malu pada diri
Bila baca balik komen komen semua
Rasa macam korang tak layak plak jaga si kucing comel
Dengan mencarut si hawa bertudung
Dengan nama ALLAH disambung dengan carutan carutan dari si adam
Yang konon nya sayang haiwan
Padahal komen dari korang semua sakit hati lak baca
Ayat dan perkataan yang tak elok dilontarkan

Malu rasa nya
Padahal ISLAM..
Ingat semua..sedang yahudi lagikan Nabi bagi makan
Inikan kita sesama ISLAM

Dan buat diri saya sendiri
Sebelum membuat andaian lebih baik siasat dan bertanya terus

Buat owner ular terbabit
Tak kisah lah nak bagi makan apa
Lebih baik jangan buat perkara macam tu lagi
Ia mengundang parah dan binasa pada diri

Owh ye
Tak pasal pasal terpalit dosa bersangka buruk plak
ALLAH ...
:'(


Saya tidak memihak pada siapa siapa



.



Sunday, January 5, 2014

Bagi ular sawa makan anak kucing hidup

.


Assalamualaikum...

Gambar dan owner ular sawa nie dah jadi hot diruangan muka buku
Maaflah bukan nak memburukkan owner ular nie
Tapi bila dikenangkan kesakitan anak kucing dibuat macam tu
ALLAH je tahu
Kesian sangat kat kucing tu



Entah mana owner ular tu letak hati dan otak

Apa pendapat korang tentang perkara nie
Wan harap akan ada pihak yang bertanggungjawab buat siasatan

Dia nie dah macma mendera anak kucing dah
Dan lagi dengar dengar baca baca dari komen
Dia nak tangkap lagi anak bulus untuk dijadikan santapan ular dia nie

Sedih :'(



.