Salam korang...
Hari nie nak membebel sikit pasal blogger nie..dah macam cendawan tumbuh je..Cepat je kan..Hobi sebagai penulis nie dah jadi
trend masa kini..Sapa yang ada blog tu semua orang tabik spring kat lah dia..Apa tak nya..Dari blog orang boleh dapat income beriban riban..Menulis je pun dah dapat income..Senang cerita duduk mengadap laptop je lah..setiap jam je cari cerita ..
Kalau boleh nak sangat buat Blog nie macam update status kat Facebook.
Bila mana blogger yang tak sayang mulut tu macam macam je lah dia nak fitnahkan orang..Ada yang berlagak OTAI..Sedangkan Blogger OTAI , tak lah macam tu sangat..Eh apa orang kata nak traffic murahan..eh eh publi
shiti murahan.. Wan pun tak tahu blogger macam tu jenis apa ..Ramai sangat..So boleh lah orang kata dia tu PRO tahap gaban kan..Kalau nak tegur tu biar kene dengan Bahasa ..
Newbie nie bukan tahu menahu pun pasal Blog so kenapa kita sebagai orang lama terus nak hentam Blogger baru.. Kalau betul lah Blogger OTAI.. Tak perlu dah nak Blogwalking terhegeh hegeh jenguk blog yang macam kita orang nie..
Wan pun pernah tegur Blog yang pasang lagu or gadget yang melampau lampau..Bukan tegur dengan nada yang seram ganas..tapi nasihat..Sebenarnya Wan tak kisah pun semua tu..Kalau tak nak dengar lagu..Tutup je speaker tu dan boleh lah Blogwalking.. Tul tak..Semua tu psiko kita je..Orang kata tu salah..Blogger yang yang berlagak OTAI nie pun nak kata tu salah. Kalau lah Wan cakap guna header tu salah ..nak ke korang dengar??hahaha..Kan ke bodoh sombong tu kan..Nenek Wan cakap "Stupid"..hehehe.
Hentikan lah sikap kita yang negatif nie.Biar kita berfikir setanak tanak nya jangan lak sampai bubur di jadikan hidangan ..Waktu tu dah tak leh nak undur dah. Kerana lidah badan binasa..Kalau medium Blog nie lak.."
Kerana jemari peribadi tercalar"..
Blogger OTAI nie bukan dilihat berdasarkan traffic ke blog , rank Alexa , jumlah follower atau jumlah pendapatan yang dijana..Sebab semua tu boleh dimanipulasi kan..Selagi ada usaha boleh capai semua tu..Tapi Blogger OTAI nie kita lihat melalui penyampaian , sejauh mana pengalaman berblog bukan berapa lama dia berblog..Blog yang dah 10 tahun pun kalau sekali setahun update blog macam mana??ke nak gelar OTAI gak??Kita punya mata hati nak nilai semua tu..
Zaman sekarang nie traffic ke blog boleh didapati dengan cara yang salah..Auto Blogwalking. atau kaedah lain..Jumlah follower lak "follow me folow you"..Income lak usaha gigih seseorang tu.So blogger OTAI bukan terletak pada kecanggihan Blog tersebut , bukan terletak pada traffic, income , follower , berapa lama berblog atau jumlah Tutorial yang ada dalam blog..Semua nya berdasarkan penulisan dan pengalaman..
Setakat nie je lah Wan nak bebelkan...Kalau ada salah dan silap tegur tegur lah kerna aku jua masih belajar mengenali dunia blog.
Tepuk dada tanya selera..
Dimana kita yang sepatutnya kerna kita semua punya hak untuk bersuara..
Jika benar kita salah maka berubah lah kepada kebaikan dan jika kita pada landasan yang benar maka teruskan lah perjalanan
Yang baik datang nya dari Allah s.w.t dan yang buruk datangnya dari diri saya sendiriPAPAI
.