Salam korang...
Skang nie nak update entri pun dok berkerah otak nak fikir apa yang nak di update..Hahhaa...Nak wat tutorial pun dah tak de masa sebab sibuk dengan tugasan kolej dan tempahan..Tapi jangan risau bila Blogger dah ketagih dengan Blog apa apa crita pun leh jadi isu kan..Tol tak??erm..ade ke yang nak baca entri kita tu je lah persoalan skang nie..
Ramai gak blogger yang dah tak de hati nak tulis entri..sebab nye tak de orang nak komen entri..nape erk orang tak komen entri..???
kenapa orang tak nak komen Entri anda..??? camne nak watkan orang komen entri anda.
Dalam pada kita berblog nie mesti ada yang terlepas pandang..Penggunaan bahasa yang kasar..Dan bahasa yang entah apa apa..Wan taw..mesti ada yang kata "sukati aku lah nie Blog aku"..Law ada yang cakap macam tu bek tak yah wujudkan Blog..tulis je dalam buku diari korang..tak de orang nak komen or kasi pendapat kat korang..hehehe..gurau je..wat je lah pape kat blog korang tu..tepuk dada tanya selera
Owh ye..korang ada tak Blogger yang korang minat sangat???maksudnya korang suka baca entri dia orang dan jadikan dia orang sebagai semangat untuk korang berblog dan jadikan dia orang sebagai panduan dan contoh dan cetusan idea ..(brapa banyak dan dan nie eh).Mesti ada kan.
Law Wan..Wan ada sorang Blogger yang Wan jadikan idola..Bukan saja dari design vector malah cara beliau berkarya...Blogger nie ialah Kak Wan..http://wansteddy.blogspot.com/.Bagi Wan..Kak Wan nie berkarya dan memuntahkan idea dalam penulisan sangat sangat seronok dan mudah untuk ditelan tanpa dikunyah lumat..Senang untuk dihadam..Bahasa yang digunakan pun melambangkan Kak Wan nie seorang yang gemarkan sastera..Wan sempat berborak panjang dengan Kak Wan di laman sesawang mukabuku (faceBook) suatu masa dahulu..(masih ingat kah kamu Kak Wan.hehehe)..berkongsi cerita..meluahkan rasa..berkongsi pendapat..alangkah seronoknya seandainya semua Blogger sedemikian..Tak minta disuapkan namun berusaha sedaya upaya..
Dalam mencipta nama dalam dunia Blog nie..pelbagai rencam penduduk Blogger yang kita kenal..Ada yang sekejam kejam nya dan ada yang terlalu minta dimanja...Sehinggalah suatu masa kita sedar atau lebih matang..Rupanya kehidupan Blogger nie bukan sekadar menempa nama dipersada sesawang "dot com" tapi berkongsi apa yang terbuka dijiwa malah meluah rasa agar tiada kesepian kesendirian..
Teknik penceritaan yang menarik paling penting dalam penulisan Blog untunglah seandai ada yang tak pernah renggang dengan novel atau terlalu cintakan bahasa..kerna Bahasa lambang kita dan dari bahasa lah kita mampu menarik ramai pembaca atau mungkin membuatkan beberapa pebaca membelek belek lagi warkah yang lama.lantas menarik mereka menjadi Follower...Cuba kalian meneliti teknik penceritaan di teratak Kak Wan..Mungkin sedikit sebanyak membantu kalian.Atau cara kita masing masing berbeza..Sekadar pendapat..
Ok korang..setakat nie je lah yang Wan mampu karangkan.
Aku berbahasa masih bercermin diri
.
.