Wednesday, April 29, 2009

Rindu tentang semua

Salam


Menari lagi jemari saya dipapan kekunci,
Mengukir helaian warkah ini,
entah dari sudut mana harus saya mulakan,
Omelan kian membisu,
Terus membisu,
Jauh sudah melayang,
Hinggakan yang disekeliling,
saya abaikan,
Maaf saya pohon membawa seribu siratan agar tiada kemarahan diantara kita,

Hilang kian hilang,
Bual bicara hampir terpadam,
Kita kian menjauh,
Semakin pudar wajah kalian,
terus menghilang,
Tidak,bukan terus menghilang,
Tetapi hampir hilang,
Sering tertanya tanya khabar kalian disana,
Sekarang saya seperti menciptakan sempadan antara kita,
Tiada ketahuan lagi kalian tentang kehidupan saya,

Teratak ini hampir roboh,
Tanpa kehadiran kalian mahupun diri saya,
Sekali sekala cukuplah menjenguk,
Ah,mana mungkin,
Saya perlukan teratak ini,
Dulu disinilah tempat saya bermain,
Mengenali kalian,
Ada cerita mahu dikongsi,
Ada kisah mahu diluah,
Kini,
Semua tinggal nama,
Teratak kalian sedikit pun belum di jenguk...

Rindu benar saat itu,
Kini yang tinggal biarkanlah menjadi kenangan,
Mulakan yang baru dengan semangat yang baru...

Masa,
Semuanya disebabkan kau,
Harus saya ajukan persoalan pada siapa?
Terlalu pantas kau tinggalkan diri ini dibelakang,
Lelah,penat saya mengejar,
Mengertilah,
Perlukan diri ini meraung agar kau berhenti.
Atau...
Aku perlu cabut bateri baru nak berhenti...hahahaha.
Malas dah...
Kacau dah hati nie,
Buat penat otak je nak fikir.hahaha...

K,lah korang nak study g.papai

Doakan saya dipermudahkan menjawab final exam nanti.

Maaf sekali lagi sekiranya komen anda tidak di balas.



Monday, April 27, 2009

23 april 2009

Photobucket
Disini,
Terhenti langkahku,
Meratap kehidupan yang akan kuredah dihadapan...
Dia kah untuk ku atau dia hanya sekadar hembusan udara yang menerpa sebagai kenangan...


Photobucket
Holland

Hope
our
love
lasts
and
never
dies.
Photobucket

Salam...

Sedikit ruangan antara masa saya habiskan disini. Begitu tebal sudah debu debu menyelubungi teratak saya,harusnya selepas ini bersihlah hendaknya. Ada masa yang terluang saya habiskan jua menyusun atur bait bait bicara, silang kata kehidupan amat mengejutkan,jarak jarak perjalanan masa banyak merubah cerita,kisah kisah yang terukir menjadi sebahagian klimaks untuk meniti hari esok. Ada rindu ada tangis,ada dugaan ada hikmahnya ada jua persoalan tanpa jawapannya. Itulah apa yang dikarangkan menjadi biodata kehidupan.


Mungkin sedikit peribadi untuk saya ukirkan disini,apa kata nya nanti,,sorry dear. Melayang sudah kata kata "Alone Make Me Smile",rupa nya tamatlah siri drama berkenaan,kini kehidupan saya diisi sedikit riak ketawa seseorang,tidak bukan sedikit tapi seharian senyuman itu tak pernah hilang,ia nya sentiasa terukir.seperti melodi hati yang berirama tenang. Sukar untuk saya mentafsir apa yang bermain difikiran saya sekarang, lain yang difikirkan lain pula yang dibingkiskan diwarkah ini. Biarlah ia bersambung dirangkap yang seterusnya.


Disini ada kisah,ada kisah tentang cinta,ada cerita,ada rindu,ada segalanya,jujur saya katakan,kehidupan saya seolah olah telah kembali,yang hampir 2tahun kehidupan saya diragut kekecewaan kini kembali bersama sama saya menongkah arus kedewasaan. Terima kasih kerana mengetuk pintu hati ini. Seseorang Berjaya menemui anak kunci yang telah ditikam jauh entah disudut mana. Syukur bertemu dengan dirimu. Amat amat mencintai dirimu.






Photobucket

Wan with Ezzah